Kasih Ibu Membawa ke Syurga
Wednesday, March 24, 2010
Abu Hurairah RA, bahawa dia telah mendengar Rasulullah SAW bercerita:
Ada dua wanita bersama anak masing-masing. Tiba-tiba, datang serigala dan melarikan salah seorang anak wanita itu. Berkata salah seorang daripada wanita itu, “Sesungguhnya serigala itu telah melarikan anakku.”
Berkata pula seorang lagi wanita, “Serigala itu telah melarikan anakku.”
Berkata pula seorang lagi wanita, “Serigala itu telah melarikan anakku.”
Kedua-dua wanita itu akhirnya meminta Nabi Daud AS untuk mengadilinya. Lantas baginda memutuskan supaya anak yang masih tinggal itu diberikan kepada wanita yang lebih tua.
Selepas itu, kedu-dua wanita berkenaan pergi menemui Nabi Sulaiman AS, putera Nabi Daud AS. Mereka menceritakan kepada baginda apa yang telah terjadi. Nabi Sulaiman AS berkata, “Bawakan kepadaku sebilah pisau untuk aku belah anak ini, supaya kamu mendapat sebelah seorang.”Pada waktu itu, berkata wanita yang lebih muda, “Janganlah tuan berbuat begitu! Anak itu kepunyaannya.”Akhirnya, Nabi Sulaiman AS memutuskan supaya anak itu diberikan kepada wanita yang lebih muda.
Musnad Ahmad: 7931; Sahih Al-Bukhari: 3137; Sahih Muslim: 3245
Sumber : Kisah-kisah daripada Rasulullah Karya Allahyarham Dato’ Ishak Baharom
Begitulah tadi serba sedikit cerita daripada Rasulullah yang mana peristiwa ini berlaku pada zaman Nabi Sulaiman pada ketika itu. Apa yang ingin saya sampaikan kepada pembaca semua suatu pengorbanan yang sangat besar daripada seorang ibu. Sebuah cinta, kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi daripada seorang Ibu. Seorang ibu yang sanggup memberikan anaknya kepada orang lain untuk mengelakkan daripada anaknya dibelah dua oleh Nabi Sulaiman. Mana mungkin seorang ibu sanggup melihat anak darah dagingnya sendiri dibelah dua di adapannya. Dan atas perlakuan beliaun akhirnya Nabi Sulaiman telah dapat membuktikan siapa ibu sebenar kepada anak itu.
Ingin saya kaitkan di atas kisah berkenaan dengan masyarakat hari ini. Berapa ramai ibu yang sekarang ini yang dapat mengorbankan cinta, kasih dan sayang kepada anaknya. Apabila saya melihat berita-berita di Internet setiap hari begitu ramai kes-kes anak luar nikah yang telah berlaku. Apatah lagi kes-kes pembuangan bayi di tempat-tempat awam, kadang-kadang ibu-ibu yang tidak bertanggungjawab ini sanggup meninggalkan anak luar nikah mereka di taman-taman permainan, di tempat pembuangan, dan apa yang lebih menyedihkan mereka turut membuang bayi di dalam tandas.
Begitulah kejadian kes anak diluar nikah dan kes pembuangan bayi hasil daripada penzinaan yang haram disisi Islam. Bila mana zina tidak di kawal di negara kita maka begini la jadinya. Isu dating, isu couple, isu sumbang mahram, isu pelacuran, semua itulah yang telah menyebabkan kes anak luar nikah berlaku. Kadang kala kes ini telah banyak berlaku di kalangan remaja sendiri. Tidak kiralah sama ada dia berada di sekolah menengah mahupun dia seorang mahasiswa.
Bila mana anak telah dilahirkan hasil daripada penzinaan maka cinta, kasih dan sayang seorang ibu itu, sudah tentulah tidak sama dengan cinta, kasih dan sayangnya seorang ibu hasil daripada hubungan yang halal.
Dan janganlah kamu mendekati; sesungguhnya itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
(Al-Israa’ 17: 32)
Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, kerana kebodohan tanpa pengetahuan dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezekikan pada mereka dengan semata-mata membuat-buat kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.
(Al-An’aam 6 : 140)
0 comments:
Post a Comment