Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "
Resized JPEG graphic

Debat PTPTN: Tahniah KJ dan Rafizi.

Islamic Summer Camp (ISC) G5....

Resized JPEG graphic

Hudud: Malaysia, Brunei dan Aceh...

Sultan Brunei ingin melaksanakan hukum hudud kerana takutkan Allah...

Resized JPEG graphic

Himpunan Sejuta Umat...

Sokonglah Demi Islam...

Resized JPEG graphic

Anda kecewa dengan PC anda yang lembab?...

Hari ini saya mempelajari sebuah perisian yang dapat meningkatkan boot pc anda. Pertama kali saya postkan entry mengenai teknologi maklumat sebegini...

Resized JPEG graphic

Kerana sikapmu. Maka Allah akan mencelamu....

Sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri...

Nj Photography

Mari berkonsi Ilmu

Sukaneka Dan Karnival PASTI kawasan Sepanggar 2011

Friday, March 25, 2011


Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program sukaneka dan karnival ini.
Ajak keluarga, teman-teman dan kawan-kawan

Turut diadakan ialah
- Mewarna (kanak-kanak bawah 4 tahun)
- Pertandingan tarik tali (belia)
- Kempen derma darah
- Pameran dan Jualan

PERSEMBAHAN KHAS DIKIR BARAT
26 MAC 2011 (SABTU)
8.30 MALAM
DEWAN DBKK, KINGFISHER, KOTA KINABALU

Read more...

Lawatan Nisa Sepanggar Dan Yayasan Amal 2011

Thursday, March 24, 2011


Kota Kinabalu- 20 Mac 2011. Hari ini Nisa kawasan Sepanggar dengan kerjasama Yayasan Amal Kota Kinabalu telah berkunjung ke wad kanak-kanak Hospital Likas. Sesuai dengan misi "Duta Penyelamat Dan Kasih Sayang" serta "Penghubung Generasi Muda". Kami seramai 24 anggota telah berjaya menjayakan program dengan begitu lancar. Anggota kami disambut dengan penuh mesra oleh doktor serta kakitangan Jururawat di hospital berkenaan. Terdapat sejumlah hampir 100 orang pesakit di kedua-dua wad kanak-kanak telah kami kunjungi dan alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan mereka menerima kehadiran kami dengan penuh rasa gembira.

Pelbagai aktiviti yang sempat dijalankan sepanjang program lawatan tersebut antaranya menyanyi dan berhibur, tidak ketinggalan kuiz, teka teki, mengira dan mengeja dan antara yang paling mereka sukai adalah pemberian cenderahati dari kami  iaitu 
majalah, gula-gula, dan sedikit makanan ringan. Walaupun sumbangan yang tidak seberapa telah kami berikan namun kegembiraan di raut wajah mereka jelas terasa temasuk kedua orang tua mereka. Mudah-mudahan dengan sedikit pemberian ini dapat mengurangkan rasa kesakitan yang mereka alami.

Bergambar bersama seorang adik yang sudah setahun mengalami penyakit











Kegembiraan sikecil molek apabila mendapat hadiah dari kami.










Kemesraan wajah Ibu dapat dirasai bersama anak yang tercinta.











Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan sekalung perhargaan kepada seluruh kakitangan Hospital kerana membantu kami menjayakan program. Bukan itu sahaja, kami juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan derma dan sumbangan hadiah kepada anak-anak ini. Tidak lupa juga kepada seluruh anggota Nisa dan Yayasan Amal yang bertungkus lumus dan sanggup menghadiri program ini. Hanya Allah sahaja yang akan membalas segala penat lelah dan sumbangan kalian dalam menjayakan program ini.

 Macam Dalam Filem :)

 Ni juga...

Untuk maklumat lanjut Dan gambar Aktiviti Boleh la klik link di bawah ini

Read more...

Liga Futsal Unit Amal 2011


Kota kinabalu- 20 Mac 2011. Baru-baru ini sempat singgah sebentar untuk melihat program "Liga Futsal" yang telah dianjurkan oleh Unit amal Kawasan Sepanggar dengan tema "Bersukan satu Ibadah". Sebanyak 7 Pasukan daripada sekitar kawasan sepanggar telah mengikuti acara futsal berkenaan. Turut tidak ketinggalan juga pasukan penganjur "Unit Amal Dream Team" yang baru sahaja ditubuhkan yang mana objektif penubuhan pasukan ini telah sedikit sebanyak membantu dalam mendekati masyarakat khususnya golongan belia dan remaja.

Pasukan Unit Amal Dream Team

Program ini sebenarnya rentetan daripada perlawanan persahabatan di antara Unit Amal Dream Team dan kampung-kampung di sekitar kawasan Sepanggar. Program tersebut bukan sahaja di isi dengan aktiviti Futsal malah telah di isi dengan program tazkirah yang di sampaikan oleh Ust Zulfikar sesuai dengan tema program berkenaan. Program tersebut berakhir dengan Pasukan DullBlas dari Kg.Kibagu telah menjadi johan dan meraih piala dan juga wang tunai berjumlah RM400.

Pasukan yang telah menjuarai

Walaupun kalah namun penganjur tidak membiarkan mereka pulang dengan tangan kosong

Terima kasih kepada pengadil kerana turut menjayakan program berkenaan.

p/s Untuk maklumat lanjut atau gambar sepanjang program boleh terus klik linkdi bawah
ataupun facebook

Read more...

Revolusi Mesir... Malaysia bilakah lagi???

Tuesday, March 22, 2011


Terpegun melihat video clip sebegini rupa... Melihat sejarah kebangkitan Islam di Mesir... Setelah hampir sebulan melakukan demo untuk menjatuhkan rejim Mubarok. Pemimpin yang hanya mengejar kekayaan semata-mata dan sanggup menyingkirkan orang lain dalam menggunakan teknik kotor di dalam pilihan raya. Menutup sempadan gaza demi menjaga hubungan antarabangsa dengan Israil dan sekutunya. Akhirnya rakyat menolak Mubarok mentah-menta. Allah telah buka hati rakyat mesir setelah hampir 20 tahun menderita kerana kezaliman, penindasan yang dilakukan oleh pemimpin mereka.

Persoalan yang ingin penulis kemukakan, adakah kebangkitan Islam di Malaysia akan berlaku sebegini rupa???

Pemimpin masih rasuah . Pilihan raya tabur duit berjuta-juta. Rakyat pula hidup miskin menderita. Janji sana janji sini semua tidak boleh guna. YB ketawa kerana rakyat diperguna. Di mesir seorang rakyat bunuh diri, tapi mamapu membangkitkan seluruh rakyat mereka. Di Malaysia, purata nilai rakyat 5 orang rakyat membunuh diri setiap hari tetapi yang rakyat yang hidup masih terpinga-pinga. tak tau nak buat apa. Yang kerja dengan kerajaan takut dengan undang-undang kezaliman. Takut dibuang kerja dan takut dipenjara.

Minyak petrol naik, mereka redha, minyak masak naik, mereka redha lagi, bawang naik, mereka masih redha, tepung naik, mereka pun redha jugak. Bila ditanya kenapa macam ni, mereka jawab "Kerajaan sudah banyak bantu kita, bagi subsidi, buatkan jalan, berikan rumah, bagi duit. Kalau kita lawan nanti mereka tidak akan berikan bantuan lagi. Biarkanlah mereka terus memerintah." Bila melihat rakyat berfikiran sebegini rupa mungkin agak sukar sekali untuk melihatr revolusi Islam di Malaysia akan berlaku seperti negara-negara timur tengah yang lainnya. Namun tidak mustahil untuk perkara sebegini rupa akan berlaku, namun entah bilakah masa dan ketika ia akan berlaku???

Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa hidayah itu milik Allah. Hanya Allah sahaja yang mampu mebolak-balikkan hati manusia sama ada menuju ketakwaan mahupun menuju kekufuran. Mudah-mudahan Allah tetapkan hati manusia di Malaysia ini untuk sedar akan apa yang berlaku di Malaysia ini. Marilah sama-sama kita menuju kepada kebangkitan Islam.


تحيا مصر long Live Egypt - 11-02-2011 from karim shaaban on Vimeo.

Read more...

Lawatan Kasih 2011 Yayasan Amal & Nisa

Wednesday, March 16, 2011


Kepada yg berkelapangan. Marilah bersama-sama untuk mengikuti lawatan amal di hospital Likas. Marilah kita sama-sama membantu kepada yg memerlukan... Semua rakyat di jemput hadir...

Read more...

Menuju Redha Ilahi...

Friday, March 11, 2011



Read more...

Melentur buluh biarlah dari rebungnya...

Wednesday, March 9, 2011

Moga berfanfaat untuk semua :)

Read more...

Bila hati berbica jari mula memetik....

Tuesday, March 8, 2011


Read more...
Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP