Sambutan Maulidur Rasul dan Qiamullail di Kg.Lobou
Sunday, February 28, 2010
Sempena sambutan maulidur rasul jumaat lalu, Alhamdulillah saya bersama-sama dengan geng pemuda yang lainnya mengisi sambutan Maulidur Rasul turun untuk mengisi program lajnah tarbiah DPP kawasan Sepanggar di Kg. Lobou. Walaupun dalam seminggu ini ada yang sibuk bekerja, belajar, dan mengurus rumah tangga, namun soal tarbiah yang diterapkan di dalam jamaah tidak akan di tinggalkan. Oleh yang demikian, aktiviti yang dijalankan oleh dewan pemuda ini bukan sahaja ingin mengukuhkan soal tarbiyah dikalangan ahli bahkan ingin mengeratkan hubungan sesama ahli di peringkat kawasan. Mungkin mengisi aktiviti seperti inilah yang sebenarnya mengikatkan diri kita dengan jemaah PAS.
Kadang kala bila mana menyebut soal tarbiyah selalu kita menyebut ingin memperkasakan tarbiah, namun kadang kala kita sering terlupa bahawa, tarbiah ahli ini sebenarnya datang dari diri ahli itu sendiri, memang sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai gerakan Islam, soal tarbiah adalah kunci asas kepada kemenangan, kalau tidak kita tidak akan dapat menhan ujian daripada Allah s.w.t. Ujian yang Allah turunkan kepada kita menjadi kayu ukur kepada proses tarbiyah di dalam diri.
Kadang kala bila mana menyebut soal tarbiyah selalu kita menyebut ingin memperkasakan tarbiah, namun kadang kala kita sering terlupa bahawa, tarbiah ahli ini sebenarnya datang dari diri ahli itu sendiri, memang sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai gerakan Islam, soal tarbiah adalah kunci asas kepada kemenangan, kalau tidak kita tidak akan dapat menhan ujian daripada Allah s.w.t. Ujian yang Allah turunkan kepada kita menjadi kayu ukur kepada proses tarbiyah di dalam diri.
Pengisian selepas solat subuh
“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.”
Surah Muhammad : 31
Kalau tarbiyyah tidak menjadi asas di dalam diri dan perjuangan, sudah pasti kita tidak akan tahan untuk menghadapi ujian daripada Allah s.w.t. yang lebih besar seperti dipulau, dipenjara, dibuang, disiksa dan sebagainya. Sedar atau tidak, kadang kala kita tidak tahan di ujian yang kecil sahaja kita tidak mampu hendak bertahan seperti masalah hati dengan orang, emosi, bebanan kerja, assignment, keputusan merosot, dan sebagainya.
Cuba sahabat merenung sebentar, kisah para sahabat iaitu Sayyiduna Khalid Al-Walid yang mana beliau seorang angkatan perang yang beribawa dan hebat di antara sahabat pada ketika itu. Namun pada suatu masa ketika beliau telah menerima sepucuk surat perlucutan jawatan oleh khalifah pada ketika itu, namun dengan dasar iman dan tarbiyyah yang mantap, beliau menerima dengan hati yang terbuka dan redha. Tanpa sebarang perasaan emosi yang berkecamuk dan tanpa sebarang bantahan kepada pimpinan.
Apa yang ingin saya simpulkan kepada sahabat sekalian dengan kisah di atas, bahawa kita selaku ahli gerakan Islam mestilah yakin dan jelas dengan apa yang kita perjuangkan. Jangan hanya ujian yang kecil kita asyik mengeluh berpanjangan, mula nak mengasingkan diri dengan jamaah, mula merasa muak dengan gerak kerja Islam, mula merasa tidak puas hati dengan orang, mula merasakan terbeban dengan gerak kerja Islam dan bermacam-macam lagi perasaan yang bermain di fikiran.
Ingatlah! Itu semua merupakan permainan hati daripada syaitan yang ingin menghalang kita daripada berjuang di jalanNya.
Kita bejuang bukan atas dasar publisiti mahupun jawatan semata-mata, kita berjuang atas dasar tanggungjawab dan perjuangan kita yang jelas. Jangan terlalu banyak mengkritik dan mencari kesalahan orang lain, tetapi bertanggungjawablah untuk mencari penyelesaian dan mengisi kelompangan-kelompangan yang berlaku dalam jamaah.
0 comments:
Post a Comment