DSLRKU : Pandangan Mata kerana Ilahi
Thursday, December 9, 2010
Tangan terketar2 menekan kamera DSLR D3100 anugerah Ilahi. Percubaan pertama shoot atas bumbung rumah menghala ke arah bangunan yayasan sabah tepat jam 5.40p.m, apabila matahari mula bersembunyi dicelah awan. Mulalah aku mengambil beberapa gambar di sekitar itu. Dengan sedikit informasi di internet dan belajar dari sahabat2 yang mempunyai bakat menggunakan kamera ini. Aku mula berjinak-jinak dengannya. Mungkin inilah gambar terbaik yang aku rasakan mampu aku ambil.
Mengembangkan bakat, melebarkan sayap, cuba dan terus mencuba mengasah bakat. Bukan untuk menunjuk dan bukan untuk menyombongkan diri. Namun hanya untuk mengisi hobi dan mungkin sebagai pendapatan sampingan buat diri. Namun apapun perkara utama InsyaAllah tidak aku lupai bahawa segala perkerjaan dan hobi yang aku lakukan haruslah niat kerana Ilahi. Supaya perkara utama takkan aku tinggali. Kerana ingin mencari redha ilahi dan keberkatan rezeki yang aku ceburi.
Ramai yang menjadi seorang fotografi, adakalanya sibuk mengejar pengantin ke sana kemari, aqiqah di sana sini, majlis korporat dan entah apa lagi, namun berapa ramai yang ingat akan Ilahi. Mengejar keuntungan duniawi sehingga sanggup mengabaikan tuntutan Ilahi. Tak solat lima waktu kerana takut terlepas adengan bersama pengantin, bersama YB, bersama pelanggan mereka. Tapi adakah mereka tidak ingat bahawa mereka juga tidak akan terlepas daripada azab Ilahi? Adakah mereka tidak ingat bahawa mereka akan kematian itu sudah pasti?
Apapun apa yang aku harapkan sekarang adalah dapat memberi contoh muslim yang baik kepada mereka yang sehobi denganku. Mungkin juga yang bekerja bersama denganku. Walaupun tidak sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya dapat menunjukkan bahawa yang utama perlu diutamakan. Kerana pentingnya keberkatan dalam apa jua pekerjaan....
0 comments:
Post a Comment