Kerja yang merumitkan...
Wednesday, January 20, 2010
Da lama tak update blog.... Bulan ini merupakan bulan yang agak memenatkan. Tatkala sibuk menguruskan pendaftaran kuliah, juga sibuk dengan segala metting dan usrah. Dalam bulan ini banyak perkara telah berlaku. Ada yang baik dan ada yang buruknya. Tapi perjuangan tetap masih diteruskan. Biasalah pemuda penu cabaran, dugaan dan mehna tribulasi. Semua itu mendidik kita untuk sentiasa menuju redha Allah. Tanpa ujian dari Allah sudah tentu kita lalai dan leka dan tidak mensyukuri apa yang Allah berikan. Kalau bukan sekarang kita ingin menyumbangkan tenaga yang sedikit ini sampai bila lagi???? Masa bekerja??? Masa berkawin??? Atau setelah mendapat 1, 2, atau 3 orang anak. Mungkin belum tentu lagi Allah akan memilih kita untuk berjuang selepas mendapat semua itu.
Pagi tadi, aku terima paggilan telefon yang seorang sahabat seperjuangan terlibat dengan kemalangan motor. Berdebar juga rasa hati ni bila dengar kemalangan apa lagi melibatkan motor. Maklum la aku pun bawa motor jugak. Pagi tu juga bergegas ke Hospital Queen Elizibeth untuk melihat keadaannya. Alhamdulillah kodisinya agak stabil. Kata jururawat Cuma luka bahagian luar dan tiada sebarang yang patah. Cuma bahagian dalam bibirnya telah pun di jahit. Walau apapun aku berdoa semoga kesihatannya semakin pulih.
Walau apapun aku menyeru kepada kepada diri ini dan sahabat-sahabat sekalian. Apa-apa cabaran dan dugaan yang mendatang selepas ini moga kita tidak lemah dan berputus asa. Tenaga di waktu muda inilah yang perlu kita manfaatkan semaksima yang mungkin. Sesungguhnya ramai lagi pemuda-pemuda di luar sana yang masih dahagakan ilmu agama dan kesedaran tentang Islam itu sendiri. Kalau bukan kita entah sapa lagi???
0 comments:
Post a Comment