Hari ini saya mempelajari sebuah perisian yang dapat meningkatkan boot pc anda. Pertama kali saya postkan entry mengenai teknologi maklumat sebegini...
8 Jun 2011 - Pusat Asuhan tunas Islam (PASTI) negeri Sabah telah mengadakan upacara tahun Sambutan Hari Guru Pasti Peringkat Negeri Sabah bertempat Hotel Likas Square, Kota Kinabalu. Seramai hampir daripada 100 orng guru PASTI dari seluruh negeri Sabah turut turun untuk menjayakan program tersebut. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah PASTI yang baru iaitu Cikgu Hasan. Ini adalah program yang pertama daripada beliau setelah beliau baru shaaja dilantik menjadi Ketua Pengarah PASTI pusat pada tahun ini.Program ini berlangsung selama 3 hari sehingga Jumaat ini. Pada malam tersebut telah berlangsung acara penyampaian anugerah kepada PASTI terbaik, guru PASTI terbaik dan perkhidmatan PASTI terbaik sepanjang tempoh tahun berkenaan. Bukan sahaja itu terdapat juga acara nasyid yang disampaikan oleh bekas murid-murid pasti dan tidak ketinggalan juga iaitu acara cabutan bertuah kepada guru-guru PASTI.
Jika
benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika
Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam,
maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT
untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.
Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara
seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati
dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh
saudara muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan
kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui
propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau
terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan
tersebut.
Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan
berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika
Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang
menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata
pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula
tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan
keganasan di bumi Palestin?
Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong
Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel
lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga
tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang
ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar
puntidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah
negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak
untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian
Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya
bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih
selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan
kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Menteri Besar Kelantan, 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M
Hari ini 16 April 2011 berlangsung proses pembuangan undi di 5 dun utama yang PAS letakkan calon mereka. Kesemua Agen Calon telah bersiap sedia dengan surat bantahan bagi memastikan bahawa proses pengundian berjalan dengan lancar dan meneliti proses pengundian sepanjang hari ini bagi memastikan tiada pengundi hantu yang terlibat seperti mana yang selalu dilakukan apabila menjelang hari pengundian. Begitu juga dengan petugas pas di setiap upu yang pada hari ini bersungguh-sungguh tanpa henti merayu para pengundi untuk melakukan perubahan dan sedia mengundi calon PAS.
Berikut adalah Peta kawasan Dun dan Parlimen Untuk Pilihan Raya Sarawak Pada kali ini.
DUN dimana PAS Bertanding : N3 Tanjong Datu, N15 Muara Tuang, N20 Sadong Jaya, N22 Sebuyau, N24 Beting Maro
Peta untuk 31 Kawasan Parlimen
Untuk maklumat lanjut berkenaan Pilihan raya Anda boleh terus klik link dibawah ini untuk mendapat maklumat berkaitan PRK Sarawak:
14 April 2011 - Kempen di semua bahagian hari ini menunjukkan tanda-tanda positif untuk pakatan rakyat. Hari kedua terakhir ini menunjukkan pakatan bekerja keras 24 jam sehari untuk mengatur strategi dan turun ke setiap dun untuk berkempen di semua tempat upu. Melihat kepada kempen yang mereka lakukan menunjukkan bukti bahawa rakyat di negeri sarawak sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa ingin melakukan perubahan. Walaupun pakatan tidak mengharapkan kemenangan besar akan tetapi kehilangan jumlah kerusi yang cukup banyak kepada BN menunjukkan bahawa BN sudah tidak di terima lagi di Saarawak.
Menurut kajian Zentrum Future Studies, menunjukkan bahawa PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS
53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong
Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%). Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%). Kajian
itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan
kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%,
PR 30% dan Bebas 37%). Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).
Melihat kepada sumber berita daripada Umno Online pula menunjukkan bahawa pada hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gelombang biru kini dirasai di seluruh
Sarawak termasuk di kawasan yang dikuasai pembangkang yang menunjukkan
petanda positif Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan mantap daripada
rakyat. Apa yang memelikkan bahawa tidak ada satu gambar pun yang menunjukkan bukti bahawa rakyat telah menunjukkan yang mereka menyokong BN seperti gambar ceramah umum yang di adakatan oleh PR di atas.
Sementara itu jugak di sibu seorang petugas DAP telah merakam aksi seorang petugas yang mana beliau telah membeli undi daripada kalangan penduduk Sarawak. Sumber : Malaysia Kini. Begitu jugak dengan Laman web Malaysia kini yang telah diserang oleh virus DDOS sejak jam 11 pagi, Selasa 12 April. Petugas teknikal masih berusaha memulihkan laman web kami sepenuhnya.Sehingga hari ini laman Web Malaysiakini tidak boleh diakses sepenuhnya. Ada yang mendakwah bahawa laman web tersebut telah diserang oleh hakkers di lokasi yang berbeza di seluruh dunia yang mana hakkers tersebut telah diupah oleh individu parti politik tertentu bagi memastikan rakyat malaysia tidak dapat menakses laman web berkenaan.
Melihat kepada situasi di atas, menunjukkan bahawa pakatan rakyat seharusnya perlu lebih bersiap sedia untuk menangkis serangan-serangan daripada pihat BN kerana melihat kepada keadaan sekarang dikhuatiri BN akan mempergunakan senjata terakhir mereka untuk menaburkan duit kepada Rakyat Sarawak seperti mana yang telah berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjug termasuk Sabah setiap kali pilihan raya.
Kota kinabalu- 20 Mac 2011. Baru-baru ini sempat singgah sebentar untuk melihat program "Liga Futsal" yang telah dianjurkan oleh Unit amal Kawasan Sepanggar dengan tema "Bersukan satu Ibadah". Sebanyak 7 Pasukan daripada sekitar kawasan sepanggar telah mengikuti acara futsal berkenaan. Turut tidak ketinggalan juga pasukan penganjur "Unit Amal Dream Team" yang baru sahaja ditubuhkan yang mana objektif penubuhan pasukan ini telah sedikit sebanyak membantu dalam mendekati masyarakat khususnya golongan belia dan remaja.
Pasukan Unit Amal Dream Team
Program ini sebenarnya rentetan daripada perlawanan persahabatan di antara Unit Amal Dream Team dan kampung-kampung di sekitar kawasan Sepanggar. Program tersebut bukan sahaja di isi dengan aktiviti Futsal malah telah di isi dengan program tazkirah yang di sampaikan oleh Ust Zulfikar sesuai dengan tema program berkenaan. Program tersebut berakhir dengan Pasukan DullBlas dari Kg.Kibagu telah menjadi johan dan meraih piala dan juga wang tunai berjumlah RM400.
Pasukan yang telah menjuarai
Walaupun kalah namun penganjur tidak membiarkan mereka pulang dengan tangan kosong
Terima kasih kepada pengadil kerana turut menjayakan program berkenaan.
p/s Untuk maklumat lanjut atau gambar sepanjang program boleh terus klik linkdi bawah
Berusaha menyiapkan banner... Tangan siapakah ini? Pastinya bukan tanganku..
Tangan memulakan langkah, mencapai berus yang ada, dan mencari warna pelaka. Hari ini persiapan untuk karnival sukan rakyat yang akan berlangsung pada awal bulan tahun hadapan. Sepeti tahun-tahun sebelumnya sambutan akan memberangsangkan di kalangan rakyat bumi peladang. Permulaan peringkat pertama ini adalah promosi secara besar-besaran di seluruh daerah Tawau dan beberapa banner telah pun telah disiapkan.
Masing-masing menunjukkan skill mewarna
Walauun tidak seberapa dan tidak menggunakan teknologi yang ada seperti sekarang yang terdapat di kedai-kedai printing. Namun apa yang paling penting adalah syiar Islam terhadap masyarakat yang melihatnya agar tidak menunjukkan bahawa Islam itu tidak jumud. Ini juga menunjukkan bahawa dalam Islam juga mengutamakan aktiviti riadah kerana ia menjaga kesihatan hidup. Namun kesemua itu perlulah diletakkan ditempat yang sepatutunya menurut landasan Islam.
Akhirnya beberaa banner sia dibuat untuk dipasang di seluruh bandar Tawau.
Melangkah kaki ke bumi Sibu, membawa amanah yang begitu besar daripada parti, satu kerja yang cukup mencabar bagi golongan muda seperti kami. Apapun kami cuba melakukan sedaya upaya yang kami termampu demi membawa Islam di bumi Sibu. Perjalanan selama 18 jam menaiki kenderaan Avanza memang suatu perjalanan yang amat meletihkan terpaksa menghadapi 8 “cheakpoint”, melintasi 2 kali sempadan Negara Brunei sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Dan akhirnya pukul 9.45 malam kami sampai ke bandar Sibu. Melihat kepada Bandar Sibu mungkin tidak seperti Pilihan Raya kecil Hulu Selangor, suasana agak suram sedikit, mungkin kerana keadaan penduduk yang tidak terlalu “alert” dengan pilihanraya ini. Biasa la “mindset” yang masih belum berubah terhadap mana-mana kerajaan yang memerintah. Apa yang penting bagi mereka, mereka masih terus hidup dengan aman dan damai tanpa peperangan. Mungkin juga kerana kurangnya perkembangan media dan arus perdana untuk sampai ke daerah Sibu ini, anak muda pun masih terpingga-pingga dengan kebenaran parti yang memerintah sekarang. Sanggup diperbodohkan hanya dengan wang sebanyak RM50 untuk membantu “Barisan Neraka” berkempen untuk mereka.
Apa yang mendukacitakan di bumi Sibu adalah majoriti 70 peratus penduduk adalah orang Cina, nak cari kedai makan Melayu pun agak payah. Bila sudah melihat majoriti orang cina di bumi Sibu, tak usah la lagi nak tengok Islam di bumi Sibu, sudah tentu minoriti. Namun apa yang lebih penting dan parti Islam inilah yang menjadi tanggungjawab dalam mengembangkan dakwah Islam di bumi Sibu. Kerana apa? Kerana harus kita ingat bahawa parti diwujudkan kerana atas dasar agama Islam, bukan agam Islam diwujudkan atas dasar parti. Oleh itu, menjadi tanggunjawab kita melebarkan sayap Islam di bumi Sarawak ini.
Rundingan damai bersama pegawai SPR
Kg Nangka.
Sampai sahaja di tanah Sibu rombongan kami agak sedikit keliru kerana tidak menemui markaz parti. Mujur ada parti pakatan yang menunjukkan jalan. Akhirnya ketemui juga rumah yang menjadi bilik gerakan sepanjang pilihan raya ini. Kampung Nangka menjadi medan untuk jentera kami berperang dengan parti BN yang sudah bersiap sedia dengan pilihan raya ini dari awal lagi. Kg Nangka merupakan markaz yang diberikan kerana majoriti Kg Nangka diduduki oleh orang Melayu. Menjadi cabaran pada kali ni mendekati golongan pengundi Melayu di Sibu. Hari esok menjadi permulaan kepada kami. Kaki melangkah seawal pagi untuk bersama dengan Dr Mariah pergi mencula undi penduduk. Akan tetapi alangkah geramnya, pegawai SPR pula sibuk datang mengacau. Merekaminta untuk menurunkan banner pakatan, dengan alasan calon tidak bertanding. Alangkah berat sebelahnya SPR ini, bendera PBB yang dipasang dierata-rata tak diturunkan. Nasib baik jentera cekap untuk bertekak lidah, akhirnya kecundang jugak SPR.... Padan muka....
Calon DAP Wong Ho Leng
Antara ahli parlimen yang turun dari semenanjung untuk berjumpa dengan rakyat sibu
Calon DAP bergambar bersama petugas PAS yang datang dari jauh.
Hari ini Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar dan PAS kawasan Sepanggar turun menjejakkan kaki buat kali kedua ke Kg. Bakau, Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Melihat kesedihan penduduk yang dialami bila mana rumah yang mereka duduki di kawasan tersebut yang telah dirobohkan begitu sahaja. Kes yang sama yang berlaku di Kg Delima & Kg Gentisan mengenai rizab tanah orang bumiputera. Mengikut maklumat yang kami terima penduduk telah menerima notis untuk berpindah dari kg berkenaan sekitar 3 tahun yang lalu. Beginilah liciknya UMNO/BN telah mempergunakan tanah rizab orang bumiputera sehingga sanggup menjual tanah tersebut kepada syarikat asing. Apa yang menarik berkaitan isu ini ialah janji manis Umno yang ingin membela hak rakyat Kg Bakau namun sampai sekarang tidak ada seorang YB UMNO yang turun melihat rintihan penduduk ini. Inilah kesengsaraan yang telah di alami sepanjang 5 tahun pemerintahan BN/UMNO di Kg Bakau.
Robohnya Kg Bakau tanpa mehiraukan perasaan mereka
Demi alasan untuk menenangkan hati rakyat YB berkenaan sanggup menipu dan menaburkan janji manis bahawa mereka akan mencari dan menyediakan penempatan kepada penduduk Bakau. Akan tetapi apa yang mendukacitakan rumah yang disediakan kepada mereka itu ialah rumah yang berstatuskan “Rumah Sewa” seumur hidup di Taman Telipok Ria. Untuk menduduki rumah teresebut penduduk terpaksa membayar diposit sebanyak RM600 ringgit dan membayar sewa bulanan sebanyak RM170 sebulan. Sudah la rumah dirobohkan, rumah yang disediakan pula hanya berstatus sewa seumur hidup.
Inilah Bukti Janji Manis salah seorang YB UMNO/BN
Ketua Bahagian UMNO Sepanggar, Jumat Haji Idris
Statement Janji Manis yang beliau keluarkan untuk penduduk
Catatan Dhuha april 2019
-
CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar
terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan
pemberitaan...
Egypt’s Coming Civil War
-
Three months ago, Egypt’s military seized power in a coup that it said was
necessary both to prevent civil war and to restore democracy. By now it is
cl...
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH
-
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang
saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau
sebagai Pres...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
DAP dah menang 390 undi: Kenapa SPR lambat umum?
-
Kekecewaan BN tidak harus menjadi kekecewaan SPR.DAP, dari penjumlahan yang
telah dibuat, telah menang 390 undi! Ia rasmi kerana semua borang 14 -
pengesah...
Pas gesa bebaskan Manoharan
-
Sinar Harian (13/11/08): Ketua Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub
menjelaskan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan
sepatutnya dibe...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
PRK TELOK INTAN RUNTUHKAN TEMBOK PERKAUMAN
-
- YAB Sdr Lim Guan Eng menamakan anak muda Dyana Sofya sebagai calon DAP
Parlimen Telok Intan.
- Tamparan paling hebat buat BN terutamanya U...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
SPR Mengaku Ada Pengundi Hantu
-
*Kenyataan Media*
*Dewan Pemuda PAS Pusat*
*25hb Julai 2011*
*SPR Mengaku Ada Pengundi Hantu*
Setelah 16 hari selepas Himpunan Bersih 2 maka akhirnya T...
Ayuh HIJRAH....
-
Alhamdulillah. wassolatu wassalamu 'ala Saiyyidina Muhammad ibn Abdillah,
wa 'ala aalihi wa sohbihi ila yaumiddiin, wa ba'du ;
Sudah begitu lama saya tak ...
GANTI PUASA BAGI PESAKIT DIALYSIS
-
*Soalan :*
Bagi pesakit dialysis yang tak dapat puasa kerana uzur, adakah kena bayar
puasa juga bila mampu?
Jika tidak tahu bila yang mampu, boleh tak te...
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH
-
Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana *ujian itu adalah
sebahagian daripada kehidupan di dunia*. Dunia ini sendiripun tempat ujian
sebel...
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.
-
Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz
Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan
jemaah....
SePiNgGan NaSi Di KoPiTiAm MeLaNg...
-
Sepinggan nasi di kopitiam Melang
Sepinggan nasi di kopitiam Melang
tidaklah sama di hotel berbintang2
apalah sangat dengan Melang
sebuah pekan kecil lagi u...
Program Titian Kasih Kg Sungai Damit
-
Kegembiraan jelas terpancar diwajahnya. Bahagia. Sungguh bahagia. Bahagia
tika impian termakbul. Sejak terlibat dengan KRU dan buat pertama kali
menyerta...
Wasilah Dakwah Kontemporari
-
Selain tutur bicara, mata pena juga sangat berkuasa dan bertindak menjadi
medan seseorang untuk mengeksperasikan segala mesej yang ingin
diketengahkan.
...
BUDAYA KERJA MUSLIM CEMERLANG
-
Islam bukanlah agama yang terbatas kepada aspek ibadah seperti solat, puasa
dan haji, akan tetapi meluas kepada segala aspek kehidupan. Termasuk dalam
ke...