Sambutan program maulidurraul di Taman Telipok Ria.
Sunday, February 28, 2010
Setelah selesai dengan program qiam di Kg. Lobou, pemuda khususnya Jabatan Amal Kawasan Sepanggar bersiap siaga untuk terus turun ke Taman Telipok Ria kerana telah dijemput untuk mengikuti acara perbarisan sempena sambutan Maulidur Rasul. Turut bersama mantan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah En. Anuar yang telah bersama-sama turun ke telipok riah bagi meraih sambutan perbarisan Maulidur Rasul ini. Acara dimulakan pada pukul 8.00pagi dengan perbarisan bersama-sama dengan kanak-kanak Kelas al-Quran & Iqra, Telipok Ria. Sepanjang perbarisan telah dilaungkan selawat ke atas nabi yang membuktikan sayang dan kecintaan kita kepada Rasullah s.a.w. Turut diadakan juga forum perdana berkaitan dengan sirah nabawiyyah di surau berkenaan. Alhamdulillah semua acara telah berjalan dengan lancar.
0 comments:
Post a Comment