free counters

Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "
Resized JPEG graphic

Debat PTPTN: Tahniah KJ dan Rafizi.

Islamic Summer Camp (ISC) G5....

Resized JPEG graphic

Hudud: Malaysia, Brunei dan Aceh...

Sultan Brunei ingin melaksanakan hukum hudud kerana takutkan Allah...

Resized JPEG graphic

Himpunan Sejuta Umat...

Sokonglah Demi Islam...

Resized JPEG graphic

Anda kecewa dengan PC anda yang lembab?...

Hari ini saya mempelajari sebuah perisian yang dapat meningkatkan boot pc anda. Pertama kali saya postkan entry mengenai teknologi maklumat sebegini...

Resized JPEG graphic

Kerana sikapmu. Maka Allah akan mencelamu....

Sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri...

Nj Photography

Persiapan menuju karnival bersukan....

Friday, December 10, 2010


Berusaha menyiapkan banner... Tangan siapakah ini? Pastinya bukan tanganku..

Tangan memulakan langkah, mencapai berus yang ada, dan mencari warna pelaka. Hari ini persiapan untuk karnival sukan rakyat yang akan berlangsung pada awal bulan tahun hadapan. Sepeti tahun-tahun sebelumnya sambutan akan memberangsangkan di kalangan rakyat bumi peladang. Permulaan peringkat pertama ini adalah promosi secara besar-besaran di seluruh daerah Tawau dan beberapa banner telah pun telah disiapkan.
 
Masing-masing menunjukkan skill mewarna

Walauun tidak seberapa dan tidak menggunakan teknologi yang ada seperti sekarang yang terdapat di kedai-kedai printing. Namun apa yang paling penting adalah syiar Islam terhadap masyarakat yang melihatnya agar tidak menunjukkan bahawa Islam itu tidak jumud. Ini juga menunjukkan bahawa dalam Islam juga mengutamakan aktiviti riadah kerana ia menjaga kesihatan hidup. Namun kesemua itu perlulah diletakkan ditempat yang sepatutunya menurut landasan Islam.


Akhirnya beberaa banner sia dibuat untuk dipasang di seluruh bandar Tawau.

Read more...

DSLRKU : Pandangan Mata kerana Ilahi

Thursday, December 9, 2010


Tangan terketar2 menekan kamera DSLR D3100 anugerah Ilahi. Percubaan pertama shoot atas bumbung rumah menghala ke arah bangunan yayasan sabah tepat jam 5.40p.m, apabila matahari mula bersembunyi dicelah awan. Mulalah aku mengambil beberapa gambar di sekitar itu. Dengan sedikit informasi di internet dan belajar dari sahabat2 yang mempunyai bakat menggunakan kamera ini. Aku mula berjinak-jinak dengannya. Mungkin inilah gambar terbaik yang aku rasakan mampu aku ambil.

Mengembangkan bakat, melebarkan sayap, cuba dan terus mencuba mengasah bakat. Bukan untuk menunjuk dan bukan untuk menyombongkan diri. Namun hanya untuk mengisi hobi dan mungkin sebagai pendapatan sampingan buat diri. Namun apapun perkara utama InsyaAllah tidak aku lupai bahawa segala perkerjaan dan hobi yang aku lakukan haruslah niat kerana Ilahi. Supaya perkara utama takkan aku tinggali. Kerana ingin mencari redha ilahi dan keberkatan rezeki yang aku ceburi.

Ramai yang menjadi seorang fotografi, adakalanya sibuk mengejar pengantin ke sana kemari, aqiqah di sana sini, majlis korporat dan entah apa lagi, namun berapa ramai yang ingat akan Ilahi. Mengejar keuntungan duniawi sehingga sanggup mengabaikan tuntutan Ilahi. Tak solat lima waktu kerana takut terlepas adengan bersama pengantin, bersama YB, bersama pelanggan mereka. Tapi adakah mereka tidak ingat bahawa mereka juga tidak akan terlepas daripada azab Ilahi? Adakah mereka tidak ingat bahawa mereka akan kematian itu sudah pasti?

Apapun apa yang aku harapkan sekarang adalah dapat memberi contoh muslim yang baik kepada mereka yang sehobi denganku. Mungkin juga yang bekerja bersama denganku. Walaupun tidak sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya dapat menunjukkan bahawa yang utama perlu diutamakan. Kerana pentingnya keberkatan dalam apa jua pekerjaan....

Read more...

Jambori Amal kini kembali...

Wednesday, December 8, 2010


Read more...

Tentatif perjalanan Ijtimah Tarbawi

Tuesday, September 28, 2010


Read more...

Sanggupkah kamu berkorban wahai muslimah????

Petang ni hujan di kawasan kota kinabalu. Jalan jem... Smbil2 driving teringat suatu peristiwa...............................

"Fadlan, semalam kamu bermalam di pejabat kawasan, cikgu ada mkn ka???" Tanya kakak. 

"Erm takda kak, hbis kerja jam 2 pagi trus tidur." Jwb saya. "Kakak da byk kali bgitau ckgu, klu bermalam di pejabat tu jaga la mkn minum. Semalam kakak telefon cikgu, dia hnya mengiyakan sahaja pesanan kakak. Lain kali fadlan, Kalau bermalam di pejabat tu jgn lupa suruh cikgu makan dan minum." Nada suara yang agak tegas. 
"Ya kak" Jwb sy smbil tersenyum.
"Cikgu tu smnjak menjadi s/u kawasan jarang duduk rumah, mengajar waktu siang, mlm plak pegi pjbt. Kadang2 mls kakak dgn perangai cikgumu tu." Tegas kakak lagi. 
"Menyindir saya nampak." Saya mnjawab. 
"Nasib baik la cikgu selalu bgitau kakak satu pesanan sebelum kami berkahwin." Jelas kakak. "Apa dia kak?" Dengan muka penuh persoalan. 


"Dalam perjuangan Islam ini, jgn rasa kecewa andaikata kita jarang sekali dipertemukan di dunia, IsyaAllah Allah akan sentiasa pertemukan kita di akhirat kelak." Jelas kakak mengimbau kembali pesanan murabbiku sebelum mereka disahkan menjadi pasangan suami Isteri... 

"ooo" ungkapan yang saya keluarkn smbil2 drive kancil kesayangan murabbiku...

p/s pura2 terus pasang radio kuat2 supaya saya tak kena marah lagi... 

Read more...

Jangan bersedih dengan apa yang anda lakukan...

Teringat sebuah rangkap maher zain...

"I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me"

Menjadi tanda tanya di dalam sebuah kehidupan, adakah masih ada harapan dalam mengejar Impian seperti apa yang diungkapkan dalam rangkap di atas???? Suatu perkara yang agak sukar untuk dilakukan kerana diri bukan seorang manusia yang ma'sum yang bebas daripada melakukan sebarang dosa. Bukan juga seorang bayi yang baru dilahirkan yang mana mereka suci daripada mengenal erti dosa seperti sehelai kain putih yang BERSIH DAN SUCI. 

Menjadi tanda tanya juga adakah perkara yang dilakukan seperti baginda sudah kita lakukan terhadap diri kita. "Idola saya adalah Rasulullah." Itulah ungkapan yang pernah saya keluarkan sewaktu Ustaz & Ustazah menyoal siapa idola yang paling saya kagumi. Namun bila Ustaz dan Ustazah menyoal kembali adakah saya melakukan pekara seperti yang rasulullah lakukan? Hanya senyuman malu mampu ditonjolkan di raut wajah ini untuk memberikan jawapan kepada Ustaz dan Ustazah saya. Andaikata Allah yang menyoal soalan yang sama ke atas diri ini? Apa pula yang akan saya jawab? Perasaan malu yang mencurah-curah di saksikan para malaikat dan mungkin juga oleh rjuataan manusia di hari akhirat nanti. Di mana saya ingin meletakkan malu ini kepada Allah??? Ujian yang kecil sahaja masih belum dapat diatasi sebagai seorang hamba. Tetapi inginkan pula menjadikan Rasulullah sebagai Idola yg dikagumi.

Adakah pengakhiran hidup hambaMu ini menemukan kebaikan ataupun sebaliknya??? Adakah dakwah yang kita tinggalkan di muka bumi ini mampu untuk membantu di akhirat kelak??? Mungkin kita masih ingat bagaimana Nabi Musa berdakwah selama ratusan tahun. Penuh dengan cabaran dan dugaan yang diberikan sehingga hampir dibunuh oleh raja Firaun. Namun tetap cekal dan tabah dalam berdakwah walaupun hanya berjaya mendapat pengikut puluhan orang. Namun kerana keikhlasan yang ada pada nabi Musa Allah berikan Syurga baginya. Adakah kita mampu berjuang seperti Nabi Musa ini??? INILAH MANUSIA, adakalanya hanya mampu melihat dan melontarkan kritikan terhadap apa yang orang lain lakukan tetapi bukan membantu dalam perbaiki dari apa  kelompangan yang manusia lakukan. Kritikan bukan salah satu perkara yang dapat menyelesaikan sebuah masalah. Seharusnya memberikan cadangan untuk menutup kelompangan yang ada. Barulah dikatakan sebagai penyelesaian masalah.

Sedarkah kita Allah memberikan kita satu penyelesaian kepada satu persoalan...
 
"Tidak ada suatu yang dapat mengantikan zina melainkan perkahwinan."
"Tidak ada suatu yang dapat mengantikan dosa melainkan pahala."
"Tidak ada suatu yang dapat mengantikan benci melainkan erti kasih sayang"
"Tidak ada suatu yang dapat mengantikan dengan nafsu melainkan kesabaran."
"Tidak ada suatu yang dapat mengantikan dengan kerinduan melainkan  dengan berdoa kepada Allah"
"Tidak ada suatu yang dapat mengantikan Neraka melainkan Syurga yang penuh kenikmatan."
"Tidak ada suatu yang dapat mengantikan kekecewaan terhadap dosa besar yang begitu banyak dilakukan yang dilakukan melainkan Taubat Nasuha yang dianugerahkan olehNya."




Read more...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sunday, September 12, 2010


Read more...

Pilihan Raya Sibu

Sunday, May 16, 2010

 Markaz PAS di Kg Nangka semasa pilihan raya
Indahnya Sibu...
Melangkah kaki ke bumi Sibu, membawa amanah yang begitu besar daripada  parti, satu kerja yang cukup mencabar bagi golongan muda seperti kami. Apapun kami cuba melakukan sedaya upaya yang kami termampu demi membawa Islam di bumi Sibu. Perjalanan selama 18 jam menaiki kenderaan Avanza memang suatu perjalanan yang amat meletihkan terpaksa menghadapi 8 “cheakpoint”, melintasi 2 kali sempadan Negara Brunei sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Dan akhirnya pukul 9.45 malam kami sampai ke bandar Sibu. Melihat kepada Bandar Sibu mungkin tidak seperti Pilihan Raya kecil Hulu Selangor, suasana agak suram sedikit, mungkin kerana keadaan penduduk yang tidak terlalu “alert” dengan pilihanraya ini. Biasa la “mindset” yang masih belum berubah terhadap mana-mana kerajaan yang memerintah. Apa yang penting bagi mereka, mereka masih terus hidup dengan aman dan damai tanpa peperangan. Mungkin juga kerana kurangnya perkembangan media dan arus perdana untuk sampai ke daerah Sibu ini, anak muda pun masih terpingga-pingga dengan kebenaran parti yang memerintah sekarang. Sanggup diperbodohkan hanya dengan wang sebanyak RM50 untuk membantu “Barisan Neraka” berkempen untuk mereka.
Apa yang mendukacitakan di bumi Sibu adalah majoriti 70 peratus penduduk adalah orang Cina, nak cari kedai makan Melayu pun agak payah. Bila sudah melihat majoriti orang cina di bumi Sibu, tak usah la lagi nak tengok Islam di bumi Sibu, sudah tentu minoriti. Namun apa yang lebih penting dan parti Islam inilah yang menjadi tanggungjawab dalam mengembangkan dakwah Islam di bumi Sibu. Kerana apa? Kerana harus kita ingat bahawa parti diwujudkan kerana atas dasar agama Islam, bukan agam Islam diwujudkan atas dasar parti. Oleh itu, menjadi tanggunjawab kita melebarkan sayap Islam di bumi Sarawak ini.
Rundingan damai bersama pegawai SPR 
Kg Nangka.
Sampai sahaja di tanah Sibu rombongan kami agak sedikit keliru kerana tidak menemui markaz parti. Mujur ada parti pakatan yang menunjukkan jalan. Akhirnya ketemui juga rumah yang menjadi bilik gerakan sepanjang pilihan raya ini. Kampung Nangka menjadi  medan untuk jentera kami berperang dengan parti BN yang sudah bersiap sedia dengan pilihan raya ini dari awal lagi. Kg Nangka merupakan markaz yang diberikan kerana majoriti Kg Nangka diduduki oleh orang Melayu. Menjadi cabaran pada kali ni mendekati golongan pengundi Melayu di Sibu. Hari esok menjadi permulaan kepada kami. Kaki melangkah seawal pagi untuk bersama dengan Dr Mariah pergi mencula undi penduduk. Akan tetapi alangkah geramnya, pegawai SPR pula sibuk datang mengacau. Merekaminta untuk menurunkan banner pakatan, dengan alasan calon tidak bertanding. Alangkah berat sebelahnya SPR ini, bendera PBB yang dipasang dierata-rata tak diturunkan. Nasib baik jentera cekap untuk bertekak lidah, akhirnya kecundang jugak SPR.... Padan muka....
 Calon DAP Wong Ho Leng
 
 Antara ahli parlimen yang turun dari semenanjung untuk berjumpa dengan rakyat sibu
 Calon DAP bergambar bersama petugas PAS yang datang dari jauh.
Kemeriahan pilihan raya di Kg. Nangka

Read more...

Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat

Monday, April 26, 2010

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan

Read more...

Keluhan Penduduk Kg Bakau, Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Friday, April 23, 2010

Salam Penyelamat Dan Kasih Sayang...

Hari ini Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar dan PAS kawasan Sepanggar turun menjejakkan kaki buat kali kedua ke Kg. Bakau, Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Melihat kesedihan penduduk yang dialami bila mana rumah yang mereka duduki di kawasan tersebut yang telah dirobohkan begitu sahaja. Kes yang sama yang berlaku di Kg Delima & Kg Gentisan mengenai rizab tanah orang bumiputera. Mengikut maklumat yang kami terima penduduk telah menerima notis untuk berpindah dari kg berkenaan sekitar 3 tahun yang lalu. Beginilah liciknya UMNO/BN telah mempergunakan tanah rizab orang bumiputera sehingga sanggup menjual tanah tersebut kepada syarikat asing. Apa yang menarik berkaitan isu ini ialah janji manis Umno yang ingin membela hak rakyat Kg Bakau namun sampai sekarang tidak ada seorang YB UMNO yang turun melihat rintihan penduduk ini. Inilah kesengsaraan yang telah di alami sepanjang 5 tahun pemerintahan BN/UMNO di Kg Bakau.
Robohnya Kg Bakau tanpa mehiraukan perasaan mereka



Demi alasan untuk menenangkan hati rakyat YB berkenaan sanggup menipu dan menaburkan janji manis bahawa mereka akan mencari dan menyediakan penempatan kepada penduduk Bakau. Akan tetapi apa yang mendukacitakan rumah yang disediakan kepada mereka itu ialah rumah yang berstatuskan “Rumah Sewa” seumur hidup di Taman Telipok Ria. Untuk menduduki rumah teresebut penduduk terpaksa membayar diposit sebanyak RM600 ringgit dan membayar sewa bulanan sebanyak RM170 sebulan. Sudah la rumah dirobohkan, rumah yang disediakan pula hanya berstatus sewa seumur hidup
 
Inilah Bukti Janji Manis salah seorang YB UMNO/BN
Ketua Bahagian UMNO Sepanggar, Jumat Haji Idris


Statement Janji Manis yang beliau keluarkan untuk penduduk

Kesannya

P/S Sesuai dengan moto manis UMNO/BN 
“Rakyat disengsarakan Kekayaan Diutamakan.”

Read more...

Tidur Menurut Tuntunan Rasulullah

Friday, April 16, 2010


I. TIDUR SEBUAH TANDA KEKUASAAN ALLAH

Allah berfirman.:
 "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu diwaktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnian-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan". (QS. Ar-Ruum: 23).

Allah juga berfirman:
"Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat". (QS. An-Naba': 9).

Imam Ibnu Katsir berkata:
“Iaitu termasuk tanda-tanda kekuasaan-Nya Allah menjadikan sifat tidur bagi kamu diwaktu malam dan siang, dengan tidur, ketenangan dan rasa lapang dapat tercapai dan rasa lelah serta kepenatan dapat hilang".

II. ADAB TIDUR

1. Anjuran Khoilullah
Berkata Ibnu Atsir: "Khoilullah adalah istirahat di pertengahan siang walaupun tidak tidur".

Berdasarkan hadits:
Dari Sahl Bin Sa'd dia berkata: "Tidaklah kami khoilullah dan makan siang kecuali setelah solat jumaat".
Juga Rasulullah bersabda:
"Khoilullah kalian sesungguhnya syaitan tidak khoilullah".

Al-Hazh Ibnu Hajar berkata:
"Hadith di atas menunjukkan bahwa khoilullah termasuk kebiasaan para sahabat Nabi setiap harinya".


2. Tidur di awal malam
Rasulullah adalah suri tauladan bagi setiap muslim, maka barang siapa yang memerhatikan tidurnya, nescaya dia akan mendapati bahawa tidumya beliau paling sempurna dan paling bermanfaat bagi tubuh. Beliau tidur di awal malam dan bangun di awal sepertiga malam.

Sahabat mulia Ibnu Abbas pernah berkata:
"Suatu ketika aku pernah bermalam dirumah ibu saudaraku Muimunah untuk melihat bagaimana solatnya Rusulullah, beliau berbincang sekejap bersama isterinya, kemudian tidur".

3. Dibenci tidur sebelum lsyak dan bercakap selepas waktunya.
Berdasarkan hadith:
Dari Abu Barzah bahwasanya Rasulullah membenci tidur sebelum isyak dan
bercakap-cakap setelah waktunya.

Al-Ha_zh lbnu Hajar berkata:
"Dibencinya tidur sebelum Isyak kerana dapat melalaikan seseorang dari solat isyak hingga ketika waktunya, adapun bercakap-cakap setelah waktunya yang tidak ada bermanfaat, dapat meyebabkan tidur hingga solat shubuh dan terlepas untuk solat malam".

Al-Hazh menegaskan bahawa larangan bercakap-cakap setetah Isyak dikhususkan pada percakapan yang tidak ada manfaat dan kebaikan didalamnya. Adapun percakapan yang bermanfaat maka tidaklah termasuk dalam larangan ini, sebagaimana diterangkan dalam sebuah riwayat bahawasanya Nabi bersama Abu Bakar pernah bercakap sehingga larut malam berkaitan urusan kaum muslimin.

4. Menutup pintu, mematikan api atau lampu berdasarkan hadith:
Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:
"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kalian hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas air serta makanan dan minuman kalian.

Juga berdasarkan hadith:
Dari Ibnu Umar bahwasanya Rasulullah bersabda: "Janganlah kalian meningalkan api yang menyala ketika kalian tidur".

Imam Al-Qurthubi berkata:
"Berdasarkan hadith ini apabila seseorang tidur sendiri sedangkan api masih menyala di dalam rumahnya hendaklah ia mematikan terlebih dahulu sebelum tidur, demikian pula apabila di dalam rumah terdapat yang beberapa orang, maka hendaklah orang yang terakhir yang melakukannya, maka barang siapa yang meremehkan hal ini sungguh dia telah menyelisih sunnah!".

Ibnu Daqiq Al-`Ied berkata:
"Perintah menutup pintu sebelum tidur, kerana di dalamnya terdapat kebaikan duniawi dan ukhrawi iaitu menjaga diri dan harta dari orang-orang yang hendak berbuat jahat, lebih lagi dari syaitan".

Perhatian: Perintah mematikan api dan lampu sebelum tidur merupakan tindakan preventif sebelum terjadi kebakaran melainkan apabila selamat dari kebakaran seperti keadaan lampu-lampu pada masa kini maka tidaklah mengapa menghidupkannya.

5. Berwudhuk
Berdasarkan hadith:
Dari Baro' Bin 'Azib bahwasanya Rasulullah bersabda: "Apabila kalian hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhuklah seperti wudhku kalian untuk solat".

Imam Nawawi berkata:
"Hadits ini berkenaan menyeru kita untuk berwudhuk ketika hendak tidur, apabila seseorang
telah mempunyai wudhuk maka hal itu cukup baginya, kerana tidur dalam keadaan suci amta perlu kerana khuatir maut menjemput kita pada seketika itu, dengan erti kata lain dengan berwudhuk dapat menjauhkan diri dari gangguan syaithon dan perasaan takut ketika tidur".

6. Mengebuti tempat tidur (membersihkan)
Berdasarkan hadith:
Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda: "Apabila salah seorang diantara kalian hendak tidur maka kebutilah tempat tidurnya dengan hujung sarungnya, kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang akan menimpa padanya".

Faedah hadits:
1. Sunnahnya mengebuti tempat tidur sebelum tidur.
2. Hendaklah mengebutinya tiga kali.
3. Membaca 'Bismillah' ketika mengebutinya sebagaimana hadith riwayat Muslim no.2714.
4. Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kcmudian tidur semula, maka dianjurkan untuk mengebutinya kembali.

7. Larangan tidur satu selimut Berdasarkan hadith:
 Dari Abu Said Al-Khudri daripada bapanya bahwasanya Rasulullah bersabda:
"Janganlah lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan janganlah seorang wanita
melihat aurat wanita yang lain, dan janganlah lelaki berkumpul dengan lelaki
lain dalam satu selimut, dan janganlah wanita berkumpul dengan wanita
lain dalam satu selimut".

8. Berbaring bersisi sebelah kanan
Imam Ibnul Qoyyim berkata:
"Nabi tidur dengan berbaring kekanan dan beliau meletakkan tangannya yang kanan dibawah pipinya yang kanan".

Rasulullah bersabda:
“Apabila kamu hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhulah seperti wudhu kalian untuk solat kemudian berbaringlah kesisi kanan!

Sahabat Mulia Hudzaifah berkata:
"Adalah Nabi apablla tidur beliau meletakkan tangannya di bawah pipinya".

Imam Ibnul Jauzy berkata:
"Keadaan tidur seperti ini sebagaimana ditegaskan oleh pakar perubatan
merupakan keadaan yang paling baik bagi tubuh".

9. Membaca Ayat AI-Qur’an
Dianjurkan bagi setiap orang yang hendak tidur untuk membaca ayat-ayat AI-Qur'an
terlebih dahulu, diantaranya:

1. Membaca Ayat kursi, berdasarkan hadits tentang kisah Abu Hurairah yang diajari
oleh syaitan ayat kursi kemudian dia berkata:

"Jika engkau membacanya, maka Allah sentiasa akan menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi."

2. Membaca surat Al-lkhlas, AI-Falaq, An-Naas, berdasarkan hadits A'isyah dia
berkata:

"Adalah Rasulullah apabila hendak tidur beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu meniupnya seraya membaca surat Al-lkhlas, Al-Falaq, An-Naas, kemudian beliau menyapukan kedua teapak tangannya kebagian tubuh yang boleh disapu, dirnulai dari kepala, wajah dan bahagian tubuh lainnya sebanyak tiga kali ".

3. Membaca Dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah, berdasarkan hadits:
Dari Abu Mas'ud Al Badriyyi bahwasanya Rasulullah bersabda: "Dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah, barang siapa yang membacanya di waktu malam maka akan merasa cukup".

10. Membaca Do’a
Banyak sekali do'a sebelum tidur yang telah diajarkan Nabi dtantaranya:

"Yaa Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup".
"Yaa Allah... aku berserah diri kepada-Mu, aku serahkan segala urusanku kepada-Mu, aku sandarkan punggungku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tidak ada tempat bersandar dan tempat menyelamatkan kecuali kepada-Mu, Yaa Allah... aku beriman kepada kitabMu yang telah engkau turunkan dan kepada NabiMu yang telah engkau utus", maka jika engkau meninggal pada malam harinya sungguh engkau meniggal dalam
keadaan baik dan jadikanlah do'a tersebut akhir yang engkau ucapkan. 


11. Apa yang harus dilakukan jika bermimpi?
Dari Abdullah Bin Abu Qotadah bahwasanya Rasulullah bersabda:
"Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedangkan mimpi yang buruk dari syaitan, maka apabila salah seoratg diantara kalian mimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu tidak akan merugikannya".

Faedah hadits:
1. Mimpi ada dua macam: baik dan buruk, mimpi yang baik adalah dari Allah sedangkan mimpi yang buruk dari syaitan. 33
2. Apabila bermimpi baik hendaklah ia memuji Allah dan menceritakannya kepada orang yang menyukai.
3. Sebalknya apabiIa bermimpi buruk maka hendaklah in memohon perlindungan kepada Allah, kemudian meludah kearah kiri sebanyak tiga kali, bepindah tempat, solat dua rakaat dan janganlah ia menceritakan kepada seorangpun.

12. Dibencinya tidur bertiarap berdasarkan hadits:
Dari Tikhfah Al-Ghifari dia berkata:
Suatu ketika tatkala aku tidur didalam masjid, tiba-tiba ada seorang yang menghampiriku, sedangkan aku dalam keadaan tidur bertiarap, lalu dia membangunkanku dengan kakinya seraya berkala: Bangunlah! Ini adalah bentuk tidur yang dibenci Allah, maka akupun mengangkat kepalaku ternyata beliau adalah Nabi.

Berkata Syaroful Haq 'Azhim Abadi:
"Berdasarkan hadits inI, bahawa tidur bertiarap diatas perut adalah dilarang, dan itu adalah bentuk tidurnya syaitan".

13. Dibencinya tidur diatas rumah tanpa penutup
Berdasarkan hadits:
Dari Ali Bin Syaiban bahawasanya Rasulullah: bersabda: "Barang siapa yang tidur diatas rumah tanpa penutup/penghalang maka sungguh telah terlepas darinya penjagaan".

14. Do’a ketika bangun tidur
Ketika bangun dari tidur hendaklah kita berdoa:

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setetah sebelumnya mematikan kami dan hanya kepadaNya kami akan dibangkitkan ". Demikianlah pembahasan kita kali ini, akhirmya kita memohon kepada Allah taufik dan hidayah-Nya agar tetap istiqomah diatas jalanNya.

Read more...

Untukmu Muslimah : 2 Tabiat membawa Ke neraka.

Thursday, April 15, 2010


Assalamu'alaikum.... Sedikit renungan untuk kita bersama...

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid' di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.


Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf. Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).


[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:

"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?". [Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu
pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang
seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang
disebutkan tadi.

Read more...

Mutiara Berharga Bagi Seorang Muslim

Wednesday, April 14, 2010


Ketahuilah, Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta`ala mengutus kita ke muka bumi adalah dalam rangka menjalankan tugas yang mulia. Iaitu mempersembahkan ibadah hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala, menegakkan syariat-Nya, serta membenteras pelbagai kemungkaran yang selalu mengundang murka Allah Subhanahu wa Ta`ala. Sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman : 

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku, Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan. Sesungguhnya Allah Dialah yang Maha Pemberi rezeki, yang mempunyai kekuatan lagi sangat kokoh.”  
(Adz-Dzaariyaat:56)

Demikianlah perjalanan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta`ala. Agar mereka menjalani aktiviti hidup ini sesuai dengan masyi’ah (kehendak)-Nya. Namun dengan kehendak Allah pulalah maka diantara manusia itu ada yang beriman lagi taat, dan ada pula yang ingkar lagi menolak untuk beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Ini semua merupakan bukti keadilan Allah Subhanahu wa Ta`ala terhadap segenap hamba-Nya. Dengan bukti keadilanNya Allah hendak menguji para hamba, apakah mereka benar-benar beriman kepada Allah atau sebaliknya? Dan apakah mereka akan dibiarkan mengatakan : ”Kami beriman,” lantas mereka tidak diuji?.

Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman :

”Alif Laam Miim, Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman“, sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar. Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”  
(Al Ankabut : 1-3).

Dan juga Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman :

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) : ”Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thaghut itu, maka diantara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula diantaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya”
(An Nahl : 36)



Syaikh Abdurahman bin Hasan Alu Syaikh menjelaskan bahwa ayat di atas menunjukkan tentang hikmah diutusnya para rasul, iaitu untuk mendakwahi umat agar mereka beribadah kepada Allah semata dan melarang mereka dari beribadah kepada selain-Nya. Ini merupakan agama para Nabi dan Rasul, walaupun berbeza syariat mereka.

Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman : 

“Untuk tiap tiap umat diantara kamu Kami berikan aturan (syariat ) dan jalan yang terang.“ 
(Al Maidah : 48) 
(Fathul Madjid hal 29 )

Hendaklah setiap muslim mengetahui bahawa perjalanan hidup mereka di dalam mencari ridedh Allah Azza wa Jalla, tidak akan menuju kesempurnaan kecuali diteraskan dengan ilmu syariat. Maka ilmu adalah perkara yang sangat penting bagi permasalahan manusia untuk menjalankan kehidupan di dunia. Kerana ilmu merupakan sumber kehidupan jiwa dalam beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sehingga tidak akan sempurna dan tegak tuntutan kehidupan manusia apabila ilmu tidak lagi dijadikan pedoman dan jalan hidup mereka. Oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Ta’ala menganugerahkan ilmu bagi hati bagaikan siraman hujan yang turun ke bumi. Sebagaimana tidak ada kehidupan di muka bumi kecuali dengan turunnya hujan, maka demikian pula tidak ada kehidupan bagi hati kecuali dengan siraman ilmu.

Di dalam Al Muwaththo -karya Imam Malik- disebutkan :Lukman berkata kepada anaknya :

“Wahai anakku duduklah kamu bersama para ulama dan dekatilah mereka dengan kedua lututmu (berinteraksi dengan mereka), maka sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta`ala menghidupkan hati-hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana menghidupkan (menyuburkan) bumi dengan hujan yang lebat.” 
(Kitab Al Ilmu Fadluhu wa Syarfuhu hal 228)

Oleh kerana itu, keperluan hati manusia terhadap cahaya ilmu merupakan keperluan yang mendesak. Sebagaimana keperluan bumi terhadap turunnya hujan tatkala terjadi kekeringan dan kemarau. Maka ilmu merupakan mutiara yang sangat berharga bagi setiap muslim. Kerana dengan ilmu jiwa-jiwa manusia akan hidup dan sebaliknya jiwa-jiwa mereka akan mati apabila tidak dibekali dengan ilmu.

Sebahagian orang-orang yang arif berkata : “Bukankah orang yang sakit akan mati tatkala tercegah dari makanan , minuman dan ubat-ubatan? maka dijawab : “Tentu sahaja,” Mereka mengatakan : “Demikian pula halnya dengan hati jika terhalang dari ilmu dan hikmah maka akan mati.”

Maka tepat jika dikatakan bahwa ilmu merupakan makanan dan minuman hati, serta penyembuh jiwa, kerana kehidupan hati bersandar kepada ilmu. Maka apabila ilmu telah sirna dari hati seseorang bererti hakikatnya dia telah mati. Akan tetapi dia tidak akan merasakan kematian tersebut. Orang yang hatinya telah mati ibarat seorang pemabuk yang hilang akalnya (disebabkan maksiat yang dia lakukan). (Kitab Al Ilmu Fadluhu wa Syarfuhu hal 144-145). Sesungguhnya sebab utama yang bisa merosakkan bahkan mematikan hati adalah maksiat. Jika hati semakin rosak maka cahaya tersebut akan melemah dan berkurang. Sebagian salaf berkata : “Tidaklah seseorang yang bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala sehingga (menyebabkan) hilang akalnya.”

Maka tertutupnya hati manusia dari cahaya ilmu, tergantung dari peningkatan maksiat yang mereka lakukan. Jika semakin banyak dosa yang dilakukan, maka akan semakin banyak pula titik-titik hitam di hati yang tertutup dari cahaya ilmu, dan semakin sukar untuk hati ini dirsirami dengan cahaya ilmu. Sehingga menyebabkan dia termasuk dari golongan orang orang yang lalai. Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman :

“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.”  
(Al Muthaffifin : 14)

Sebagian salaf menafsirkan ayat tersebut, yaitu : “Dosa yang dilakukan terus menerus (dosa di atas dosa).”

Berkata Al Hasan : iaitu “Dosa di atas dosa hingga membutakan hati.” (Meriwayatkan darinya (Al Hasan) Abd Ibnu Hamid sebagaimana dalam (Ad Durul Mantsur : 8/447) (Ad Da`u wad Dawa` hal 95-96)

Oleh kerana itu hendaklah kita sebagai muslim senantiasa menjaga ilmu yang ada di dalam hati dari hal-hal yang akan memadamkannya. Disertai dengan niat yang ikhlas dan mengamalkan kandungan ilmu tersebut, serta banyak memohon keampunan kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Sehingga kita bisa menepis pelbagai pengaruh dosa yang merupakan kunci kelalaian dan kejahilan manusia. 

Al Imam Syafi`i pernah mengatakan :

Aku pernah mengeluh kepada Imam Waqi` tentang jeleknya hafalanku. Maka beliau membimbingku untuk meningggalkan maksiat. Dan beliau berkata : ” Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya. Dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang bermaksiat.”

Ucapan Al Imam Syafi`i tersebut merupakan peringatan sekaligus nasihat yang bermanfaat bagi kita, jika tidak ingin kehilangan mutiara yang sangat berharga yaitu ilmu yang bermanfaat. Akhir kata, kita memohon kepada Allah agar menganugerahkan Taufik dan Hidayah-Nya, mengukuhkan iman kita dengan ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat serta tidak memalingkan hati kita kepada kesesatan dan kebinasaan.

Sumber : Ust. Abdul Azis As Salafy

Read more...

TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Tuesday, April 13, 2010



Ertinya:
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah dinasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

Keterangan

Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu, sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal orang muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitu bid'ah hasanah).

Read more...

Jom Dakwah

Sunday, April 11, 2010

Slot malam penghayatan

10 April 2010 - Kami turun sekali lagi buat kali keduanya di atas nama Persatuan Siswazah ke Sekolah Menengah Dato Peter Moujuntin (SMKDPM), Penampang, Sabah. Program "Jom Dakwah" pada kali ini kami tumpukan khusus kepada pelajar-pelajar asrama sekolah berkenan memandangkan atas jemputan warden sekolah berkenaan dan juga sebagai back up kepada peserta asrama yang tidak dapat mengikuti program KRIS baru-baru ini.. Terima kasih kami ucapkan warden sekolah berkenaan. Program tersebut kami adakan selama 2 jam setengah bermula selepas Isyak sekitar 8.30 malam dan selesai pada pukul 11.00 malam. Slot selama lebih kurang 2.30 jam ini kami isi dengan beberapa tayangan slide show berkaitan tentang remaja pada masa kini. Seterusnya kami melakukan slot malam penghayatan dan kami lakukan penutupan dengan sebuah lagu nostalgia daripada kumpulan Suara Firdaus yang bertajuk 'Menuju Wawasan'.

 Jom berdoa untuk diri, sahabat, ibu bapa, guru-guru kita...

Allhamdulillah keceriaan & kegembiraan adik-adik pengubat rindu orang tersayang
 
Walaupun masa yang diperuntukan agak singkat, namun kami merasakan sesuatu perubahan yang yang begitu ketara sekali buat adik-adik asrama ini. Mudahan air mata hasil daripada slot penghayatan yang kami lakukan tadi memberikan seribu manafaat buat diri mereka untuk berubah. Kami doakan agar adik-adik asrama SMKDPM mengalami trasformasi diri walaupun sedikit demi sedikit dan menjadi remaja soleh dunia dan akhirat.



Jom makan mesti tenga lapar kan... Baca doa dulu...

P/S Terima kasih adik-adik SMKDPM meraikan kami dan mengajar kami banyak benda terutama bahasa isyarat. InsyaAllah kita akan bersua lagi...

Read more...

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Saturday, April 10, 2010


Daripada Ibnu Omar r.a berkata: Berhadap Rasulullah s.a.w. kepada kami ( pada suatu hari ) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya ( kalau kamu telah mengerjakannya ), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah s.w.t., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:


1. Tiada terzahir ( nampak ) perrzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebat dalam kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.


2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalahkan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.


3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang ( yang juga hidup diatas permukaan bumi ini ) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah s.w.t.


4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan meluasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.


5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah s.w.t. yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka ( di saat Itu ) Allah akan menjadikan peperangan dalam kalangan mereka sendiri “

( H.R. Ibnu Majah )

Read more...

Remaja & Perjuangan (Siri 2)

Tuesday, April 6, 2010

Jihad dengan lisan dalam pendidikan


Firman Allah :

“Tidaklah harus bagi orang-orang mukmin keluar ke medan perang kesemuanya. (Malah) hendaklah ada daripada tiap-tiap kumpulan itu satu puak yang mempelajari ilmu pengetahuan Islam secara mendalam, manakala pulang nanti mereka memberi peringatan kepada kaumnya semoga mereka itu berjaga-jaga (daripada melakukan sesuatu yang dilarang Allah).”
(Surah At-Taubah:122)

Ayat ini mewajibkan orang mukminin dan mukminat mempelajari ilmu pengetahuan. Bertambah kuat lagi hujah apabila Nabi SAW bersabda : 

“Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam.”
(Riwayat Al-Baihaqi)


Adapun berjihad dimedan ini banyak cara yang dapat dilakukan antaranya menubuhkan sekolah-sekolah agama, mengadakan pengajian secara bersiri, kelas-kelas agama secara terbuka di masjid-masjid, surau-surau dan rumah-rumah. Melihat kepada sejarah sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu, pelbagai ulama-ulama telah menubuhkan sekolah-sekolah agama di seluruh Tanah Melayu bagi tujuan melebarkan sayap dakwah pada ketika itu. Kesan daripada kemunculan sekolah-sekolah agama ini telah melahirkan ramai individu muslim yang mana mereka ini telah berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada kuasa oriantalis barat demi menegakkan syiar Islam. 

Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula."   
(HR. Bukhari dan Muslim)

Namun dalam kita menuntut ilmu juga memerlukan sesorang guru. Ini kerana kepentingan guru dalam menjelaskan beberapa perkara yang menjadi kekeliruan dan kadangkala terdapat beberpa perkara yang kurang jelas dari segi penyampaiannya. Justeru bertaklikkan seseoran yang berilmu itu juga penting agar kita tidak lari dari konsep dalam menyampaikan dakwah kelak. Bertaklik butakan kepada buku semata-mata tanpa berguru dengan sesorang yang berilmu akan dikhuatiri menyalah gunakan makna ilmu tersebut. Kerana orang yang bertaklik buta ada kalanya menggunakan teori akal semata-mata. Dalam kewajipan kita menuntut Ilmu juga perlunya kita sampaikan dan amalkan apa yang kita pelajari. Firman Allah :

"Hai Rasulullah, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan risalahNya."
(Al-Maidah : 67)

Firaman Allah lagi :


"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati."
(Al-Baqarah:159)

(Sumber : Tajuk-tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh)

Read more...

Remaja & Perjuangan (Siri 1)

Sunday, April 4, 2010




“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan kepad kamu suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih, iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan tubuh badan kamu. Itulah yang sebaik-baiknya-baiknya bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
(Surah As-Saff:10-11)

Berjihad ertinya berjuang dengan cara yang bersungguh-sungguh demi untuk mempertahankan, menyebarkan, melaksanakan serta mengamalkan ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah SAW. Jihad seperti ini merupakan satu janji yang telah dimaterai antara orang mukmin dan mukminat dengan Allah SWT sepertimana yang telah diterangkan dalam ayat di atas.

Jihad itu pula dituntut dalam bentuk harta, tubuh badan dan lisan. Jihad dengan lisan pula kadang-kadang dilakukan dalam bidang pelajaran dan pendidikan kadangkala dilakukan dalam bidang dakwah, adakalanya dalam bidang politik, manakala jihad dengan tubuh badan itu dilakukan di medan perang.

Berikutnya, kita akan berbicara serba sedikit tentang jihad dan lapangannya di samping menerangkan serba sedikit tentang penglibatan muslimat dalam bidang ini pada zaman nabi-nabi khususnya di zaman Rasulullah SAW.

(Sumber : Tajuk-tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh)

Read more...

Najib nak bendung rasuah??? Biar betul???

Friday, April 2, 2010


 PUTRAJAYA - Bagi membendung masalah rasuah dalam urusan perolehan kerajaan di samping meningkatkan integriti, tiga langkah tambahan berkaitan pembidaan tender dilaksanakan bermula semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah tersebut mewajibkan semua pembida tender menandatangani Surat Akuan Pembida dan Surat Akuan Pembida Berjaya. -Kosmo-


Agenda Najib sekali lagi nak membendung rasuah, sebuah agenda kebodohan yang dia ingin tunjukkan kepada rakyat Malaysia. Bagaimana ingin membendung rasuah kalau diri sendiri tidak dibendung:

1. Rasuah kepada tentera laut dan tentera udara hingga kapal selam tak boleh menyelam, kapal terbang pula tak boleh nak terbang-terbang.


2. Rasuah kepada hakim-hakim negara. Kes Antaltuya tertangguh-tangguh sampai lenyap begitu sahaja. Rakyat pula yang rasa pelik.


3. Rasuah kepada yb-yb pembangkang. Bayar duit agar buat statement yang tidak masuk akal. Lepas tu arahkan lompat parti.


4. Rasuah kepada pengundi semasa pilihan raya untuk undi parti kerajaan. Agar boleh memerintah 5 tahun lagi. Akhirnya 5 tahun jugalah rakyat tertindas.


5. Rasuah kepada polis agar larikan diri ke luar negara supaya rahsianya dengan model tidak terbongkar. Lepas tu, suruh pulak polis buat kacau jika parti pembangkang buat ceramah atau demonstrasi. Pukul rakyat, lepaskan gas pemedih mata pulak tu. Negara demokrasi la katakan. 1 Malaysia 1 Rasuah.


Ini pemimpin yang hendak membendung rasuah??? "Indah Muka Antaltuya Dari khabar Najib Mongolia "


P/S Najib Borek, BN dan UMNO Rintik

Read more...

Apabila Rasulullah bersama kita???? Apa yang anda harapkan dengan baginda???

Thursday, April 1, 2010


Salam perjuangan buat semua,

Hari ini seperti biasa ingin memberikan perkongsian ilmu buat semua pembaca. Sebuah tayangan video yang saya ambil dari sebuah blog ~Life Storyteller : Motivational and Inspirational Stories for You and Me~  yang InsyaAllah memberikan sedikit sebanyak pengajaran dan pengalaman buat kita semua. Video yang  bertajuk “If the prophet Mohammad “pbuh” were among us”’ ataupun dalam edisi melayunya bertajuk ‘jika Muhammad s.a.w bersama kita’. Video yang telah memberikan Inspirasi dan penghayatan yang cukup mendalam dihati saya sebagai anak muda, insan biasa dan masih mempunyai nikmat yang sempurna yang telah Allah berikan kepada saya tanpa kekurangan sedikit apa pun.

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Tajuk posting saya kali ini adalah membawa kepada pembaca sekalian sejauh mana penghayatan kita terhadap  rasulullah. Ramai orang muslim mengaku bahawa mereka cintakan nabi, mereka sayangkan nabi. Mereka tahu tentang kisah-kisah nabi. Ada yang juga orang yang mengatakan “Sejak kecil lagi mak bapa kami selalu bercerita tentang nabi. Di sekolah pun ustazah/ustazah sering ceritakan tentang kisah-kisah nabi, keluarga nabi dan isteri-isteri nabi”. Alhamdulillah bila mana PMR, SPM, STAM dan sebagainya, ramai juga orang muslim di Malaysia mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek Pendidikan Islam, Syariah, Usuluddin dan sebagainya terutama dari sekolah-sekolah agama.

Bila mana kita belajar tentang Pendidikan Islam sudah tentu kita akan belajar tentang sirah Nabawiyyah. Tentang perjalanan rasulullah yang mana sebelum baginda diangkat sebagai rasulullah, selepas baginda di angkat sebagai nabi, semasa baginda memimpin negara dan sehingga kewafatan baginda. Persoalan sekarang sedar ataupun tidak,  Berapa ramai yang mempunyai kesedaran dengan subjek-subjek berkenaan mahupun diadaptasi dalam kehidupan seharian? Sejauh mana kita meletakkan perjuangan kita seperti rasulullah?, Sejauh mana kita memimpin seperti rasulullah?

Hanya pembaca sendiri yang mampu menilai sejauh mana pengorbanan kita berbanding pengorbanan Rasulullah. Mungkin semuanya berbalik kepada sirah Nabawiyyah yang kita pelajari.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Apa yang ingin saya kongsikan pengajaran buat kita semua ialah:

1.    Sebagai seorang remaja mahupun dewasa pengorbanan kita terhadap Islam jangan diabaikan, dengan alasan mahu fokus studylah, tunggu dapat pekerjaan yang baik, tunggu dapat Isteri/suami yang soleh/solehah, tunggu ekonomi stabil, tunggu dapat anak. Usah tunggu.... tunggu... dan tunggu...  kerana Allah tidak pernah menunggu untuk mencabut nyawa kita.

2.    Ketahuilah bahawa perjuangan Islam ini adalah sebuah perjuangan siasah nafas panjang. Kita bukan pemula dan kita bukan pengakhir tetapi kita adalah penyambung kepada perjuangan ini.

3.    Bersungguh-sungguh la dalam melakukan gerak kerja Islam. Usah tunggu ganjaran, jawatan ataupun pujian, baru kita lakukan.

4.    Bersabar dengan segala dugaan dan janganlah takut dengan musuh. Yakinlah bahawa Allah bersama-sama dengan orang yang sabar dan berjuang dijalanNya.

5.    Jangan berjuang ikut keadaan, tempat dan masa. Kerana Allah tidak memilih keadaan, tempat atau masa untuk mencabut nyawa kita. Ikutilah kata peribahsa ini “Dimana bumi dipijak di situ ISLAM di julang.”


Kepada pembaca yang dirahmati Allah semua,

Ingin saya akhirkan penulisan untuk ratapan kita semua dengan beberapa ayat Al-Quran dan beberapa potong hadis :

"Hai orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan agungkanlah Tuhanmu! Dan bersihkanlah pakaianmu. Dan tinggalkanlah perbuatan dosa."
(Al Muddatstsir : 1-5)

Rasulullah S.A.W bersabda :

“Barangsiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihal orang Islam maka ia bukanlah dari golongan mereka.”


Di akhir video ini ada beberapa persoalan yang telah ditimbulkan yang boleh menjadi perbincangan buat kita semua :

1.    Sekiranya Rasulullah datang kepada kita? Apa yang kita akan lakukan?

2.    Apakah pandangan Rasulullah sekiranya baginda berjumpa dengan kita semasa melakukan keburukan mahupun sebaliknya apabila kita membuat kebaikan?

3.    Sekiranya anda bertemu dengan Rasulullah untuk seketika, apa yang anda ingin katakan kepada baginda?

P/S Mudahan pembaca boleh memberikan respon untuk perkongsian Ilmu kita semua ke dalam blog ini.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP