free counters

Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "
Resized JPEG graphic

Debat PTPTN: Tahniah KJ dan Rafizi.

Islamic Summer Camp (ISC) G5....

Resized JPEG graphic

Hudud: Malaysia, Brunei dan Aceh...

Sultan Brunei ingin melaksanakan hukum hudud kerana takutkan Allah...

Resized JPEG graphic

Himpunan Sejuta Umat...

Sokonglah Demi Islam...

Resized JPEG graphic

Anda kecewa dengan PC anda yang lembab?...

Hari ini saya mempelajari sebuah perisian yang dapat meningkatkan boot pc anda. Pertama kali saya postkan entry mengenai teknologi maklumat sebegini...

Resized JPEG graphic

Kerana sikapmu. Maka Allah akan mencelamu....

Sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri...

Nj Photography

Sanggupkah kamu berkorban wahai muslimah? Bahagian ke-2. -Bahagianya bila hidup saling memahami-

Wednesday, April 27, 2011

(Gambar Hiasan)

Mungkin dulu pernah aku ceritakan kisah aku bersama isteri murabbiku. Kalau ada yang tak pernah baca boleh baca kat sini, sila Klik link ni. Kali ini aku ingin berkongsi cerita bahagian ke-2 mungkin menyentuh tajuk yang sama tetapi kisah yang berbeza. Seperti biasa dengan bakatku menjadi supir mahupun driver ferari kisah ini. berlaku hampir 6 bulan lalu. Ketika isteri murabbiku mengandungkan anaknya yg ke-10.

Kursus Amal Islami.

Seperti kebiasaan la bila cuti sekolah. Persatuan Putera Puteri Islam akan mengadakan progam terbesar mereka kursus Amal Islami (KAMI). Dan setiap kali program la aku dijemput, bukan menjadi fasi atau pengarah atau penceramah tetapi sebagai seorang pemandu supllier makanan untuk program adik-adik PERPPIS ni. Ajk pengangkutan la katakan. Namun aku tidak kisah sebab mungkin aku memahami sewaktu aku jadi ajk dulu mcm mana peritnya ketika buat program KAMI ketika itu. Guna bas dan teksi untuk beli makanan di bandar. Belum denganr cerita senior-senior lagi dahulu. Beli makanan guna motor honda "old skull" murabbi lagi. Adui lagi la perit. Walau apapun bak kata Sang Murabbi. "Tiada perkara yang senang untuk perjuangan Islam". Namun hakikatnya, itulah kemanisan Iman. Betul tak?

Pusat Rawatan Ibu dan Anak
Dengan cuaca yang cerah, dan alunan muzik kumpulan nasyid di dalam sebuah kereta kancil biru murabbiku yang aku pandu, tiba-tiba handphone berdering. Macam biasa la on call.

Cikgu: "Asslamualaikum lan."
Aku: "Waalaikusalam cikgu, ya ada apa?"
Cikgu: "Lan, ada di mana sekarang?"
Aku: "Baru mau gerak dari rumah, on the way ke tempat program. Kenapa Cikgu?"
Cikgu: "Sebelum datang ke sini, singgah rumah dulu ambil isteri cikgu. Lepas tu bawa ke hospital Ibu dan anak Boleh kan??"
Aku: " Bah, yalah cikgu"

Seperti biasa la tanpa mungkir, terus menuju ke destinasi, 10 minit da sampai. Nasib baik isteri murabbiku da bersiap.

Aku:"Asslamualaikum kak"
Kak: "Waalaikumsalam. Ada cikgu tadi telepon lan?"
Aku:"Ya, ada. Lama tunggu ka kak tadi?"
Kak: "Tidak la, baru jak kakak bersiap ni"
Aku: "Aik si amirah jak yang ikut? Mana konco-konco yang lain? Biasa dorang tak ketinggalan."
Kak: "Kakak tak bawa dorang. Tau la kan semua starring. Pening kakak kalau bawa diorang tu nanti."
Aku: "Ooo, ba yalah."

Macam biasa bila dah berada dalam kereta sambung dengan alunan muzik tadi. Tapi kali ini dengan nada perlahan takut kena sound dengan  isteri murabbi pulak.

Restoran Sri Keningau
Jam sudah menunjukkan  dekat pukul 3 petang. Hampir setengah jam isteri murabbiku dibilik doktor memeriksa kandungannya. Bila pintu terbuka, dia pun keluar. Aku pun terus menyapa sebab nak tau macam mana keputusan pemeriksaan kandungannya.


Aku : "Macam mana kak sekarang kandungan? Apa kata Doktor?"
Kak: "Alhamdulillah sihat, setakat ni tiada apa-apa yang berlaku."
Aku: "Jadi kak bila di jangka akan bersalin?"
Kak: "I'Allah sekitar bulan 3 atau 4 nanti."
Aku: "Owh... Bagus la. Mudahan berjalan lancar"
Amirah: "Umi, lapar ni. Jom kita makan."
Kak: "Bah lan, jom kita pergi makan si mirah ni da mengeluh sudah seharian tak makan"
Aku: "Tempat biasa ka kak?"
Kak: "Iya tempat biasa."

Seperti biasa bila da tengah hari restoran keningau jugak menjadi pilihan hati. Dengan makanan berbentuk hidangan tinggal pilih jak. Mungkin sebab tu murabbiku suka datang sini kot. :)

Xpdc Dakwah

Duduk menemani isteri murabbi dan si kecil molek amirah dihujung penjuru Restoran Keningau seperti kami memulaukan diri dari ramai orang. Namun suasana petang pada ketika itu agak lengang mungkin kerana hari sudah senja. Sambil menikmati hidangan kak pun membuka ceritanya tanpa aku tanya?

Kak: Bila XPDC Dakwah?
Aku: Entah la kak, dengar-dengar 3 hari selepas KAMI tu. Kenapa?
Kak: "Tak da apa-apa la kakak tannya jak." Sambil tersengih.
Aku: Aik??? Lain macam jak kak?
Kak: "Tak da apa-apa la lan, kakak cuma teringat peristiwa Xpdc dakwah dan perkahwinan kaka zaman dulu"
Aku: "Apa kaitan xpdc pulak dengan perkahwinan kakak?" Nadaku kebingungan.
Kak: "Tak la, sebenarnya dulu masa kakak mula-mula kahwin masa tu, seminggu selepas tu cikgu sudah ajak kakak pergi ke xpdc dakwah."
Aku: "Biar betul kak? Biasanya orang yang baru kahwin pergi honeymoon kat luar negara paling tidak pun pergi semenanjung ka, ni tak pergi XPDC pulak."
Kak: "Iya, masa tu kami baru sahaja menikah, cikgu da bagitau yang minggu depan pergi xpdc dakwah. Kakak pun terperanjat cikgu cakap macam tu.Tapi mau buat macam mana da namanya isteri kakakpun malu-malu jugak jadi mengiyakan jak la."
Aku: "Wah mantap tu. Tak pernah lagi dengar honeymoon macam ni. Selalunya honeymoon ke luar negara tapi ni ikut pergi berjihad pulak. Alhamdulillah besarnya jiwa cikgu."
Kak: "Entah la lan, cikgu cakap inilah honeymoon kami. Hampir setiap tahun cikgu bawa kakak buan madu macam ni. Semenjak anak kakak pertama tu dilahirkan hingga sekarang. Walaupun kakak mengandung cikgu tetap bawa kakak join xpdc. Kadang-kadang kakak rasa tak larat tu pun ada."
Aku: "Habis tu kenapa kak tak tolak jak kalau cikgu ajak."
Kak: "Bukan kakak tak nak tolak tapi mungkin time xpdc ni jak la masa yang banyak untuk kami bersama. Tau jugak la kan cikgumu macam mana. Bila di rumah siang dia sibuk dengan sekolah, bila malam pula sibuk dengan kerja jemaahnya. Tengah malam baru balik. Kadang-kadang tak balik langsung. Sebab tu kakak tak kisah."
Aku: "Owh. Tapi kak bila kakak cerita macam ni, teringat pula kisah Siti Aisyah dengan Rasulullah, kemana-mana pun ingin ikut Rasulullah berperang."
Kak: "Mungkinlah jugak. Tapi tu lah kenangan yang tidak boleh kakak lupakan. Bila bersama cikgu, cikgu tidak pernah tinggalkan kakak untuk ajak pergi program jemaah. Kadang-kadang kakak pergi jugak walaupun kakak tak larat sebab kakak tengok cikgu bersungguh-sungguh ajak kakak ikut program jemaah. Mungkin kalau cikgu tak buat macam tu pada kakak, rasanya kakak mungkin jadi seorang yang pasif terhadap program-program jemaah. Cikgu sahaja yang menjadi tulang belakang kakak untuk kaka sentiasa istiqomah dengan program jemaah ni."
Aku: "Betul tu kak,. Sekarang ni susah mau cari suami yang boleh buat macam apa yang kakak alami dulu. Baru jak kahwin seminggu dua sudah ajak isteri  untuk berjihad bersama-sama. Bila time mengandung dan ada anak pun buat benda yang sama jugak. Sampai saya tengok pergi demonstrasi pun cikgu bawa kakak dan anak-anak demonstrasi sekali. Kalau saya belum tentu lagi dapat buat benda tu semua, apa lagi nak istiqomah."
Kak: "Tak palah lan, I'Allah kakak doakan, Jangan risau, bila kita terus bantu agama Allah, I'Allah Allah akan atur diri kita, suami, isteri dan anak-anak kita dengan begitu baik. Moga sentiasa Isthiqomah dalam perjuangan Islam. Dan yang paling penting sentiasa memahami dan kuat-menguat di antara satu dengan yang lain. Bukan sama-sama pasif pulak" Sindir kakak kepadaku.
Aku:" I'Allah kak. Da nak dekat asar ni kak jom balik sebab nak terus ke tapak program solat di sana. Takut cikgu tercari-cari pulak. Tak pasal-pasal kena marah cikgu aku lewat datang."

Selesai makan di restoran kami pun terus bergerak hantar isteri murabbiku balik ke rumah. Time-time memandu ni di kepala masih termiang-miang dengan nasihat dan kata-kata isteri murabbi tadi. Begitu besar cabaran yang mereka hadapi. Namun apakan daya ilmu masih kurang, diri terasa masih belum ada kekuatan seperti mereka berdua. Namun aku tetap bersyukur sebab masih bersama-sama bersama mereka selaku orang yang berpengalaman dalam hal-hal rumah tangga seperti ini apata lagi yang hidup di dalam perjuangan Islam. Diri masih dahagakan nasihat daripada sang murabbi dan isterinya ketika diri ini bermasalah. Appaun terima kasih ku ucapkan kepada mereka.

"Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu,harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. 
(At-Taubah ayat 24)

Read more...

Qiam Bulanan Kelab Remaja Ukhuwah KK Dan Kem Remaja Islam Kundasang

Thursday, April 21, 2011

Seperti biasa minggu ini Kelab Remaja Ukhuwah Bersama Persatuan Siswazah Sabah akan mengadakan program serentak di kedua-dua buah tempat iaitu Qiam bulanan Kelab Remaja Ukhuwah Cawangan Kota Kinabalu bertemakan 'akidah-Back To The Basic' dan Program Kem Remaja Islam Kundasang Di Pusat Latihan Islam, Kundasang.

Qiam bulanan Kelab Remaja Ukhuwah dan Mesyuarat Agung Kali ke-4.

Bertempat di Masjid UMS kota Kinabalu, Kelab Remaja Ukhuwah Cawagan Kota Kinabalu akan mengadakan qiam tersebut pada 23-24 April 2011 bermula dari pukul 2 petang pada hari sabtu hingga pagi keesokan harinya.

Kem Remaja Islam Kundasang (KRIS)


Sementara itu program Kem Remaja Islam Kundasang pula akan berlangsung pada 22-24 April 2011. Pendaftaran akan bermula pada sebelah petang sekitar jam 4 petang. Pelbagai pengisian menarik telah mereka sediakan termasuklah, tayangan video, latihan dalam kumpulan, riadah, explorace dan sebagainya. Objektif program ini andalah untuk mendekati para remaja untuk kembali kepada fitrah disamping mengisi masa lapang mereka untuk aktiviti pengisian yang berbentuk amal Islami.

Untuk Maklumat Lanjut Anda boleh Menghubungi atau lawati :

Qiamulail Kelab Remaja Ukhuwah

Kem Remaja Islam Kundasang
Azizul Julirin (0198106351)

Facebook Fan Page
 

Read more...

Ukhuwah Itu Indah Jika Semua kerana Allah

Wednesday, April 20, 2011


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.



PERIHAL MENGENAI SAHABAT

Mengekalkan persahabatan
Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling
menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada
persahabatannya.

Saling Menahan rasa Cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh.

Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. 
Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

Saling Memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri
lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.

Saling MengalahDemi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan
semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.
Saling Memberi KemaafanMemaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)


“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Read more...

Proses pembuangan Undi Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 bermula hari ini.

Saturday, April 16, 2011

5 Calon Pas yang bertanding di Sarawak.

Hari ini 16 April 2011 berlangsung proses pembuangan undi di 5 dun utama yang PAS letakkan calon mereka. Kesemua Agen Calon telah bersiap sedia dengan surat bantahan bagi memastikan bahawa proses pengundian berjalan dengan lancar dan meneliti proses pengundian sepanjang hari ini bagi memastikan tiada pengundi hantu yang terlibat seperti mana yang selalu dilakukan apabila menjelang hari pengundian. Begitu juga dengan petugas pas di setiap upu yang pada hari ini bersungguh-sungguh tanpa henti merayu para pengundi untuk melakukan perubahan dan sedia mengundi calon PAS.

Berikut adalah Peta kawasan Dun dan Parlimen Untuk Pilihan Raya Sarawak Pada kali ini.

DUN dimana PAS Bertanding : N3 Tanjong Datu, N15 Muara Tuang, N20 Sadong Jaya, N22 Sebuyau, N24 Beting Maro
Peta untuk 31 Kawasan Parlimen
Untuk maklumat lanjut berkenaan Pilihan raya Anda boleh terus klik link dibawah ini untuk mendapat maklumat berkaitan PRK Sarawak:

Untuk mendapatkan perkembangan tentang berita-berita menarik sepanjang pilihan raya boleh la klik link kat bawah.
Abu Nuha

p/s Keputusan perkiraan undi Pilihan Raya Negeri Sarawak  Live Update :
Keputusan Undi PRK Sarawak



Read more...

360' darjah untuk pakatan rakyat. Hati-hati kerana BN mula membeli undi.

Thursday, April 14, 2011

14 April 2011 - Kempen di semua bahagian hari ini menunjukkan tanda-tanda positif untuk pakatan rakyat. Hari kedua terakhir ini menunjukkan pakatan bekerja keras 24 jam sehari untuk mengatur strategi dan turun ke setiap dun untuk berkempen di semua tempat upu. Melihat kepada kempen yang mereka lakukan menunjukkan bukti bahawa rakyat di negeri sarawak sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa ingin melakukan perubahan. Walaupun pakatan tidak mengharapkan kemenangan besar akan tetapi kehilangan jumlah kerusi yang cukup banyak kepada BN menunjukkan bahawa BN sudah tidak di terima lagi di Saarawak.

Menurut kajian Zentrum Future Studies, menunjukkan bahawa PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%). Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%). Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%). Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).
Melihat kepada sumber berita daripada Umno Online pula menunjukkan bahawa pada hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gelombang biru kini dirasai di seluruh Sarawak termasuk di kawasan yang dikuasai pembangkang yang menunjukkan petanda positif Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan mantap daripada rakyat. Apa yang memelikkan bahawa tidak ada satu gambar pun yang menunjukkan bukti bahawa rakyat telah menunjukkan yang mereka menyokong BN seperti gambar ceramah umum yang di adakatan oleh PR di atas.





Sementara itu jugak di sibu seorang petugas DAP telah merakam aksi seorang petugas yang mana beliau telah membeli undi daripada kalangan penduduk Sarawak. Sumber : Malaysia Kini.  Begitu jugak dengan Laman web Malaysia kini yang telah diserang oleh virus DDOS sejak jam 11 pagi, Selasa 12 April. Petugas teknikal masih berusaha memulihkan laman web kami sepenuhnya.Sehingga hari ini laman Web Malaysiakini tidak boleh diakses sepenuhnya. Ada yang mendakwah bahawa laman web tersebut telah diserang oleh hakkers di lokasi yang berbeza di seluruh dunia yang mana  hakkers tersebut telah diupah oleh individu parti politik tertentu bagi memastikan rakyat malaysia tidak dapat menakses laman web berkenaan.

Melihat kepada situasi di atas, menunjukkan bahawa pakatan rakyat seharusnya perlu lebih bersiap sedia untuk menangkis serangan-serangan daripada pihat BN kerana melihat kepada keadaan sekarang dikhuatiri BN akan mempergunakan senjata terakhir mereka untuk menaburkan duit kepada Rakyat Sarawak seperti mana yang telah berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjug termasuk Sabah setiap kali pilihan raya.

Read more...

Penyebaran video seks azab kepada manusia dan negara.

Tuesday, April 12, 2011

Di kepulauan borneo sibuk dengan pilihan raya. Namun di sebelah semenanjung pula timbul satu isu kontroversi berkaitan video seks yang melibatkan seorang ketua pemimpin pembangkang. Video yang tersebar ke seluruh pelusuk tanah air. Sedar ataupun tidak situasi ini hanya memberikan kesan yang buruk terhadap rakyat Malaysia sendiri. Bukan itu sahaja mungkin memberi kesan kepada negara Malaysia. Adakah ini adalah permainan politik negara untuk mengaburi mata rakyat? Adakah dengan menayangkan video seks tersebut dapat mengalihkan sikap cemburu rakyat di negara lain kerana kerajaan sibuk menabur duit memberikan peruntukan berjuta-juta kepada rakyat Sarawak?

Menyentuh soal hukum agama pula. sekarang ramai yang tertanya-tanya adakah video tersebut adalah pemimpin tersebut ataupun tidak? Ramai yang masih meragui dan terpinga-pinga? Siasatan kes masih di dalam perbicaraan namun ramai sudah rakyat yang membuat spekulasi yang bukan-bukan terhadapa video seks tersebut . Ada yang menyatakan "ya" dan ada jugak yang menyatakan "tidak". Apa yang lebih membimbangkan adalah suatu bentuk DOSA BESAR yang telah dilakukan akibat daripada penyebaran video seks tersebut. Ini kerana mereka memperlihatkan sesuatu benda yang haram kepada negara yang majoritinya adalah umat Islam. Belum lagi masuk kepada dosa besar kerana MEMFITNAH sekiranya didapati bahawa video itu adalah tidak benar.

Bagaimanakah negara ingin dirahmati oleh Allah swt sekiranya belakunya pecah belah dikalangan umat Islam sendiri. Umat Islam saling mengkhianati sesama sendiri, saling menjatuhkan sesama sendiri demi kepentingan masing-masing. Dan apa yang lebih menyedihkan orang Islam sendiri, yang seakidah berbangga menyebar video tersebut agar namanya disebut-sebut oleh media dan masyarakat. Namun sedar ataupun tidak dia akan mendapat saham-saham dosa kerana menyebarkan video tersebut di internet-internet, menyebabkan fitnah berleluasa sehingga menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar. Semoga Allah memberikan hidayah kepada orang tersebut.

Sebelum saya mengakhiri tulisan saya ingin saya berkongsikan sebuah artikel soal jawab agama berkenaan hukum seseorang yang melihat video seks/video lucah.

HUKUM MELIHAT VIDEO SEKS

Soalan; Assalamu alaikum ustaz. Apa hukum kita menonton video seks yang dikatakan seorang pemimpin yang hangat diperkatakan sekarang ini. Sekarang sudah ada di internet. Haruskah kita melihatnya dengan niat untuk mengetahui benar atau tidak orang yang dimaksudkan itu?

Jawapan;
Sama ada benar atau tidak, haram melihat/menontonnya. Ia tetap dengan hukum asal iaitu seorang tidak harus melihat aurat orang lain (selain suami-isteri) kecuali jika darurat seperti tujuan perawatan, mudim yang menguruskan khitan, hakim yang menghakimi kes, polis yang menjalankan siasatan dan seumpamanya. Adapun orang lain tetap dengan hukum asal iaitu haram melihat aurat orang lain. Firman Allah; "Katakanlah kepada orang-orang beriman; hendaklah mereka menyekat pandangan mata mereka (dari memandang kepada yang haram).." (Surah an-Nur, ayat 30). Orang yang upload video sebegitu ia melakukan dosa menyebarkan kejahatan dan ia turut menanggung dosa orang lain yang melihat video tersebut.

Hendaklah kita sentiasa menjaga maruah diri dan jangan terpengaruh dengan dorongan sekeliling. Orang yang suka menyebarkan kejahatan dan tuduhan-tuduhan buruk kepada orang lain tanpa menggunakan saluran yang ditetap Syariat, mereka adalah orang-orang fasik yang diancam Allah dengan siksaan yang berat oleh Allah sebagaimana  firmanNya (bermaksud);   "Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)" (Surah an-Nur, ayat 19).

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP