Program Remaja Soleh SMK Shan Tao
Monday, August 10, 2009
Alhamdulillah rasa syukur pada Alllah sepanjang 2 hari bercuti ini tidak disia-siakan. Pada hari sabtu kelmarin telah dijemput untuk mengadakan program di SMK Shan Tou, merupakan sekolah yang majoritinya berbangsa Cina. Sejarah awal pembukaan sekolah ini sebenarnya diasaskan oleh seorang paderi yang mana sekolah ini telah menitik beratkan bahasa cina sebagai bahasa pengantar. Dan sekarang ini ramai juga pelajar muslim yang belajar di sekolah berkenaan. Akan tetapi walau bagaimanapun, alhamdulillah setakat ini kami telah berjaya membina satu jaringan dakwah kepada adik-adik di sekolah berkenaan. Program sehari bersama adik-adik ini mudah-mudahan menjadi satu imblan yang besar disisi Allah. Walaupun aku berada dalam program berkenaan bersama-sama mereka dalam masa setengah hari tetapi Alhamdulillah boleh berkenalan dengan adik-adik tersebut dengan lebih dekat. Selepas zohor, aku pun switch dengan sahabatku, dengan harapan mereka ini dapat membimbing mereka selepas ini. Terima kasih kerana sudi membantu. Dan petang tersebut balik sahaja daripad program berkenaan sempat juga aku megambil gambar berkenaan iklan Festival Filem Malaysia (FFM) berhadapan bangunan pentadbiran Kota Kinabalu. Baru teringat malam tersebut adalah kemuncak festival berkenaan. Acara yang orang ramai nantikan.
Walaupun ramai yang mengetahui hakikat terdapat H1N1 di UMS, tetapi ada segelintir pihak berkenaan yang masih lagi berdegil untuk buat juga program berkenaan. Kononnya nak memartabatkan UMS konon. Tetapi hakikatnya akedemik UMS ini masih lagi rendah di mata dunia. Adakah ini program yang UMS ingin banggakan??? Dengan pakaian dan kelakuan artis yang tidak senonoh, dengan percampuran lelaki dan perempuan, budaya couple yang berleluasa. Inilah dia ciri-ciri “manusia yang seperti buih di lautan”. Mungkin seharusnya pihak UMS menilai kembali kewajaran mereka untuk menerima program sedemikian. “Indahnya Khabar Dari Rupa”.
0 comments:
Post a Comment