Remaja & Perjuangan (Siri 2)
Tuesday, April 6, 2010
Jihad dengan lisan dalam pendidikan
Firman Allah :
“Tidaklah harus bagi orang-orang mukmin keluar ke medan perang kesemuanya. (Malah) hendaklah ada daripada tiap-tiap kumpulan itu satu puak yang mempelajari ilmu pengetahuan Islam secara mendalam, manakala pulang nanti mereka memberi peringatan kepada kaumnya semoga mereka itu berjaga-jaga (daripada melakukan sesuatu yang dilarang Allah).”
(Surah At-Taubah:122)
Ayat ini mewajibkan orang mukminin dan mukminat mempelajari ilmu pengetahuan. Bertambah kuat lagi hujah apabila Nabi SAW bersabda :
“Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam.”
(Riwayat Al-Baihaqi)
Adapun berjihad dimedan ini banyak cara yang dapat dilakukan antaranya menubuhkan sekolah-sekolah agama, mengadakan pengajian secara bersiri, kelas-kelas agama secara terbuka di masjid-masjid, surau-surau dan rumah-rumah. Melihat kepada sejarah sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu, pelbagai ulama-ulama telah menubuhkan sekolah-sekolah agama di seluruh Tanah Melayu bagi tujuan melebarkan sayap dakwah pada ketika itu. Kesan daripada kemunculan sekolah-sekolah agama ini telah melahirkan ramai individu muslim yang mana mereka ini telah berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada kuasa oriantalis barat demi menegakkan syiar Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula."
(HR. Bukhari dan Muslim)
Namun dalam kita menuntut ilmu juga memerlukan sesorang guru. Ini kerana kepentingan guru dalam menjelaskan beberapa perkara yang menjadi kekeliruan dan kadangkala terdapat beberpa perkara yang kurang jelas dari segi penyampaiannya. Justeru bertaklikkan seseoran yang berilmu itu juga penting agar kita tidak lari dari konsep dalam menyampaikan dakwah kelak. Bertaklik butakan kepada buku semata-mata tanpa berguru dengan sesorang yang berilmu akan dikhuatiri menyalah gunakan makna ilmu tersebut. Kerana orang yang bertaklik buta ada kalanya menggunakan teori akal semata-mata. Dalam kewajipan kita menuntut Ilmu juga perlunya kita sampaikan dan amalkan apa yang kita pelajari. Firman Allah :
"Hai Rasulullah, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan risalahNya."
(Al-Maidah : 67)
Firaman Allah lagi :
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati."
(Al-Baqarah:159)
(Sumber : Tajuk-tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh)
0 comments:
Post a Comment