free counters

Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Nj Photography

Sayangi Daku. Siapa Sayang Saya? Siapa Saya Sayang? Allah sentiasa menyayangi kita.

Wednesday, May 18, 2011


Salam perjuangan untuk semua, syukur Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia untuk meneruskan penulisan yang I'Allah akan membawa seribu kebaikan untuk semua. Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua sebuah program yang saya ikuti iaitu program "Kem Sayangi Daku". Bertempat di SMK Perempuan Likas, seramai sekitar 80 orang peserta mengikuti kem ini. Bertemakan "Ke Arah Pembentukan Insan Solehah", Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Badan Latihan Kepimpinan Islam (BALKIS) SMKP Likas telah melaksanakan program selama 3 hari 2 Malam.


Cabaran yang sungguh besar bagi kami pada kali ini untuk membentuk para remaja yang ada di SMKP ini kerana kebanyakan daripada mereka adalah pelajar yang bermasalah apatah lagi mereka semua di kalangan kaum hawa. Namun pencaturan yang telah kami buat bersesuaian dengan keadaan semasa alhamdulillah telah membuahkan hasil. Tekad usaha dengan setiap malam bermuhasabah setiap kali selesai program untuk melihat sejauh mana 'feed back' daripada adik-adik peserta. Kami terpaksa merombak balik pengisian agar objektif yang diharapkan tercapai.



Pada awal program kami memang sangat teruji dengan kenakalan adik-adik perempuan ini. Apatah lagi kebanyakan moderator di kalangan kami majoritinya lelaki, jadi pantang tengok lelaki yang kacak molek.

"Bang umur abang berapa? Nampak macam muda."

"Bang, abang nampak cute la."

"Bang, nanti jangan lupa minta Facebook abang, sekali no telefon ya."

"Bang, nanti jangan lupa add saya ya."

Mendengar adik-adik kata seperti itu sungguh luluh hati ini untuk meneruskan program. Adakah selama ini ibu bapa mereka tidak mendidik sebaiknya di rumah? Ataupun guru yang kurang memberikan perhatian kepada pelajar-pelajarnya? Ataupun mungkin juga pengaruh rakan sebaya? Semua menjadi persoalan di dalam fikiran.

Teringat kata-kata seorang sahabat selalu dia cakap,

"Hidayah itu milik Allah, Hidayah itu milik Allah, Hidayah itu milik Allah."

Mungkin Allah ingin menunjukkan bahawa ISLAM ITU SYUMUL (menyeluruh). ISLAM itu bukan suatu agama yang kuno mahupun ketinggalan zaman, ISLAM itu sesuai mengikut peredaran zaman, ISLAM juga sesuai dengan semua keadaan, ISLAM juga bukan merupakan agama paksaan, dan ISLAM jugalah bukan agama yang menyusahkan.

Adakah perlu untuk kami terus membiarkan mereka sedemikian rupa? Berpeluk tubuh melihat mereka terus digelemung dengan dosa? Menjadikan mereka terus di pandang hina? Dipermainkan lelaki yang diistilah sebagai (buaya)?

Ternyata jauh disudut hati ini untuk membiarkan mereka hanyut begitu sahaja, dengan kem yang kami bina ini mudah-mudahan selepas ini mereka akan lebih menjadi seorang perempuan yang bergelar MUSLIMAH, yang hebat seperti Siti Khadijah, yang setia seperti Siti Aisyah, dan yang taat pada tuhannya seperti Rabiatul Adawiyah.

Kuliah subuh oleh sahabatku Arep.
"Erti sebuah kehidupan"
Apa yang lebih mengembirakan bagi kami ternyata berlaku selepas daripada program ini. Ramai yang memberikan respon positif, bukan sahaja daripada borang feedback yang diberikan malah melalui komen-komen daripada facebook Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Dan juga status-status Facebook peserta kem yang sempat saya tinjau yang telah add friend saya.

Antara komen yang sempat saya tinjau. Mohon empunya FB izin copy dan paste.

Bukan itu sahaja selepas daripada program tersebut, ramai adik-adik yang turut mengajukan pelbagai persoalan. Terutama masalah pakwe dan bf mereka. 

Si A: "Salam..,,mcm mn bang??? kami mesti break kah dgn bf kmi  nie??"

Si B: "Tapi bang , bfku tu non-muslim , mcm mn tu?"
Melihat karenah mereka menyebabkan diri ini terasa pening dan kebingungan. Bukan tidak mahu memberikan pertolongan namun keterbatasan kerana mereka juga bukan muhrim seperti orang lain mungkin menjadi suatu halangan. Mungkin ada baiknya jika mereka dibantu oleh orang yang lebih layak. Kerana saya juga bukan seorang kauselor apatah lagi ingin berbicara dari hati ke hati kerana takut mereka juga akan jatuh hati seperti mana seorang murid jatuh hati kepada gurunya mahupun seorang anak jatuh cinta kepada bapanya.
Selamat hari lahir pada bulan Mei abang-abang dan kakak-kak fasi ucapkan...
Moga di rahmati oleh Allah Taa'la.

Walau bagaimanapun apa yang saya, abang-abang dan kakak-kakak fasi harapkan semoga kamu semua terus Isthiqomah. Seperti nabi sarankan "Walaupun sedikit, yang penting Isthiqomah (berterusan)." Dan perubahan yang sedikit dan berterusan itu adalah lebih bermakna.

Sebelum mengakhiri sebuah nota kehidupan ini, mari sama-sama kita hayati sebuah montaj yang direkacipta oleh Sdr. Hasmadi. Terima kasih untuk montaj tersebut. Semoga anda semua terhibur.


Kepada yang ingin melihat gambar-gambar program boleh la lawati di laman sosial PSS KK :
(Syarat kena log in Face Book dulu)
Link 1

Ataupun

Boleh lawati di laman web rasmi untuk maklumat lanjut
berkenaan aktiviti PSSKK

1 comments:

Kak Mahh May 18, 2011 at 5:56 AM  

Satu entry yang mempunyai maksud tersurat dan tersirat.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP