Apabila Rasulullah bersama kita???? Apa yang anda harapkan dengan baginda???
Thursday, April 1, 2010
Salam perjuangan buat semua,
Hari ini seperti biasa ingin memberikan perkongsian ilmu buat semua pembaca. Sebuah tayangan video yang saya ambil dari sebuah blog ~Life Storyteller : Motivational and Inspirational Stories for You and Me~ yang InsyaAllah memberikan sedikit sebanyak pengajaran dan pengalaman buat kita semua. Video yang bertajuk “If the prophet Mohammad “pbuh” were among us”’ ataupun dalam edisi melayunya bertajuk ‘jika Muhammad s.a.w bersama kita’. Video yang telah memberikan Inspirasi dan penghayatan yang cukup mendalam dihati saya sebagai anak muda, insan biasa dan masih mempunyai nikmat yang sempurna yang telah Allah berikan kepada saya tanpa kekurangan sedikit apa pun.
Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Tajuk posting saya kali ini adalah membawa kepada pembaca sekalian sejauh mana penghayatan kita terhadap rasulullah. Ramai orang muslim mengaku bahawa mereka cintakan nabi, mereka sayangkan nabi. Mereka tahu tentang kisah-kisah nabi. Ada yang juga orang yang mengatakan “Sejak kecil lagi mak bapa kami selalu bercerita tentang nabi. Di sekolah pun ustazah/ustazah sering ceritakan tentang kisah-kisah nabi, keluarga nabi dan isteri-isteri nabi”. Alhamdulillah bila mana PMR, SPM, STAM dan sebagainya, ramai juga orang muslim di Malaysia mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek Pendidikan Islam, Syariah, Usuluddin dan sebagainya terutama dari sekolah-sekolah agama.
Bila mana kita belajar tentang Pendidikan Islam sudah tentu kita akan belajar tentang sirah Nabawiyyah. Tentang perjalanan rasulullah yang mana sebelum baginda diangkat sebagai rasulullah, selepas baginda di angkat sebagai nabi, semasa baginda memimpin negara dan sehingga kewafatan baginda. Persoalan sekarang sedar ataupun tidak, Berapa ramai yang mempunyai kesedaran dengan subjek-subjek berkenaan mahupun diadaptasi dalam kehidupan seharian? Sejauh mana kita meletakkan perjuangan kita seperti rasulullah?, Sejauh mana kita memimpin seperti rasulullah?
Hanya pembaca sendiri yang mampu menilai sejauh mana pengorbanan kita berbanding pengorbanan Rasulullah. Mungkin semuanya berbalik kepada sirah Nabawiyyah yang kita pelajari.
Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Apa yang ingin saya kongsikan pengajaran buat kita semua ialah:
1. Sebagai seorang remaja mahupun dewasa pengorbanan kita terhadap Islam jangan diabaikan, dengan alasan mahu fokus studylah, tunggu dapat pekerjaan yang baik, tunggu dapat Isteri/suami yang soleh/solehah, tunggu ekonomi stabil, tunggu dapat anak. Usah tunggu.... tunggu... dan tunggu... kerana Allah tidak pernah menunggu untuk mencabut nyawa kita.
2. Ketahuilah bahawa perjuangan Islam ini adalah sebuah perjuangan siasah nafas panjang. Kita bukan pemula dan kita bukan pengakhir tetapi kita adalah penyambung kepada perjuangan ini.
3. Bersungguh-sungguh la dalam melakukan gerak kerja Islam. Usah tunggu ganjaran, jawatan ataupun pujian, baru kita lakukan.
4. Bersabar dengan segala dugaan dan janganlah takut dengan musuh. Yakinlah bahawa Allah bersama-sama dengan orang yang sabar dan berjuang dijalanNya.
5. Jangan berjuang ikut keadaan, tempat dan masa. Kerana Allah tidak memilih keadaan, tempat atau masa untuk mencabut nyawa kita. Ikutilah kata peribahsa ini “Dimana bumi dipijak di situ ISLAM di julang.”
Kepada pembaca yang dirahmati Allah semua,
Ingin saya akhirkan penulisan untuk ratapan kita semua dengan beberapa ayat Al-Quran dan beberapa potong hadis :
"Hai orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan agungkanlah Tuhanmu! Dan bersihkanlah pakaianmu. Dan tinggalkanlah perbuatan dosa."
(Al Muddatstsir : 1-5)
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Barangsiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihal orang Islam maka ia bukanlah dari golongan mereka.”
Di akhir video ini ada beberapa persoalan yang telah ditimbulkan yang boleh menjadi perbincangan buat kita semua :
1. Sekiranya Rasulullah datang kepada kita? Apa yang kita akan lakukan?
2. Apakah pandangan Rasulullah sekiranya baginda berjumpa dengan kita semasa melakukan keburukan mahupun sebaliknya apabila kita membuat kebaikan?
3. Sekiranya anda bertemu dengan Rasulullah untuk seketika, apa yang anda ingin katakan kepada baginda?
P/S Mudahan pembaca boleh memberikan respon untuk perkongsian Ilmu kita semua ke dalam blog ini.
2 comments:
am ziarah kembali,sy x dpt masuk shoutmix sebab ip sy telah di ban di situ x tahu kenapa.sedangkan ini kali pertama sy masuk sini.
Salam ziarah kembali, sy x dapat masuk ke shoutmix sebab ip saya telah di ban di situ. saya x tahu kenapa, saya pertama kali abaru masuk ke sini setelah akhi menziarah saya
Post a Comment