free counters

Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Nj Photography

KEM REMAJA ISLAM (KRIS) SM PETER MOUJUNTIN, PENAMPANG.

Tuesday, March 9, 2010

Melangkah kaki ke tapak program melalui laluan kaktus

Taklimat program sambil diterjemah oleh guru bahasa isyarat

Semangat adik-adik peserta kita

Salam pemuda untuk semua,
Hari ini sedikit perkongsian pengalaman sepanjang cuti hujung minggu untuk semua. Saya bersama krew Persatuan Siswazah Sabah, Cawangan Kota Kinabalu turun ke Penampang untuk melaksanankan sebuah program KRIS yang sering kami adakan di sekolah-sekolah di seluruh Sabah. Pada kali ini, kami dijemput oleh guru-guru dari SM Peter Moujuntin untuk melaksanakan program tersebut. Melihat kepada landskap sekolah yang indah, dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan, landskap air terjun buatan yang di bina berdekatan pintu masuk sekolah berkenaan menjadikannya amat sesuai dianggap sebagai sekolah lestari. Sepanjang perjalanan kawasan lorong menuju ke pintu asrama, memang banyak bunga-bunga yang disusun rapi.

Panaskan badan dahulu sebelum memulakan aktiviti

Bersungguh-sungguh adik ni melakukan aktiviti

Aksi suap-menyuap dengan penuh kasih dan sayang

Apa yang menarik yang ingin saya kongsikan bersama pada program kali ini adalah sepanjang saya mengikuti program-program seperti ini, inilah kali pertama saya handle program yang bukan sahaja peserta yang normal tetapi melibatkan peserta kurang upaya (pekak & bisu). Kebanyakan daripada mereka tinggal di asrama sekolah berkenaan. Bagi saya, ini merupakan suatu pengalaman & satu benda yang amat mencabar. Sedar ataupun tidak, sebagai seorang da’i sering kali kita telah terlepas pandang kepada golongan-golongan seperti ini padahal kepentingan berdakwah kepada golongan seperti ini juga amat perlu. Sering kali kita meminggir dan mengabaikan orang-orang seperti ini. Walhal mereka juga merupakan manusia seperti kita dan perlu juga diberikan pendedahan dengan Islam ke dalam diri mereka.

Sepanjang hari pertama program berkenaan, saya menghadapi sedikit kesulitan untuk bertaaruf dengan mereka. Terpaksalah menyuruh adik-adik yang mahir berbahasa isyarat untuk membantu saya berinteraksi dengan mereka. Walau bagaimanapun, saya juga berusaha untuk belajar bahasa isyarat berkenaan sedikit demi sedikit. Sepanjang program berkenaan, sikap rajin bertanya tersemai di dalam diri bagi berusaha untuk mempelajari bahasa ini. Dan alhamdulillah walaupun menghadapi kekangan masa yang terlalu singkat. Dapat juga belajar banyak benda daripada mereka.

Memang Maha Bijaksananya Allah yang telah melahirkan mereka ini. Melihat kepada diri sendiri, rasa banyak dosa yang telah dilakukan sebagai seorang manusia yang normal ini. Walau Allah tidak berikan nikmat pendengaran & percakapan kepada mereka. Tetapi doa mereka inilah sebenarnya yang lebih mudah untuk diijab kabulkan oleh Allah berbanding manusia yang normal. Kurangnya dosa mendengar dan dosa berkata-kata inilah yang memudahkan Allah menerima doa mereka. Sebab itu, orang seperti ini juga perlu dibimbing ke arah remaja soleh & solehah. Mudah-mudahan mereka juga akan menjadi yang lebih hebat suatu hari nanti. Insya Allah...

Salah seorang adik yang kurang upaya berinteraksi dengan kawannya menggunakan bahasa isyarat.


Kenangan bersama adik-adik yang kurang upaya.
Hidup ceria seperti insan biasa yang lain...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP