free counters

Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "
Resized JPEG graphic

Debat PTPTN: Tahniah KJ dan Rafizi.

Islamic Summer Camp (ISC) G5....

Resized JPEG graphic

Hudud: Malaysia, Brunei dan Aceh...

Sultan Brunei ingin melaksanakan hukum hudud kerana takutkan Allah...

Resized JPEG graphic

Himpunan Sejuta Umat...

Sokonglah Demi Islam...

Resized JPEG graphic

Anda kecewa dengan PC anda yang lembab?...

Hari ini saya mempelajari sebuah perisian yang dapat meningkatkan boot pc anda. Pertama kali saya postkan entry mengenai teknologi maklumat sebegini...

Resized JPEG graphic

Kerana sikapmu. Maka Allah akan mencelamu....

Sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri...

Nj Photography

Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat

Monday, April 26, 2010

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan

Read more...

Keluhan Penduduk Kg Bakau, Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Friday, April 23, 2010

Salam Penyelamat Dan Kasih Sayang...

Hari ini Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar dan PAS kawasan Sepanggar turun menjejakkan kaki buat kali kedua ke Kg. Bakau, Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Melihat kesedihan penduduk yang dialami bila mana rumah yang mereka duduki di kawasan tersebut yang telah dirobohkan begitu sahaja. Kes yang sama yang berlaku di Kg Delima & Kg Gentisan mengenai rizab tanah orang bumiputera. Mengikut maklumat yang kami terima penduduk telah menerima notis untuk berpindah dari kg berkenaan sekitar 3 tahun yang lalu. Beginilah liciknya UMNO/BN telah mempergunakan tanah rizab orang bumiputera sehingga sanggup menjual tanah tersebut kepada syarikat asing. Apa yang menarik berkaitan isu ini ialah janji manis Umno yang ingin membela hak rakyat Kg Bakau namun sampai sekarang tidak ada seorang YB UMNO yang turun melihat rintihan penduduk ini. Inilah kesengsaraan yang telah di alami sepanjang 5 tahun pemerintahan BN/UMNO di Kg Bakau.
Robohnya Kg Bakau tanpa mehiraukan perasaan mereka



Demi alasan untuk menenangkan hati rakyat YB berkenaan sanggup menipu dan menaburkan janji manis bahawa mereka akan mencari dan menyediakan penempatan kepada penduduk Bakau. Akan tetapi apa yang mendukacitakan rumah yang disediakan kepada mereka itu ialah rumah yang berstatuskan “Rumah Sewa” seumur hidup di Taman Telipok Ria. Untuk menduduki rumah teresebut penduduk terpaksa membayar diposit sebanyak RM600 ringgit dan membayar sewa bulanan sebanyak RM170 sebulan. Sudah la rumah dirobohkan, rumah yang disediakan pula hanya berstatus sewa seumur hidup
 
Inilah Bukti Janji Manis salah seorang YB UMNO/BN
Ketua Bahagian UMNO Sepanggar, Jumat Haji Idris


Statement Janji Manis yang beliau keluarkan untuk penduduk

Kesannya

P/S Sesuai dengan moto manis UMNO/BN 
“Rakyat disengsarakan Kekayaan Diutamakan.”

Read more...

Tidur Menurut Tuntunan Rasulullah

Friday, April 16, 2010


I. TIDUR SEBUAH TANDA KEKUASAAN ALLAH

Allah berfirman.:
 "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu diwaktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnian-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan". (QS. Ar-Ruum: 23).

Allah juga berfirman:
"Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat". (QS. An-Naba': 9).

Imam Ibnu Katsir berkata:
“Iaitu termasuk tanda-tanda kekuasaan-Nya Allah menjadikan sifat tidur bagi kamu diwaktu malam dan siang, dengan tidur, ketenangan dan rasa lapang dapat tercapai dan rasa lelah serta kepenatan dapat hilang".

II. ADAB TIDUR

1. Anjuran Khoilullah
Berkata Ibnu Atsir: "Khoilullah adalah istirahat di pertengahan siang walaupun tidak tidur".

Berdasarkan hadits:
Dari Sahl Bin Sa'd dia berkata: "Tidaklah kami khoilullah dan makan siang kecuali setelah solat jumaat".
Juga Rasulullah bersabda:
"Khoilullah kalian sesungguhnya syaitan tidak khoilullah".

Al-Hazh Ibnu Hajar berkata:
"Hadith di atas menunjukkan bahwa khoilullah termasuk kebiasaan para sahabat Nabi setiap harinya".


2. Tidur di awal malam
Rasulullah adalah suri tauladan bagi setiap muslim, maka barang siapa yang memerhatikan tidurnya, nescaya dia akan mendapati bahawa tidumya beliau paling sempurna dan paling bermanfaat bagi tubuh. Beliau tidur di awal malam dan bangun di awal sepertiga malam.

Sahabat mulia Ibnu Abbas pernah berkata:
"Suatu ketika aku pernah bermalam dirumah ibu saudaraku Muimunah untuk melihat bagaimana solatnya Rusulullah, beliau berbincang sekejap bersama isterinya, kemudian tidur".

3. Dibenci tidur sebelum lsyak dan bercakap selepas waktunya.
Berdasarkan hadith:
Dari Abu Barzah bahwasanya Rasulullah membenci tidur sebelum isyak dan
bercakap-cakap setelah waktunya.

Al-Ha_zh lbnu Hajar berkata:
"Dibencinya tidur sebelum Isyak kerana dapat melalaikan seseorang dari solat isyak hingga ketika waktunya, adapun bercakap-cakap setelah waktunya yang tidak ada bermanfaat, dapat meyebabkan tidur hingga solat shubuh dan terlepas untuk solat malam".

Al-Hazh menegaskan bahawa larangan bercakap-cakap setetah Isyak dikhususkan pada percakapan yang tidak ada manfaat dan kebaikan didalamnya. Adapun percakapan yang bermanfaat maka tidaklah termasuk dalam larangan ini, sebagaimana diterangkan dalam sebuah riwayat bahawasanya Nabi bersama Abu Bakar pernah bercakap sehingga larut malam berkaitan urusan kaum muslimin.

4. Menutup pintu, mematikan api atau lampu berdasarkan hadith:
Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:
"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kalian hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas air serta makanan dan minuman kalian.

Juga berdasarkan hadith:
Dari Ibnu Umar bahwasanya Rasulullah bersabda: "Janganlah kalian meningalkan api yang menyala ketika kalian tidur".

Imam Al-Qurthubi berkata:
"Berdasarkan hadith ini apabila seseorang tidur sendiri sedangkan api masih menyala di dalam rumahnya hendaklah ia mematikan terlebih dahulu sebelum tidur, demikian pula apabila di dalam rumah terdapat yang beberapa orang, maka hendaklah orang yang terakhir yang melakukannya, maka barang siapa yang meremehkan hal ini sungguh dia telah menyelisih sunnah!".

Ibnu Daqiq Al-`Ied berkata:
"Perintah menutup pintu sebelum tidur, kerana di dalamnya terdapat kebaikan duniawi dan ukhrawi iaitu menjaga diri dan harta dari orang-orang yang hendak berbuat jahat, lebih lagi dari syaitan".

Perhatian: Perintah mematikan api dan lampu sebelum tidur merupakan tindakan preventif sebelum terjadi kebakaran melainkan apabila selamat dari kebakaran seperti keadaan lampu-lampu pada masa kini maka tidaklah mengapa menghidupkannya.

5. Berwudhuk
Berdasarkan hadith:
Dari Baro' Bin 'Azib bahwasanya Rasulullah bersabda: "Apabila kalian hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhuklah seperti wudhku kalian untuk solat".

Imam Nawawi berkata:
"Hadits ini berkenaan menyeru kita untuk berwudhuk ketika hendak tidur, apabila seseorang
telah mempunyai wudhuk maka hal itu cukup baginya, kerana tidur dalam keadaan suci amta perlu kerana khuatir maut menjemput kita pada seketika itu, dengan erti kata lain dengan berwudhuk dapat menjauhkan diri dari gangguan syaithon dan perasaan takut ketika tidur".

6. Mengebuti tempat tidur (membersihkan)
Berdasarkan hadith:
Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda: "Apabila salah seorang diantara kalian hendak tidur maka kebutilah tempat tidurnya dengan hujung sarungnya, kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang akan menimpa padanya".

Faedah hadits:
1. Sunnahnya mengebuti tempat tidur sebelum tidur.
2. Hendaklah mengebutinya tiga kali.
3. Membaca 'Bismillah' ketika mengebutinya sebagaimana hadith riwayat Muslim no.2714.
4. Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kcmudian tidur semula, maka dianjurkan untuk mengebutinya kembali.

7. Larangan tidur satu selimut Berdasarkan hadith:
 Dari Abu Said Al-Khudri daripada bapanya bahwasanya Rasulullah bersabda:
"Janganlah lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan janganlah seorang wanita
melihat aurat wanita yang lain, dan janganlah lelaki berkumpul dengan lelaki
lain dalam satu selimut, dan janganlah wanita berkumpul dengan wanita
lain dalam satu selimut".

8. Berbaring bersisi sebelah kanan
Imam Ibnul Qoyyim berkata:
"Nabi tidur dengan berbaring kekanan dan beliau meletakkan tangannya yang kanan dibawah pipinya yang kanan".

Rasulullah bersabda:
“Apabila kamu hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhulah seperti wudhu kalian untuk solat kemudian berbaringlah kesisi kanan!

Sahabat Mulia Hudzaifah berkata:
"Adalah Nabi apablla tidur beliau meletakkan tangannya di bawah pipinya".

Imam Ibnul Jauzy berkata:
"Keadaan tidur seperti ini sebagaimana ditegaskan oleh pakar perubatan
merupakan keadaan yang paling baik bagi tubuh".

9. Membaca Ayat AI-Qur’an
Dianjurkan bagi setiap orang yang hendak tidur untuk membaca ayat-ayat AI-Qur'an
terlebih dahulu, diantaranya:

1. Membaca Ayat kursi, berdasarkan hadits tentang kisah Abu Hurairah yang diajari
oleh syaitan ayat kursi kemudian dia berkata:

"Jika engkau membacanya, maka Allah sentiasa akan menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi."

2. Membaca surat Al-lkhlas, AI-Falaq, An-Naas, berdasarkan hadits A'isyah dia
berkata:

"Adalah Rasulullah apabila hendak tidur beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu meniupnya seraya membaca surat Al-lkhlas, Al-Falaq, An-Naas, kemudian beliau menyapukan kedua teapak tangannya kebagian tubuh yang boleh disapu, dirnulai dari kepala, wajah dan bahagian tubuh lainnya sebanyak tiga kali ".

3. Membaca Dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah, berdasarkan hadits:
Dari Abu Mas'ud Al Badriyyi bahwasanya Rasulullah bersabda: "Dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah, barang siapa yang membacanya di waktu malam maka akan merasa cukup".

10. Membaca Do’a
Banyak sekali do'a sebelum tidur yang telah diajarkan Nabi dtantaranya:

"Yaa Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup".
"Yaa Allah... aku berserah diri kepada-Mu, aku serahkan segala urusanku kepada-Mu, aku sandarkan punggungku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tidak ada tempat bersandar dan tempat menyelamatkan kecuali kepada-Mu, Yaa Allah... aku beriman kepada kitabMu yang telah engkau turunkan dan kepada NabiMu yang telah engkau utus", maka jika engkau meninggal pada malam harinya sungguh engkau meniggal dalam
keadaan baik dan jadikanlah do'a tersebut akhir yang engkau ucapkan. 


11. Apa yang harus dilakukan jika bermimpi?
Dari Abdullah Bin Abu Qotadah bahwasanya Rasulullah bersabda:
"Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedangkan mimpi yang buruk dari syaitan, maka apabila salah seoratg diantara kalian mimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu tidak akan merugikannya".

Faedah hadits:
1. Mimpi ada dua macam: baik dan buruk, mimpi yang baik adalah dari Allah sedangkan mimpi yang buruk dari syaitan. 33
2. Apabila bermimpi baik hendaklah ia memuji Allah dan menceritakannya kepada orang yang menyukai.
3. Sebalknya apabiIa bermimpi buruk maka hendaklah in memohon perlindungan kepada Allah, kemudian meludah kearah kiri sebanyak tiga kali, bepindah tempat, solat dua rakaat dan janganlah ia menceritakan kepada seorangpun.

12. Dibencinya tidur bertiarap berdasarkan hadits:
Dari Tikhfah Al-Ghifari dia berkata:
Suatu ketika tatkala aku tidur didalam masjid, tiba-tiba ada seorang yang menghampiriku, sedangkan aku dalam keadaan tidur bertiarap, lalu dia membangunkanku dengan kakinya seraya berkala: Bangunlah! Ini adalah bentuk tidur yang dibenci Allah, maka akupun mengangkat kepalaku ternyata beliau adalah Nabi.

Berkata Syaroful Haq 'Azhim Abadi:
"Berdasarkan hadits inI, bahawa tidur bertiarap diatas perut adalah dilarang, dan itu adalah bentuk tidurnya syaitan".

13. Dibencinya tidur diatas rumah tanpa penutup
Berdasarkan hadits:
Dari Ali Bin Syaiban bahawasanya Rasulullah: bersabda: "Barang siapa yang tidur diatas rumah tanpa penutup/penghalang maka sungguh telah terlepas darinya penjagaan".

14. Do’a ketika bangun tidur
Ketika bangun dari tidur hendaklah kita berdoa:

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setetah sebelumnya mematikan kami dan hanya kepadaNya kami akan dibangkitkan ". Demikianlah pembahasan kita kali ini, akhirmya kita memohon kepada Allah taufik dan hidayah-Nya agar tetap istiqomah diatas jalanNya.

Read more...

Untukmu Muslimah : 2 Tabiat membawa Ke neraka.

Thursday, April 15, 2010


Assalamu'alaikum.... Sedikit renungan untuk kita bersama...

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid' di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.


Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf. Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).


[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:

"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?". [Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu
pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang
seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang
disebutkan tadi.

Read more...

Mutiara Berharga Bagi Seorang Muslim

Wednesday, April 14, 2010


Ketahuilah, Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta`ala mengutus kita ke muka bumi adalah dalam rangka menjalankan tugas yang mulia. Iaitu mempersembahkan ibadah hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala, menegakkan syariat-Nya, serta membenteras pelbagai kemungkaran yang selalu mengundang murka Allah Subhanahu wa Ta`ala. Sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman : 

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku, Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan. Sesungguhnya Allah Dialah yang Maha Pemberi rezeki, yang mempunyai kekuatan lagi sangat kokoh.”  
(Adz-Dzaariyaat:56)

Demikianlah perjalanan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta`ala. Agar mereka menjalani aktiviti hidup ini sesuai dengan masyi’ah (kehendak)-Nya. Namun dengan kehendak Allah pulalah maka diantara manusia itu ada yang beriman lagi taat, dan ada pula yang ingkar lagi menolak untuk beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Ini semua merupakan bukti keadilan Allah Subhanahu wa Ta`ala terhadap segenap hamba-Nya. Dengan bukti keadilanNya Allah hendak menguji para hamba, apakah mereka benar-benar beriman kepada Allah atau sebaliknya? Dan apakah mereka akan dibiarkan mengatakan : ”Kami beriman,” lantas mereka tidak diuji?.

Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman :

”Alif Laam Miim, Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman“, sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar. Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”  
(Al Ankabut : 1-3).

Dan juga Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman :

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) : ”Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thaghut itu, maka diantara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula diantaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya”
(An Nahl : 36)



Syaikh Abdurahman bin Hasan Alu Syaikh menjelaskan bahwa ayat di atas menunjukkan tentang hikmah diutusnya para rasul, iaitu untuk mendakwahi umat agar mereka beribadah kepada Allah semata dan melarang mereka dari beribadah kepada selain-Nya. Ini merupakan agama para Nabi dan Rasul, walaupun berbeza syariat mereka.

Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman : 

“Untuk tiap tiap umat diantara kamu Kami berikan aturan (syariat ) dan jalan yang terang.“ 
(Al Maidah : 48) 
(Fathul Madjid hal 29 )

Hendaklah setiap muslim mengetahui bahawa perjalanan hidup mereka di dalam mencari ridedh Allah Azza wa Jalla, tidak akan menuju kesempurnaan kecuali diteraskan dengan ilmu syariat. Maka ilmu adalah perkara yang sangat penting bagi permasalahan manusia untuk menjalankan kehidupan di dunia. Kerana ilmu merupakan sumber kehidupan jiwa dalam beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sehingga tidak akan sempurna dan tegak tuntutan kehidupan manusia apabila ilmu tidak lagi dijadikan pedoman dan jalan hidup mereka. Oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Ta’ala menganugerahkan ilmu bagi hati bagaikan siraman hujan yang turun ke bumi. Sebagaimana tidak ada kehidupan di muka bumi kecuali dengan turunnya hujan, maka demikian pula tidak ada kehidupan bagi hati kecuali dengan siraman ilmu.

Di dalam Al Muwaththo -karya Imam Malik- disebutkan :Lukman berkata kepada anaknya :

“Wahai anakku duduklah kamu bersama para ulama dan dekatilah mereka dengan kedua lututmu (berinteraksi dengan mereka), maka sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta`ala menghidupkan hati-hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana menghidupkan (menyuburkan) bumi dengan hujan yang lebat.” 
(Kitab Al Ilmu Fadluhu wa Syarfuhu hal 228)

Oleh kerana itu, keperluan hati manusia terhadap cahaya ilmu merupakan keperluan yang mendesak. Sebagaimana keperluan bumi terhadap turunnya hujan tatkala terjadi kekeringan dan kemarau. Maka ilmu merupakan mutiara yang sangat berharga bagi setiap muslim. Kerana dengan ilmu jiwa-jiwa manusia akan hidup dan sebaliknya jiwa-jiwa mereka akan mati apabila tidak dibekali dengan ilmu.

Sebahagian orang-orang yang arif berkata : “Bukankah orang yang sakit akan mati tatkala tercegah dari makanan , minuman dan ubat-ubatan? maka dijawab : “Tentu sahaja,” Mereka mengatakan : “Demikian pula halnya dengan hati jika terhalang dari ilmu dan hikmah maka akan mati.”

Maka tepat jika dikatakan bahwa ilmu merupakan makanan dan minuman hati, serta penyembuh jiwa, kerana kehidupan hati bersandar kepada ilmu. Maka apabila ilmu telah sirna dari hati seseorang bererti hakikatnya dia telah mati. Akan tetapi dia tidak akan merasakan kematian tersebut. Orang yang hatinya telah mati ibarat seorang pemabuk yang hilang akalnya (disebabkan maksiat yang dia lakukan). (Kitab Al Ilmu Fadluhu wa Syarfuhu hal 144-145). Sesungguhnya sebab utama yang bisa merosakkan bahkan mematikan hati adalah maksiat. Jika hati semakin rosak maka cahaya tersebut akan melemah dan berkurang. Sebagian salaf berkata : “Tidaklah seseorang yang bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala sehingga (menyebabkan) hilang akalnya.”

Maka tertutupnya hati manusia dari cahaya ilmu, tergantung dari peningkatan maksiat yang mereka lakukan. Jika semakin banyak dosa yang dilakukan, maka akan semakin banyak pula titik-titik hitam di hati yang tertutup dari cahaya ilmu, dan semakin sukar untuk hati ini dirsirami dengan cahaya ilmu. Sehingga menyebabkan dia termasuk dari golongan orang orang yang lalai. Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman :

“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.”  
(Al Muthaffifin : 14)

Sebagian salaf menafsirkan ayat tersebut, yaitu : “Dosa yang dilakukan terus menerus (dosa di atas dosa).”

Berkata Al Hasan : iaitu “Dosa di atas dosa hingga membutakan hati.” (Meriwayatkan darinya (Al Hasan) Abd Ibnu Hamid sebagaimana dalam (Ad Durul Mantsur : 8/447) (Ad Da`u wad Dawa` hal 95-96)

Oleh kerana itu hendaklah kita sebagai muslim senantiasa menjaga ilmu yang ada di dalam hati dari hal-hal yang akan memadamkannya. Disertai dengan niat yang ikhlas dan mengamalkan kandungan ilmu tersebut, serta banyak memohon keampunan kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Sehingga kita bisa menepis pelbagai pengaruh dosa yang merupakan kunci kelalaian dan kejahilan manusia. 

Al Imam Syafi`i pernah mengatakan :

Aku pernah mengeluh kepada Imam Waqi` tentang jeleknya hafalanku. Maka beliau membimbingku untuk meningggalkan maksiat. Dan beliau berkata : ” Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya. Dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang bermaksiat.”

Ucapan Al Imam Syafi`i tersebut merupakan peringatan sekaligus nasihat yang bermanfaat bagi kita, jika tidak ingin kehilangan mutiara yang sangat berharga yaitu ilmu yang bermanfaat. Akhir kata, kita memohon kepada Allah agar menganugerahkan Taufik dan Hidayah-Nya, mengukuhkan iman kita dengan ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat serta tidak memalingkan hati kita kepada kesesatan dan kebinasaan.

Sumber : Ust. Abdul Azis As Salafy

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP