free counters

Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "
Resized JPEG graphic

Debat PTPTN: Tahniah KJ dan Rafizi.

Islamic Summer Camp (ISC) G5....

Resized JPEG graphic

Hudud: Malaysia, Brunei dan Aceh...

Sultan Brunei ingin melaksanakan hukum hudud kerana takutkan Allah...

Resized JPEG graphic

Himpunan Sejuta Umat...

Sokonglah Demi Islam...

Resized JPEG graphic

Anda kecewa dengan PC anda yang lembab?...

Hari ini saya mempelajari sebuah perisian yang dapat meningkatkan boot pc anda. Pertama kali saya postkan entry mengenai teknologi maklumat sebegini...

Resized JPEG graphic

Kerana sikapmu. Maka Allah akan mencelamu....

Sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri...

Nj Photography

Islamic Summer Camp (ISC) G5

Monday, November 28, 2011


Read more...

Hudud: Malaysia, Brunei & Aceh.

Friday, October 14, 2011


Hari ni saya ingin postkan sebuah berita menarik dari negara jiran brunei yang mana mengikut perkembangan berita portal rasmi daripada negara Brunei (Pelita Brunei) telah mengeluarkan keterangan bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menegaskan agar Akta Undang-Undang Jenayah Syara' diwujudkan dan dilaksanakan serta mendapat perhatian yang serius dan segera.

Sungguh mengkagumkan dengan pemerintahan Sultan Brunei, demi Islam beliau sanggup menitahkan rakyatnya agar melaksanakan hukum Allah di atas muka bumi ini. Dia berkata demikian bukan atas sebab politik tetapi di atas takutnya baginda dengan Allah swt.

"Jika ada yang masih juga berkata "tidak" atau "tunggu dulu", ini adalah tidak kena, tegas baginda. Kerana siapalah kita di hadapan Allah untuk berkata demikian sedangkan undang-undang tersebut bukan baru digubal tetapi telah termaktub di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadis, lebih seribu empat ratus tahun lagi" Titah baginda lagi.

Oleh yang demikian kerajaan Brunei sekarang ini telah mengadakan seminar Seminar Antarabangsa Perundangan Islam yang membentangkan beberapa kertas kerja berkaitan undang-undang Islam.

Aceh juga tidak kurang hebatnya mereka telah melaksanakan hukum sejak beberapa tahun lalu. Dibawah merupakan beberapa hukuman yang dijalankan di atas perundangan Islam.





Jika dilihat dengan kedua-dua negara berkenaan sudah pastinya Malaysia pun mampu untuk melaksanakan hukuman Islam tapi apa yang menyedihkan ada pemimpin Islam yang mengatakan alasan yang sungguh tidak munasabah.



"Kalau kita nak laksanakan ia mestilah berpaksikan dengan realiti" PM Malaysia.

Ini adalah kenyataan daripada perdana menteri Malaysia sendiri yang sungguh mengecewakan. Entahlah adakah keadaan seperti di bawah ini realiti atau sekadar lawak jenaka.





1. Kalaulah ada orang yang suka membandingkan negara-negara maju mahupun membangunnya Malaysia dengan negara-negara lain rasanya Malaysia lebih maju dan membangun lagi berbanding dengan negara Aceh walaupun Malaysia tidak semaju dan membangun negara Brunei.

2. Kalaulah Malaysia tidak sesuai melaksanakan hukum hudud atas sebab pelbagai kaum, rasanya negara Brunei ada jugak orang cina dan India.

3. Kalaulah Malaysia tidak berpaksikan kepada realiti rasanya boleh tanya PM berkaitan keadaan apakah yang boleh dianggap sebagai realiti?

Boleh fikir-fikirkanlah....

Read more...

Himpunan Sejuta Umat

Wednesday, October 12, 2011


Gejala murtad bukan suatu perkara yang asing lagi di negara Malaysia. Tahun demi tahun, kes gejala murtad semakin serius terutama di kalangan golongan muda-mudi. Ada yang murtad atas dasar cinta, ada juga murtad atas dasar kurangnya fahaman agama, ada juga yang murtad kerana ikutan, dan pelbagai macam lagi sebab yang menyebabkan tergadainya akidah. Tanpa Iman sebagai pendinding diri maka amat mudahlah akidah manusia tergadai. Oleh yang demikian, sokongan dan dokongan daripada rakyat Malaysia amat perlu untuk menjayakan "Himpunan sejuta Umat" ini. Berikut merupakan fakta berkaitan kes murtad.

Fakta gejala murtad di Malaysia

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom berkata Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010.
    
2. Beliau menyatakan sedemikian ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yg meminta Perdana Menteri mengemukakan jumlah permohonan murtad penganut Islam & berapakah yg diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
    
3. Er Teck Hwa juga turut memohon penjelasan daripada kerajaan bagaimana prosedur menangani gejala murtad.
    
4. Dato’ Seri Jamil Khir berkata hanya 168 permohonan diluluskan
    
5. Bagaimanapun mengikut perangkaan Malaysiakini jumlah permohonan sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang
    
6. Berdasarkan statistik, Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang.
    
7.Tambah Dato’ Seri Jamil Khir lagi, “Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melakukan program & aktiviti bagi mengelakkan gejala murtad terutama di kalangan saudara baru”.
    
8. Menurut Pawanchek Merican jurucakap Persatuan Peguam Muslim “ Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam ”
    
9. Walau bagaimana pun sekreteriat berpandapat jumlahnya lebih daripada itu. Namun angka bukan persoalan utama. Apa yang lebih penting ialah gejala murtad di kalangan orang Islam memang berlaku & kita wajib menghentikannya!

Untuk maklumat berkaitan isu murtad ini anda boleh terus ke laman web di bawah:


SOKONGLAH DEMI ISLAM!!!

Read more...

Anda kecewa dengan PC anda yang lembab?

Friday, October 7, 2011



Hari ini saya mempelajari sebuha perisian yang dapat meningkatkan boot pc anda. Pertama kali saya postkan entry mengenai teknologi maklumat sebegini. Mungkin selepas ini saya akan postkan lebih banyak maklumat berkaitan informasi & teknologi. Bukan untuk menjadi seorang "hackers" namun untuk membantu lebih ramai manusia berkaitan apa yang saya telah pelajari dan fahami. Kebanyakan maklumat dan toturial saya ikuti ini adalah daripada laman-laman web dan blog-blog orang lain juga. Maklumlah masih berjinak-jinak lagi.

Berbalik kepada kepada tajuk perbincangan kita pada hari ini berkaitan sebuah perisian yang diberi nama Soluto. Pasti ramai yang kecewa dan "frust" apabila komputer lembab dan terlalu payah untuk di buka. Soluto merupakan penyelesaiannya. Ia merupakan sebuah perisian yang membaiki sistem maklumat di dalam komputer anda.

Apa kebaikan yang ada pada Soluto?
   1. Dapat menyingkatkan masa boot komputer anda.
   2. Melajukan pelayar web anda.
   3. Meningkatkan kelajuan pc anda.


Di bawah ini adalah maklumat video berkaitan perisian berkenaan.




Walaubagaimana pun keburukan yang ada pada soluto ini adalah apabila anda install perisian ini pastikan anda online terlebih dahulu. Namun apa yang pastinya adalah perisian ini adalah PERCUMA.

kredit to :Myhackers
.

Read more...

Kerana sikapmu. Maka Allah akan mencelamu.

Thursday, October 6, 2011





SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan—————————-Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap———————Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.


3. Suka marah-marah———————–Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.


4. Hasad dengki—————-Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).


5. Kedekut & bakhil———————Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah———————Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia——————-Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).


8. Ego atau sombong———————–Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri———————————-Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.


10. Gemarkan pujian atau riak———————————–Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

* Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.

Kredit to: MATIN

Read more...

Kenangan Aidilfitri Masjid Nurul Huda 2011

Wednesday, September 28, 2011


Kenangan Aidilfitri 2011 bersama sahabat-sahabat Masjid Nurul Huda. Sudah hampir 7 tahun kami semua bersama. Dan setiap menjelang aidilfitri inilah kami berkumpul bersama. Yang remaja sudah meningkat dewasa, yang dulu belajar kat ipt sudah mempunyai kerjaya sendiri, yang bujang pula telah berumah tangga, yang dah kahwin pula sudah mempunyai anak pinak.

Read more...

Jom kita raikan


Read more...

Jom Turun Bersih 9 Julai 2011

Saturday, July 2, 2011


Read more...

Kem Remaja Islam Sipitang 2011. Allah!!! Dekat di Hati...

Thursday, June 23, 2011

Masjid Hj Awang Hashim pekan Sipitang
 Perjalanan ke Sipitang
Setelah mengadakan program di Kota Kinabalu, kali ini merantau ke daerah jauh di selatan pedalaman Sabah iaitu Sipitang. Hampir satu jam lebih perjalanan daripada Beaufort (Kalau jalan tidak sesak la). Sudah hampir setahun tidak menjejakkan kaki ke sini. Kali terakhir aku menjejakkan kaki sewaktu hendak ke Sarawak. Itu pun hanya singgah makan. Namun pada kali ini, aku akan berkelana selama 3 hari 2 malam untuk membantu adik-adik kelab remaja ukhuwah dan sahabat daripada persatuan Siswazah Sabah cawangan Sipitang. 

Pemandangan matahari terbenam di Espland

Sabar dan Ikhlas 
"Allah!!! Dekat Di Hati." merupakan tema pilihan Kem Remaja Islam (KRIS) cawangan Sipitang pada tahun ini. Suatu tema yang cukup menarik. Entah mengapa tema tersebut buat aku jatuh hati. Opsss... Bukan pada orang yang mencadangkan tema tersebut, tetapi terhadap tema yang dicadangkan itu. Sungguh sinonim sekali, mengambarkan yang Allah sentiasa dekat dihati. Bukan setakat solat di masjid mahupun qiam di rumah, tetapi dimana-mana sahaja kita berada. Allah sentiasa bersama kita. Apa yang penting sama ada sedar ataupun tidak bahawa Allah sentiasa dekat dengan kita. Teringat petikan kata-kata daripada buku & filem ayat-ayat Cinta, tatkala seorang lelaki tua teman sepenjaranya fahri mengingatkan fahri peristiwa nabi Yusuf a.s. "Yusuf tahu Allah sentiasa berbicara kepadanya. Kau (fahri) mau tau apa yang di katakan Yusuf?" 

Kata Yusuf, 
"Ya Allah, jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku berbanding dunia luar maka aku lebih memilih kehidupan dipenjara tetapi lebih dekat denganMu berbanding hidup dengan manusia penipu."

"Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas." Sambung lelaki tua itu kepada Fahri. Sabar dan ikhlas, dua perkataan yang berlainan makna. Kedua-dua perkataan ini merupakan perkataan yang berbentuk abstrak kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar seorang manusia. Walau bagaimanapun, kedua-du makna ini bermula daripada hati. Ikhlas daripada hati dan sabar juga daripada hati. Kedua-dua perkataan ini saling berkaitan di anttara satu sama lain. Tanpa perasaan ikhlas sudah tentu Nabi Yusuf akan mudah untuk hilang sabar, tunduk kepada hawa nafsu, tergoda terhadap seorang wanita, dan mungkin juga akan terjerumus ke dalam lembah zina. Namun berkat keikhlasan terhadap penciptanya telah mengukuhkan perasaan sabarnya terhadap godaan dunia kerana dia yakin bahawa Allah jugalah tempat beliau meminta pertolongan sungguhpun sanggup memilih untuk dipenjara. 

Pondok perhentian tempat kami qailullah
Nilai sebuah program.
Masjid Hj Awang Hashim. Itulah tempat untuk kami bertandang. Sampai sahaja di tempat program, kami dijemput oleh beberapa adik-adik KRU dan juga sahabat PSS. Nampak keletihan diwajah mereka. Terima Kasih kami ucapkan. Namun seperti biasa la apabila program sebegini rupa, perkara pertama yang saya setkan di dalam minda ialah tidak mengharapkan layanan yang istimewa. Walaupun kami hanya datang sebagai status "tetamu" sekalipun. Bagi kami cukup sekadar menerima kami untuk bersama-sama menjayakan program tersebut, itupun sudah cukup memadai.

Barisan Ajk Pelaksana

Hari kedua menjelang. Baru aku tahu bahawa peserta hanya sekitar hampir 60 orang.Itupun aku tahu setelah bersembang dengan beberapa orang ajk KRIS untuk mendapatkan kepastian. Tidak seperti KRIS yang aku hadiri sebelum-sebelum ini, selalunya mencapai sehingga 100-300 orang seperti di Kota Kinabalu mahupun di daerah lainnya. Tapi di Sipitang sekadar 60 orang sahaja. Itupun nisbah muslimin adalah lebih banyak daripada muslimat.Bagi aku mungkin jumlah tersebut adalah rileven bagi komuniti sebuah pekan pedalaman luar bandar jika dibandingkan dengan komuniti di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu. Namun, aku tidak peduli terhadap bilangan peserta, bagiku itu bukan nilai gambaran yang menunjukkan bahawa program KRIS tidak berjaya. Namun apa yang lebih penting adalah objektif KRIS iaitu untuk membina pendokong gerakan Islam yang akan menyambung rantai perjuangan di daerah Sipitang ini. Mungkin ada baiknya untuk mengawal bilangan peserta yang sedikit. InsyaAllah kuantiti yang sedikit mampu untuk membina peserta yang lebih berkualiti. Itu yang lebih penting.


Barisan peserta KRIS

Espland sebuah persinggahan.
Jam menunjukkan 11.30 pagi. Perut pun mula berbunyi.

"Zul, jom keluar makan, lapar pulak, pagi tadi kita tak sempat sarapan". Berkataku kepada seorang teman. "Bah, jom lah kita keluar jalan-jalan. Kita pergi Espland." Jawabnya. "Espland tu di mana?" Tanyaku lagi. "Alah, taman kat tepi pantai." Balasnya lagi.
"Tak kisah la, yang penting kita pergi makan". Sambil memegang perut yang sedang berbunyi..

Seperti kebiasaan bila da habis makan aku akan duduk sekejap. Biasa la perut perlukan pencernaan juga. Namun, sebelum kami balik tiba-tiba ada pula si kawan sorang ni nak singgah di pondok persinggahan. "Bang jom pergi pondok tu seronok pulak tengok orang manancing." Katanya. "Bah, jom la. Alang-alang dah lalu apa salahnya kita singgah." Jawabku pula.

Cuaca yang cerah dan angin yang sepoi-sepoi serta pemandangan laut yang luas terbentang membuatkan hatiku sangat tenang. Sempat jugak kami semua qailullah seketika. Wajar sekali ramai penduduk datang ke sini untuk memancing mahupun beristirehat. Kemudahan yang ada di sini pun cukup lengkap dengan tandas, tempat berjogging dan padang untuk bersukan.

Bagiku melancong sambil berdakwah tidak akan lari dari hidupku. Namun matlamat yang utama adalah mardhatillah. Dan semestinya aku meletakkan dakwah yang utama. Cuma melancong itu hanya aktiviti sampingan. Maklumlah hidup hanya sekali. Belum tentu dapt datang lagi. Sebab tu aku lebih suka menghargai aktiviti yang ada. Bak kata pribahasa "sambil menyelam minum air". Namun tugas tidak di lupa dan pastinya mengngati matlamat yang utama. Walaupun di mana sahaja berada. Apa yang penting mencari MARDHATILLAH. "Dah masuk asar, jom kita balik. Takut dorang yang lain cari kita pula." Kataku sambil melihat jam di tangan. "Sebelum matahari terbenam kita datang ke sini lagi, pasti sangat cantik." Sambungku lagi. Namun kawanku hanya menganguk sahaja lalu kami pun terus jalan menaiki kereta meninggalkan makcik-makcik yang memancing di pondok itu... 

Peserta KRIS dengan gaya lain.
p/s sebelum aku berundur mudah-mudahan kata-kata ini memberi motivasi untuk para pembaca


Tentang Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Anak kepada rakan seusrah dan senaqib semasa aku sekolah menengah dahulu Abg Karim Abd Rahim
Firman Allah,

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni'mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."

Di bawah saya sediakan pautan berkenaan program dan aktiviti serta maklumat KRU dan PSS Cawangan Sipitang.

Gambar aktiviti KRIS Sipitang

Blog KRU & PSS Sipitang
http://krucawangansipitang.blogspot.com/




Review video Kem Remaja Islam Sipitnag 2011

Read more...

Sambutan Hari Guru Pasti Negeri Sabah 2011

Thursday, June 9, 2011

 


8 Jun 2011 - Pusat Asuhan tunas Islam (PASTI) negeri Sabah telah mengadakan upacara tahun Sambutan Hari Guru Pasti Peringkat Negeri Sabah bertempat Hotel Likas Square, Kota Kinabalu. Seramai hampir daripada 100 orng guru PASTI dari seluruh negeri Sabah turut turun untuk menjayakan program tersebut. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah PASTI yang baru iaitu Cikgu Hasan. Ini adalah program yang pertama daripada beliau setelah beliau baru shaaja dilantik menjadi Ketua Pengarah PASTI pusat pada tahun ini.Program ini berlangsung selama 3 hari sehingga Jumaat ini. Pada malam tersebut telah berlangsung acara penyampaian anugerah kepada PASTI terbaik, guru PASTI terbaik dan perkhidmatan PASTI terbaik sepanjang tempoh tahun berkenaan. Bukan sahaja itu terdapat juga acara nasyid yang disampaikan oleh bekas murid-murid pasti dan tidak ketinggalan juga iaitu acara cabutan bertuah kepada guru-guru PASTI.

Persembahab Nasyid Daripada anak-anak PASTI




Ucapan Ketua Pengarah PASTI Pusat



Para guru, mudir-mudir dan MGP yang turut hadir



Bacaan Ikrar
 



Tayangan Montaj



Persembahan Nasyid





Majlis Penyampaian Anugerah












 Sesi bergambar bersama para pemenang anugerah

Read more...

Lagu Tema Imam Muda 2



Lirik Lagu Tema Imam Muda 2 : Hambamu (Mawi ft Akhil Hayy)

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Read more...

Montaj sempena KRIS 2011

Wednesday, June 8, 2011

-Montaj Penutupan Kem Remaja Islam- 






-Montaj Malam Kesenian Islam-

Read more...

Montaj Pembukaan Kem Remaja Islam (KRIS)

Thursday, June 2, 2011




P/S: Hak Cipta tidak terpelihara.. Silakan kepada yang berminat...

Read more...

Sayangi Daku. Siapa Sayang Saya? Siapa Saya Sayang? Allah sentiasa menyayangi kita.

Wednesday, May 18, 2011


Salam perjuangan untuk semua, syukur Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia untuk meneruskan penulisan yang I'Allah akan membawa seribu kebaikan untuk semua. Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua sebuah program yang saya ikuti iaitu program "Kem Sayangi Daku". Bertempat di SMK Perempuan Likas, seramai sekitar 80 orang peserta mengikuti kem ini. Bertemakan "Ke Arah Pembentukan Insan Solehah", Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Badan Latihan Kepimpinan Islam (BALKIS) SMKP Likas telah melaksanakan program selama 3 hari 2 Malam.


Cabaran yang sungguh besar bagi kami pada kali ini untuk membentuk para remaja yang ada di SMKP ini kerana kebanyakan daripada mereka adalah pelajar yang bermasalah apatah lagi mereka semua di kalangan kaum hawa. Namun pencaturan yang telah kami buat bersesuaian dengan keadaan semasa alhamdulillah telah membuahkan hasil. Tekad usaha dengan setiap malam bermuhasabah setiap kali selesai program untuk melihat sejauh mana 'feed back' daripada adik-adik peserta. Kami terpaksa merombak balik pengisian agar objektif yang diharapkan tercapai.



Pada awal program kami memang sangat teruji dengan kenakalan adik-adik perempuan ini. Apatah lagi kebanyakan moderator di kalangan kami majoritinya lelaki, jadi pantang tengok lelaki yang kacak molek.

"Bang umur abang berapa? Nampak macam muda."

"Bang, abang nampak cute la."

"Bang, nanti jangan lupa minta Facebook abang, sekali no telefon ya."

"Bang, nanti jangan lupa add saya ya."

Mendengar adik-adik kata seperti itu sungguh luluh hati ini untuk meneruskan program. Adakah selama ini ibu bapa mereka tidak mendidik sebaiknya di rumah? Ataupun guru yang kurang memberikan perhatian kepada pelajar-pelajarnya? Ataupun mungkin juga pengaruh rakan sebaya? Semua menjadi persoalan di dalam fikiran.

Teringat kata-kata seorang sahabat selalu dia cakap,

"Hidayah itu milik Allah, Hidayah itu milik Allah, Hidayah itu milik Allah."

Mungkin Allah ingin menunjukkan bahawa ISLAM ITU SYUMUL (menyeluruh). ISLAM itu bukan suatu agama yang kuno mahupun ketinggalan zaman, ISLAM itu sesuai mengikut peredaran zaman, ISLAM juga sesuai dengan semua keadaan, ISLAM juga bukan merupakan agama paksaan, dan ISLAM jugalah bukan agama yang menyusahkan.

Adakah perlu untuk kami terus membiarkan mereka sedemikian rupa? Berpeluk tubuh melihat mereka terus digelemung dengan dosa? Menjadikan mereka terus di pandang hina? Dipermainkan lelaki yang diistilah sebagai (buaya)?

Ternyata jauh disudut hati ini untuk membiarkan mereka hanyut begitu sahaja, dengan kem yang kami bina ini mudah-mudahan selepas ini mereka akan lebih menjadi seorang perempuan yang bergelar MUSLIMAH, yang hebat seperti Siti Khadijah, yang setia seperti Siti Aisyah, dan yang taat pada tuhannya seperti Rabiatul Adawiyah.

Kuliah subuh oleh sahabatku Arep.
"Erti sebuah kehidupan"
Apa yang lebih mengembirakan bagi kami ternyata berlaku selepas daripada program ini. Ramai yang memberikan respon positif, bukan sahaja daripada borang feedback yang diberikan malah melalui komen-komen daripada facebook Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Dan juga status-status Facebook peserta kem yang sempat saya tinjau yang telah add friend saya.

Antara komen yang sempat saya tinjau. Mohon empunya FB izin copy dan paste.

Bukan itu sahaja selepas daripada program tersebut, ramai adik-adik yang turut mengajukan pelbagai persoalan. Terutama masalah pakwe dan bf mereka. 

Si A: "Salam..,,mcm mn bang??? kami mesti break kah dgn bf kmi  nie??"

Si B: "Tapi bang , bfku tu non-muslim , mcm mn tu?"
Melihat karenah mereka menyebabkan diri ini terasa pening dan kebingungan. Bukan tidak mahu memberikan pertolongan namun keterbatasan kerana mereka juga bukan muhrim seperti orang lain mungkin menjadi suatu halangan. Mungkin ada baiknya jika mereka dibantu oleh orang yang lebih layak. Kerana saya juga bukan seorang kauselor apatah lagi ingin berbicara dari hati ke hati kerana takut mereka juga akan jatuh hati seperti mana seorang murid jatuh hati kepada gurunya mahupun seorang anak jatuh cinta kepada bapanya.
Selamat hari lahir pada bulan Mei abang-abang dan kakak-kak fasi ucapkan...
Moga di rahmati oleh Allah Taa'la.

Walau bagaimanapun apa yang saya, abang-abang dan kakak-kakak fasi harapkan semoga kamu semua terus Isthiqomah. Seperti nabi sarankan "Walaupun sedikit, yang penting Isthiqomah (berterusan)." Dan perubahan yang sedikit dan berterusan itu adalah lebih bermakna.

Sebelum mengakhiri sebuah nota kehidupan ini, mari sama-sama kita hayati sebuah montaj yang direkacipta oleh Sdr. Hasmadi. Terima kasih untuk montaj tersebut. Semoga anda semua terhibur.


Kepada yang ingin melihat gambar-gambar program boleh la lawati di laman sosial PSS KK :
(Syarat kena log in Face Book dulu)
Link 1

Ataupun

Boleh lawati di laman web rasmi untuk maklumat lanjut
berkenaan aktiviti PSSKK

Read more...

Ilusi Warna. Uji mata Anda...

Thursday, May 12, 2011


Mari kita buat aktiviti santai pada hari ini untuk menghilangkan stress...
Cuba anda fokuskan mata anda pada titik hitam dibawah sehingga ianya bertukar.

Apa yang anda lihat adalah sebuah bangunan yang berwarna warni tetapi ianya adalah bangunan yang berwarna kelabu sahaja.

Selamat beraktiviti...

Read more...

Mutiara kata Luqman Al-Hakim

Saturday, May 7, 2011

 
 
Berkatalah Luqman mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Tuhan Yang Maha Mengetahui:

"Hai anak-anakku, janganlah engkau sekali-kali mempersekutukan Tuhanmu dengan apa sekalipun, kerana mempersekutukan Allah satu kezaliman yang sangat besar, dan bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur."

“Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?"

“Maka engkau menikmati kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya, penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri."

“Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa, maka Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan mereka. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci."

“Hai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu."

“Dia memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh, dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian."

“Dan bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan."

“Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah tidak meredai orang yang sombong dan takbur."

Read more...

Jika benarlah Osama mati...

Wednesday, May 4, 2011

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.


Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.


Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.


Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin?


Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.


Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar puntidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.


Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?


Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan, 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Read more...

Sanggupkah kamu berkorban wahai muslimah? Bahagian ke-2. -Bahagianya bila hidup saling memahami-

Wednesday, April 27, 2011

(Gambar Hiasan)

Mungkin dulu pernah aku ceritakan kisah aku bersama isteri murabbiku. Kalau ada yang tak pernah baca boleh baca kat sini, sila Klik link ni. Kali ini aku ingin berkongsi cerita bahagian ke-2 mungkin menyentuh tajuk yang sama tetapi kisah yang berbeza. Seperti biasa dengan bakatku menjadi supir mahupun driver ferari kisah ini. berlaku hampir 6 bulan lalu. Ketika isteri murabbiku mengandungkan anaknya yg ke-10.

Kursus Amal Islami.

Seperti kebiasaan la bila cuti sekolah. Persatuan Putera Puteri Islam akan mengadakan progam terbesar mereka kursus Amal Islami (KAMI). Dan setiap kali program la aku dijemput, bukan menjadi fasi atau pengarah atau penceramah tetapi sebagai seorang pemandu supllier makanan untuk program adik-adik PERPPIS ni. Ajk pengangkutan la katakan. Namun aku tidak kisah sebab mungkin aku memahami sewaktu aku jadi ajk dulu mcm mana peritnya ketika buat program KAMI ketika itu. Guna bas dan teksi untuk beli makanan di bandar. Belum denganr cerita senior-senior lagi dahulu. Beli makanan guna motor honda "old skull" murabbi lagi. Adui lagi la perit. Walau apapun bak kata Sang Murabbi. "Tiada perkara yang senang untuk perjuangan Islam". Namun hakikatnya, itulah kemanisan Iman. Betul tak?

Pusat Rawatan Ibu dan Anak
Dengan cuaca yang cerah, dan alunan muzik kumpulan nasyid di dalam sebuah kereta kancil biru murabbiku yang aku pandu, tiba-tiba handphone berdering. Macam biasa la on call.

Cikgu: "Asslamualaikum lan."
Aku: "Waalaikusalam cikgu, ya ada apa?"
Cikgu: "Lan, ada di mana sekarang?"
Aku: "Baru mau gerak dari rumah, on the way ke tempat program. Kenapa Cikgu?"
Cikgu: "Sebelum datang ke sini, singgah rumah dulu ambil isteri cikgu. Lepas tu bawa ke hospital Ibu dan anak Boleh kan??"
Aku: " Bah, yalah cikgu"

Seperti biasa la tanpa mungkir, terus menuju ke destinasi, 10 minit da sampai. Nasib baik isteri murabbiku da bersiap.

Aku:"Asslamualaikum kak"
Kak: "Waalaikumsalam. Ada cikgu tadi telepon lan?"
Aku:"Ya, ada. Lama tunggu ka kak tadi?"
Kak: "Tidak la, baru jak kakak bersiap ni"
Aku: "Aik si amirah jak yang ikut? Mana konco-konco yang lain? Biasa dorang tak ketinggalan."
Kak: "Kakak tak bawa dorang. Tau la kan semua starring. Pening kakak kalau bawa diorang tu nanti."
Aku: "Ooo, ba yalah."

Macam biasa bila dah berada dalam kereta sambung dengan alunan muzik tadi. Tapi kali ini dengan nada perlahan takut kena sound dengan  isteri murabbi pulak.

Restoran Sri Keningau
Jam sudah menunjukkan  dekat pukul 3 petang. Hampir setengah jam isteri murabbiku dibilik doktor memeriksa kandungannya. Bila pintu terbuka, dia pun keluar. Aku pun terus menyapa sebab nak tau macam mana keputusan pemeriksaan kandungannya.


Aku : "Macam mana kak sekarang kandungan? Apa kata Doktor?"
Kak: "Alhamdulillah sihat, setakat ni tiada apa-apa yang berlaku."
Aku: "Jadi kak bila di jangka akan bersalin?"
Kak: "I'Allah sekitar bulan 3 atau 4 nanti."
Aku: "Owh... Bagus la. Mudahan berjalan lancar"
Amirah: "Umi, lapar ni. Jom kita makan."
Kak: "Bah lan, jom kita pergi makan si mirah ni da mengeluh sudah seharian tak makan"
Aku: "Tempat biasa ka kak?"
Kak: "Iya tempat biasa."

Seperti biasa bila da tengah hari restoran keningau jugak menjadi pilihan hati. Dengan makanan berbentuk hidangan tinggal pilih jak. Mungkin sebab tu murabbiku suka datang sini kot. :)

Xpdc Dakwah

Duduk menemani isteri murabbi dan si kecil molek amirah dihujung penjuru Restoran Keningau seperti kami memulaukan diri dari ramai orang. Namun suasana petang pada ketika itu agak lengang mungkin kerana hari sudah senja. Sambil menikmati hidangan kak pun membuka ceritanya tanpa aku tanya?

Kak: Bila XPDC Dakwah?
Aku: Entah la kak, dengar-dengar 3 hari selepas KAMI tu. Kenapa?
Kak: "Tak da apa-apa la kakak tannya jak." Sambil tersengih.
Aku: Aik??? Lain macam jak kak?
Kak: "Tak da apa-apa la lan, kakak cuma teringat peristiwa Xpdc dakwah dan perkahwinan kaka zaman dulu"
Aku: "Apa kaitan xpdc pulak dengan perkahwinan kakak?" Nadaku kebingungan.
Kak: "Tak la, sebenarnya dulu masa kakak mula-mula kahwin masa tu, seminggu selepas tu cikgu sudah ajak kakak pergi ke xpdc dakwah."
Aku: "Biar betul kak? Biasanya orang yang baru kahwin pergi honeymoon kat luar negara paling tidak pun pergi semenanjung ka, ni tak pergi XPDC pulak."
Kak: "Iya, masa tu kami baru sahaja menikah, cikgu da bagitau yang minggu depan pergi xpdc dakwah. Kakak pun terperanjat cikgu cakap macam tu.Tapi mau buat macam mana da namanya isteri kakakpun malu-malu jugak jadi mengiyakan jak la."
Aku: "Wah mantap tu. Tak pernah lagi dengar honeymoon macam ni. Selalunya honeymoon ke luar negara tapi ni ikut pergi berjihad pulak. Alhamdulillah besarnya jiwa cikgu."
Kak: "Entah la lan, cikgu cakap inilah honeymoon kami. Hampir setiap tahun cikgu bawa kakak buan madu macam ni. Semenjak anak kakak pertama tu dilahirkan hingga sekarang. Walaupun kakak mengandung cikgu tetap bawa kakak join xpdc. Kadang-kadang kakak rasa tak larat tu pun ada."
Aku: "Habis tu kenapa kak tak tolak jak kalau cikgu ajak."
Kak: "Bukan kakak tak nak tolak tapi mungkin time xpdc ni jak la masa yang banyak untuk kami bersama. Tau jugak la kan cikgumu macam mana. Bila di rumah siang dia sibuk dengan sekolah, bila malam pula sibuk dengan kerja jemaahnya. Tengah malam baru balik. Kadang-kadang tak balik langsung. Sebab tu kakak tak kisah."
Aku: "Owh. Tapi kak bila kakak cerita macam ni, teringat pula kisah Siti Aisyah dengan Rasulullah, kemana-mana pun ingin ikut Rasulullah berperang."
Kak: "Mungkinlah jugak. Tapi tu lah kenangan yang tidak boleh kakak lupakan. Bila bersama cikgu, cikgu tidak pernah tinggalkan kakak untuk ajak pergi program jemaah. Kadang-kadang kakak pergi jugak walaupun kakak tak larat sebab kakak tengok cikgu bersungguh-sungguh ajak kakak ikut program jemaah. Mungkin kalau cikgu tak buat macam tu pada kakak, rasanya kakak mungkin jadi seorang yang pasif terhadap program-program jemaah. Cikgu sahaja yang menjadi tulang belakang kakak untuk kaka sentiasa istiqomah dengan program jemaah ni."
Aku: "Betul tu kak,. Sekarang ni susah mau cari suami yang boleh buat macam apa yang kakak alami dulu. Baru jak kahwin seminggu dua sudah ajak isteri  untuk berjihad bersama-sama. Bila time mengandung dan ada anak pun buat benda yang sama jugak. Sampai saya tengok pergi demonstrasi pun cikgu bawa kakak dan anak-anak demonstrasi sekali. Kalau saya belum tentu lagi dapat buat benda tu semua, apa lagi nak istiqomah."
Kak: "Tak palah lan, I'Allah kakak doakan, Jangan risau, bila kita terus bantu agama Allah, I'Allah Allah akan atur diri kita, suami, isteri dan anak-anak kita dengan begitu baik. Moga sentiasa Isthiqomah dalam perjuangan Islam. Dan yang paling penting sentiasa memahami dan kuat-menguat di antara satu dengan yang lain. Bukan sama-sama pasif pulak" Sindir kakak kepadaku.
Aku:" I'Allah kak. Da nak dekat asar ni kak jom balik sebab nak terus ke tapak program solat di sana. Takut cikgu tercari-cari pulak. Tak pasal-pasal kena marah cikgu aku lewat datang."

Selesai makan di restoran kami pun terus bergerak hantar isteri murabbiku balik ke rumah. Time-time memandu ni di kepala masih termiang-miang dengan nasihat dan kata-kata isteri murabbi tadi. Begitu besar cabaran yang mereka hadapi. Namun apakan daya ilmu masih kurang, diri terasa masih belum ada kekuatan seperti mereka berdua. Namun aku tetap bersyukur sebab masih bersama-sama bersama mereka selaku orang yang berpengalaman dalam hal-hal rumah tangga seperti ini apata lagi yang hidup di dalam perjuangan Islam. Diri masih dahagakan nasihat daripada sang murabbi dan isterinya ketika diri ini bermasalah. Appaun terima kasih ku ucapkan kepada mereka.

"Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu,harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. 
(At-Taubah ayat 24)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP