Powered By
Nahnu Jundullah

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Friday, September 11, 2009

Jelajah Ramadhan Kg Himbaan

Surau Kg Himbaan


Seminggu sudah berlalu terlupa pula nak update blog. Da dekat sebulan tak update blog. Em biasa la bila cuti 2 hari ini pengisian diri mestilah pergi xpdc dakwah bersama teman-teman. Minggu lalu kami telah menjejakkan kaki di Kg Himbaan daerah Ranau. Jauh jugak kg tu maklum la keadaan permukaan bumi di sekitar daerah Kundasang dan Ranau ni bergunung-ganang. Program kali ni seperti biasa atas stand Persatuan Siswazah Sabah (PSS) yang telah dirancang sebulan yang lalu. Program ni dinamakan program “Jelajah Ramadhan”. Untuk makluman objektif program ini adalah memberikan tumpuan kepada kawasan muallaf yang mana minoritinya umat Islam di kawasan tersebut. Aktiviti kami, mestilah berbuka puasa bersama mereka di samping beramah mesra dengan penduduk berkenaan. Jauh di sudut hati melihat budaya masyarakat di kg Himbaan, perbezaan budaya memang agak ketara di setiap daerah yang pernah aku jelajah sebelum ini kerana majoriti adalah masyarakat berbangsa Dusun. Akan tetapi agama sahaja yang tidak membezakan kami semua.


Bengkel Solat oleh Ust Jefri.

Baca adik...

Bakal MB Selangor

Ni pulak Assintantnya

Ni Pulak Bendaharinya

Praktikal kepada adik-adik tentang solat

Demo membuat roti canai

Praktikal kepada adik-adik pula

Doa selamat sebelum berbuka di rumah Abg UstJefri

Tayangan perdana "PALESTIN"

Ibu bapa pun turu menyaksikan

Bacaan Al-Quran di rumah jiran Ust Jefri


Keesokan paginya melawat SAR Kg Himbaan


Bergambar dengan berlatarkan SAR yang sedang dalam proses pembangunan

Sebelum berbuka kami adakan bacaan Yasin dan tahlil serta doa selamat di rumah abg kandung kepada Ust Jefri yang hanya bersebalahan rumah sahaja. Maklumlah kerabat keluarga di kg Himbaan ni hanya berdekatan antara satu dengan yang lain. Jadi apabila tiba musim hari raya memang agak meriah kerana dipenuhi ahli keluarga. Selepas tarawikh di surau Kg Himbaan ini kami dijemput untut kenduri di sebuah rumah penduduk kg Himbaan. Bersebelahan dengan surau tersebut. Kami adakan bacaan khatam Al-Quran, tazkirah dan diakhiri dengan doa selamat sekali. Memang ramai yang memeriahkannya. Bacaan Al-Quran ini sebenarnya dilakukan dari rumah ke rumah sehingga selesai 30 juzuk tetapi dilakukan dari juzuk ke juzuk dan dari setiap rumah ke rumah. Mungkin pendekatan penduduk kg yang muslim ini sebenarnya agak baik kerana bukan sahaja mengajak rumah yang dikunjung itu untuk beribadah tetapi mengeratkan ukhuwah sesama penduduk khususnya yang beragama Islam di kawasan tersebut. Begitu berharaganya Islam di mata mereka mungkin kerana minoritinya mereka inilah yang memberikan kekuatan untuk membuat aktiviti sedemikian rupa.
Mungkin apa yang diri ini dapat simpulkan mungkin apa yang mereka telah lakukan ini sebenarnya tidak ramai yang di lakukan oleh orang lain khususnya penduduk di kawasan yang majoritinya umat Islam. Mungkin kerana kita duduk dikawasan yang zon agak terlalu selesa sehinggakan kita terlupa untuk beribadah kepada Allah swt. Pengisian ramadhan hanya diisi dengan rutin-rutin harian seperti hari-hari biasa. Mungkin kerana penyakit “Wahna” yang telah disebutkan oleb Rasulullah telah melanda umat Islam di seluruh dunia tanpa diri kita sedari. Mari kita berbalik dan hayati 2 sabda baginda Rasulullah yang pernah baginda sabdakan.

“Berapa Ramai orang yang megerjakan solat, habuan yang ia terima hanyalah penat dan letih”.
(Hadith riwayat Al-Nasa’i)

“Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi ia tidak mendapat apa-apa ganjaran kecuali lapar dan dahaga”.
(Hadith riwayat Al-Nasa’i).

Mungkin kita patut hayati sabda Rasulullah berkenaan...

Bergambar dengan adik-adik sebelum pulang

Sempat melawat rumah keluarga angkat Mustakim

Bergambar kat kebun sayur pulak tu

Subahanallah...

Senyum...

Petangnya pula, mengikuti program Jelajah DPPNS

Di samping berbuka bersama-sama


Baca Lagi...

Thursday, August 13, 2009

Selamt MenyambuT Ramadhan Al-Mubarak






Baca Lagi...

Wednesday, August 12, 2009

Khidmat Masyarakat Kg Lobou

Sampai ke destinasi yang dituju
Bermain Futsal


Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi, pagi tersebut aku bergegas ke padang sukan macam biasa la menunaikan hobi. Akan tetapi, hari ini kami mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan sahabat-sahabat lain. Matahari yang agak terik memberikan kesan kepada kulit. Macam rasa terbakar jak kulit ni. Tetapi tidak mengapa perlawanan seperti ini bukan selalu diadakan lagipun aktiviti seperti inilah yang sebanarnya yang baik bagi remaja, daripada sibuk membuang masa dengan aktiviti yang berfaedah, sekurang-kurangnya dengan bersukan ini sedikit sebanyak memberikan kebaikan kepada tubuh badan. Lagipun dengan bersukan alhamdulillah sedikit sebanyak dapat menghilangkan stress jugak.

Kawasan tandas surau

Surau Al-Islah
Pasti Kg. Lobou

Inilah dewan Kg Lobou
Bergerak ke Kg Lobou

Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi, sedang asyik bersukan baru teringat pula hari ini ada program khidmat masyarakat di Kg Lobou, terpaksa la balik menunaikan tugas tersebut. Sms sahabat lain, mereka maklumkan yang program tu bermula pukul 8.00 pagi. Akan tetapi demi tanggunjawab, sama ada program tersebut sudah hampir nak habis ataupun tidak, terpaksa memujuk diri untuk melangkah ke program berkenaan. Rasa diri ini menjadi suatu kerugian pulak bila meninggalkan program seumpama berkenaan. Allahamdulillah sempat jugak sampai ke tempat berkenaan sekitar pukul 12.00. Nasib baik acara penutupan belum bermula. Sampai sahaja, berjumpa juga dengan sahabat-sahabat seperjungan dan penduduk kg berkenaan. Mungkin sedikit perkongsian berkenaan keadaan di kg tersebut mungkin dari segi pemerhatian kg berkenaan agak kurang mendapat perhatian dari segi kemudahan yang ada di kg tersebut. Kg tersebut adalah kg yang 50 peratus adalah keluarga Islam selebihnya keluarga Kristian.

Oleh kerana keadaan tersebut, alhamdulillah kami di atas nama Unit Amal kawasan dibawah DPP Sepanggar, turun untuk membantu penduduk kg tersebut. Apa yang kami telah lakukan adalah menaik taraf surau di kawasan berkenaan, memasang papan tanda surau dan memberikan sedikit sumbangan beras kepada penduduk yang miskin. Sumbangan beras ini disumbangkan oleh YB Ust Mohd Nasir Zakaria (Pengerusi Lajnah Kebajikan & Prihatin Masyarakat DPPP merangkap Ahli Parlimen Padang Terap, Kedah) Mungkin sedikit alternatif yang telah dibuat terhadap kg berkenaan. Syabas aku ucapkan kepada saff kepimpinan Unit Amal amnya dan DPP Sepanggar khususnya terhadap kg berkenaanj. Sesuai dengan objektif Unit Amal iaitu “Duta Penyelamat & Kasih Sayang”. Mudahan tidak sampai disini sahaja program seperti ini dilakukan.

Ust Hafizullah sedang mengedarkan makanan kepada penduduk kg

Makan pelan-pelan dik

Abg Baco turut sama makan bersama kedua anak kesayangannya

Makan dengan sahabat-sahabat

Sebelum tu makan yang ringan dulu

Ambil satu persatu ya adik

Ibu bapa juga turut menjamu selera

Petugas unit amal yang menhilangkan kepenatan

Senyum...

Ini la pemuda kita...

Bertugas tanpa mengenal penat dan lelah

PASTI Kg Lobou

Pimpinan yang turut hadir ke Kg Lobou

Ucapan daripada wakil Kg

Ucapan daripada YB Ust Nasir Zakaria
(Pengerusi Lajnah Kebajikan & Masyarakat DPPP)

Sumbagan beras daripada YB

Merupakan Ahli Parlimen Padang Terap, Kedah

Sumbangan alat memotong rumput bagi memudahkan lagi penduduk kg

Sumbangan beras kepada penduduk kg

Saguhati buat adik-adik

Da nak balik da...




Baca Lagi...

Monday, August 10, 2009

Program Remaja Soleh SMK Shan Tao

Pemandangan di hadapan Dewan Shan Tao

Alhamdulillah rasa syukur pada Alllah sepanjang 2 hari bercuti ini tidak disia-siakan. Pada hari sabtu kelmarin telah dijemput untuk mengadakan program di SMK Shan Tou, merupakan sekolah yang majoritinya berbangsa Cina. Sejarah awal pembukaan sekolah ini sebenarnya diasaskan oleh seorang paderi yang mana sekolah ini telah menitik beratkan bahasa cina sebagai bahasa pengantar. Dan sekarang ini ramai juga pelajar muslim yang belajar di sekolah berkenaan. Akan tetapi walau bagaimanapun, alhamdulillah setakat ini kami telah berjaya membina satu jaringan dakwah kepada adik-adik di sekolah berkenaan. Program sehari bersama adik-adik ini mudah-mudahan menjadi satu imblan yang besar disisi Allah. Walaupun aku berada dalam program berkenaan bersama-sama mereka dalam masa setengah hari tetapi Alhamdulillah boleh berkenalan dengan adik-adik tersebut dengan lebih dekat. Selepas zohor, aku pun switch dengan sahabatku, dengan harapan mereka ini dapat membimbing mereka selepas ini. Terima kasih kerana sudi membantu. Dan petang tersebut balik sahaja daripad program berkenaan sempat juga aku megambil gambar berkenaan iklan Festival Filem Malaysia (FFM) berhadapan bangunan pentadbiran Kota Kinabalu. Baru teringat malam tersebut adalah kemuncak festival berkenaan. Acara yang orang ramai nantikan.


Iklan FMM? Sejauh mana kebaikan kepada UMS?



Walaupun ramai yang mengetahui hakikat terdapat H1N1 di UMS, tetapi ada segelintir pihak berkenaan yang masih lagi berdegil untuk buat juga program berkenaan. Kononnya nak memartabatkan UMS konon. Tetapi hakikatnya akedemik UMS ini masih lagi rendah di mata dunia. Adakah ini program yang UMS ingin banggakan??? Dengan pakaian dan kelakuan artis yang tidak senonoh, dengan percampuran lelaki dan perempuan, budaya couple yang berleluasa. Inilah dia ciri-ciri “manusia yang seperti buih di lautan”. Mungkin seharusnya pihak UMS menilai kembali kewajaran mereka untuk menerima program sedemikian. “Indahnya Khabar Dari Rupa”.

Lagu Tema kali ini...

Adakah anda JUARA???

LDK pertama. Kretiria kita

Tekunnya..

Tayangan video

Aktiviti ke-2. 13 tabiat negatif daripada tayangan video tadi

Em jawab adik-adik

Abg. Tak faham la..

Ketua kita. Kreatif sungguh nampaknya.


Baca Lagi...

Friday, August 7, 2009

Hiburan dijulang mahasiswa diabaikan


Esok merupakan kemuncak Festival Filem Malaysia (FFM), acara ini berlangsung di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah, sedar ataupun tidak sebagai mahasiswa adakah anda menyokong acara tersebut? Cuba kita fikirkan sahabat sekalian bahawa nama program sepeti ini memberikan kita output atau input kepada mahasiswa? Adakah program seperti ini menyebabkan 'universiti' ini popular kerana akedemiknya atau popular kerana hiburannya? Anda selaku mahasiswa harus menyedari sekarang ini semakin ramai mahasiswa yang menghadapi masalah kesihatan. Adakalanya timbul difikiran adakah masalah kesihatan yang dialami ini adalah wabak H1N1. Sekarang ini semakin ramai mahasiswa yang telah di kuarintinkan di bilik-bilik khas. Mungkin juga ada yang telah meninggal dunia. Jerebu yang telah diwar-warkan di berita menyebabkan proses wabak ini tersebar dengan mudah. Adakah kita sudah hampir kepada pengakhiran zaman??? Apa peranan universiti pula kepada mahasiwa? Universiti sibuk memberikan kemudahan kepada FFM ini tetapi kemudahan kepada mahasiswa pula bagaimana? Memberikan khidmat kesihatan pun tiada apalagi memberikan topeng secara percuma. Harus diingat mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kalau benda sekecil ini diabaikan oleh pihak universiti maka ramai lagi mahasiswa yang akan terkorban kerana wabak ini. Artis Malaysia dijulang dilayan dengan sebaiknya tetapi mahasiwa yang sakit, menghidap selesema, ada yang batuk tetapi diabaikan begitu sahaja. Walhal bukan artis yang akan membawa anda masuk ke syurga.

Rasulullah pernah bersabda bahawa salah satu daripada tanda kiamat terjadinya satu wabak penyakit yang akan melanda manusia ke seluruh dunia??? Dan salah satu tanda-tanda kiamat juga ialah terdapat kepulan asap yang akan melanda timur dan barat. Asap ini akan berlaku pada masa 40 hari, apabila orang yang beriman terkena asap itu iakan akan bersin seperti selesema, manakala apabila orang kafir terkena asap tersebut maka orang kafir tersebut seperti orang mabuk, asapa kan terkeluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Tepuk dada dan tanya Iman anda.

Baca Lagi...