free counters

Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "
Resized JPEG graphic

Debat PTPTN: Tahniah KJ dan Rafizi.

Islamic Summer Camp (ISC) G5....

Resized JPEG graphic

Hudud: Malaysia, Brunei dan Aceh...

Sultan Brunei ingin melaksanakan hukum hudud kerana takutkan Allah...

Resized JPEG graphic

Himpunan Sejuta Umat...

Sokonglah Demi Islam...

Resized JPEG graphic

Anda kecewa dengan PC anda yang lembab?...

Hari ini saya mempelajari sebuah perisian yang dapat meningkatkan boot pc anda. Pertama kali saya postkan entry mengenai teknologi maklumat sebegini...

Resized JPEG graphic

Kerana sikapmu. Maka Allah akan mencelamu....

Sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri...

Nj Photography

Showing posts with label Pemuda. Show all posts
Showing posts with label Pemuda. Show all posts

Sambutan Hari Guru Pasti Negeri Sabah 2011

Thursday, June 9, 2011

 


8 Jun 2011 - Pusat Asuhan tunas Islam (PASTI) negeri Sabah telah mengadakan upacara tahun Sambutan Hari Guru Pasti Peringkat Negeri Sabah bertempat Hotel Likas Square, Kota Kinabalu. Seramai hampir daripada 100 orng guru PASTI dari seluruh negeri Sabah turut turun untuk menjayakan program tersebut. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah PASTI yang baru iaitu Cikgu Hasan. Ini adalah program yang pertama daripada beliau setelah beliau baru shaaja dilantik menjadi Ketua Pengarah PASTI pusat pada tahun ini.Program ini berlangsung selama 3 hari sehingga Jumaat ini. Pada malam tersebut telah berlangsung acara penyampaian anugerah kepada PASTI terbaik, guru PASTI terbaik dan perkhidmatan PASTI terbaik sepanjang tempoh tahun berkenaan. Bukan sahaja itu terdapat juga acara nasyid yang disampaikan oleh bekas murid-murid pasti dan tidak ketinggalan juga iaitu acara cabutan bertuah kepada guru-guru PASTI.

Persembahab Nasyid Daripada anak-anak PASTI




Ucapan Ketua Pengarah PASTI Pusat



Para guru, mudir-mudir dan MGP yang turut hadir



Bacaan Ikrar
 



Tayangan Montaj



Persembahan Nasyid





Majlis Penyampaian Anugerah












 Sesi bergambar bersama para pemenang anugerah

Read more...

ANAK serah memorandum kepada Ketua Menteri Sabah

Monday, March 22, 2010

18 Mac, Kota Kinabalu: Satu memorandum berkaitan penindasan FELDA terhadap peneroka telah diserahkan oleh Saudara Mazlan Aliman selaku pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (ANAK) kepada Ketua Menteri Sabah. Bertempat di Wisma Innoprise, seramai lebih kurang 20 orang rombongan, yang turut disertai pimpinan PAS Sabah turut sama dalam penyerahan momorandum tersebut.

Mazlan Aliman menyerahkan memorandum kepada wakil Ketua Menteri Sabah

Menurut makluman awal, wakil ketua menteri yang juga setiausaha politik Ketua Menteri Sabah sudi menerima kehadiran rombongan tersebut. Namun pada hari penyerahan memorandum tersebut, beliau langsung tidak menjemput wakil ANAK untuk ke pejabat, malah penyerahan memorandum tersebut hanya dibuat pada ruang legar wisma sahaja.

Keadaan ini amat dikesali oleh Saudara Mazlan Aliman kerana kehadiran beliau dan rombongan dari semenanjung sebenarnya hanya ingin menyampaikan hasrat rakyat yang telah ditindas. Namun layanan yang diterima langsung tidak menggambarkan slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.


Ahli rombongan ANAK bersama pimpinan PAS negeri Sabah bergambar bersama dihadapan banggunan Wisma Innoprise.

Mazlan Aliman dan rombongan sebelum dari itu, telah melawat ke kawasan Kinabatangan, Lahad Datu, Tawau dan Keningau bagi mendapatkan gambaran jelas tentang masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka di Sabah. Pada lawatannya tersebut, beliau telah mendedahkan berkaitan kepincangan pengurusan tanah oleh kerajaan termasuk isu Felda. Felda yang dahulunya adalah satu projek perladangan untuk menjana ekonomi rakyat di bawah program DEB kini diuruskan oleh Syarikat milik kerajaan iaitu FELDA Holdings yang memiliki lebih 60 buah anak syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM 14.4 bilion.

Menurut beliau, walaupun pendapatan Felda Holdings begitu besar, namun peneroka menjadi mangsa apabila para peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri kelapa sawit. Mereka diberikan hutang untuk membayar semula kerja ini yang diswastakan kepada anak syarikat Felda iaitu Technoplant. Selain itu, Felda melakukan strategi bagi memaksa peneroka menyerahkan tanah mereka. Felda Plantations menawarkan mereka untuk menjadi pemegang saham dengan kadar bayaran pulangan bulanan tanpa perlu bersusah payah bekerja di ladang seperti dahulu. Mereka yang bersetuju dipaksa mambuat pinjaman kos menanam semula kebun dan membina rumah baru sekitar RM 90,000.

Read more...

Malam persiapan Jamuan Pakatan Rakyat

Sunday, February 28, 2010

Kerjasama DAP, PAS & Keadilan mengeratkan ukhuwah antara parti

Jamuan pakatan rakyat sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina diadakan pada keesokan hari di Dewan Kian Kok, Likas. Malam semalam, kami di atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah turun besama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP untuk membantu bagi menjayakan segala persiapan di dewan tersebut. Persiapan pentas dan pemasangan bendera di dewan berkenaan telah mengeratkan persahabatan di antara ketiga-tiga parti di samping berkenalan di antara satu dengan yang lain. Esok pagi pimpinan Keadilan, DAP, dan wakil pimpinan PAS akan turun. Kemungkinan Keadilan akan diwakili oleh Dato’ Anuar Ibrahim, DAP pula di wakili oleh Lim Kit Siang, manakala PAS diwakili Ust Hishamuddin.




Mari kita sama-sama meraikan Jamuan Pakatan ini, semua orang ramai di jemput hadir. Bawalah keluarga dan teman-teman anda. Sama-samalah kita meraikannya.


Read more...
Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP