Jelajah Kg Kauluan
Sunday, February 21, 2010
Syarat Menang Mesti Berjuang,
Tapi Bila berjuang Tidak Semestinya Menang...
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana saya masih diberikan nikmat Iman dan Islam dan memberikan tenaga dan kesempatan untuk menyumbangkan tenaga kepada jamaah. Sedikit kata-kata yang saya ambil daripada salah satu blog pimpinan sebagai Inspirasi pada diri yang InsyaAllah telah menyuntik sedikit sebanyak semangat perjuangan sebagai “Nahnu Jundullah” yang berjiwa “pemuda dan kepemudaan”. Sepanjang cuti kali ini plan bersama sahabat yg lain untuk bergerak ke daerah kundasang untuk mengikuti satu progam. Akan tetapi tanpa perancangan di fikiran, Allah telah memilih untuk mengikuti satu lagi program sampingan tanpa diduga-duga. Sampai sahaja ke tapak program sahabat saya Saudara Nuril Al-Hakim membawa untuk meninjau sebuah kg di kawasan yang terpencil jauh dari pekan kundasang. Kali ini mengorak langkah sekali lagi tetapi pada kali ini bukan hendak ke Kg Himbaan tetapi untuk meninjau sebuah kg yg InsyaAllah boleh memberikan potensi kepada Islam secara lebih efisyen kepada penduduk kg iaitu kg Kauluan. Menjadi kebiasaan bila mana mengorak langkah ke kg di daerah kundasang ini, mesti terbayang di mata bertapa miskin dan daifnya keluarga di sana. Entah mengapa??? Memang majoriti kebanyakan penduduk kg di daerah kundasang menghadapi pelbagai masalah terutamanya dari sudut kemudahan seperti air, jalan, pepustakaan, sekolah dan sebagainya. Sudah beberapa abad lama daerah kundasang di perintah oleh kerajaan Barisan Nasional tetapi apa yang menyedihkan kemudahan-kemudahan seperti ini tidak dipandang dengan lebih serius oleh orang-orang yang bertangungjawab yang telah sekian lama memerintah di daerah berkenaan.
Berbalik kepada cerita kembara amal kami pada kali ini adalah untuk bertemu dengan penduduk kg berkenaan. Saya dan saudara Nuril Al-Hakim telah berjumpa dengan JKKK kg berkenaan untuk mengambil serba sedikit maklumat berkenaan dengan kg berkenaan. Dan hasil temual bual kami dengan kg berkenaan memberi khabar gembira buat kami berdua. Saya ingin berkongsi maklumat kepada sahabat sekalian berkenaan hasil daripada temubual kami.
Alhamdulillah, mengikut soal selidik yg kami lakukan, majoriti penduduk di kg berkenaan adalah muslim. Dan melihat kepada ahli jawatankuasa pelaksanaan kg majoritinya adalah muslim termasuk pengerusi JKKK. Walau bagaimanapun terdapat sedikit kelemahan yang ada pada kg berkenaan iaitu kekurangan tenaga pengajar terutama dari sudut kuliah-kuliah & kursus-kursus agama yang mana pengisian berkenaan hanya diadakan sekali dalam setahun. Begitu juga dengan guru-guru yang mengajar kelas KAFA adalah kurang yang mana hanya dilakukan dua kali seminggu. Perkara sebegini perlulah di ambil serius oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada JAEINS atau JAKIM kerana kebimbangan masalah gejala murtad akan terjadi di kawasan kg berkenaan. Program-program yang hanya bersifat sementara belum cukup untuk memantapkan akidah mereka untuk terus bersama dengan Islam. Dan kita tidak mahu mereka hanya Islam pada nama sahaja malah perlu disemai Islam pada hati, jiwa, dan siasah mereka.
0 comments:
Post a Comment