Hiburan dijulang mahasiswa diabaikan
Friday, August 7, 2009
Esok merupakan kemuncak Festival Filem Malaysia (FFM), acara ini berlangsung di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah, sedar ataupun tidak sebagai mahasiswa adakah anda menyokong acara tersebut? Cuba kita fikirkan sahabat sekalian bahawa nama program sepeti ini memberikan kita output atau input kepada mahasiswa? Adakah program seperti ini menyebabkan 'universiti' ini popular kerana akedemiknya atau popular kerana hiburannya? Anda selaku mahasiswa harus menyedari sekarang ini semakin ramai mahasiswa yang menghadapi masalah kesihatan. Adakalanya timbul difikiran adakah masalah kesihatan yang dialami ini adalah wabak H1N1. Sekarang ini semakin ramai mahasiswa yang telah di kuarintinkan di bilik-bilik khas. Mungkin juga ada yang telah meninggal dunia. Jerebu yang telah diwar-warkan di berita menyebabkan proses wabak ini tersebar dengan mudah. Adakah kita sudah hampir kepada pengakhiran zaman??? Apa peranan universiti pula kepada mahasiwa? Universiti sibuk memberikan kemudahan kepada FFM ini tetapi kemudahan kepada mahasiswa pula bagaimana? Memberikan khidmat kesihatan pun tiada apalagi memberikan topeng secara percuma. Harus diingat mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kalau benda sekecil ini diabaikan oleh pihak universiti maka ramai lagi mahasiswa yang akan terkorban kerana wabak ini. Artis Malaysia dijulang dilayan dengan sebaiknya tetapi mahasiwa yang sakit, menghidap selesema, ada yang batuk tetapi diabaikan begitu sahaja. Walhal bukan artis yang akan membawa anda masuk ke syurga.
Rasulullah pernah bersabda bahawa salah satu daripada tanda kiamat terjadinya satu wabak penyakit yang akan melanda manusia ke seluruh dunia??? Dan salah satu tanda-tanda kiamat juga ialah terdapat kepulan asap yang akan melanda timur dan barat. Asap ini akan berlaku pada masa 40 hari, apabila orang yang beriman terkena asap itu iakan akan bersin seperti selesema, manakala apabila orang kafir terkena asap tersebut maka orang kafir tersebut seperti orang mabuk, asapa kan terkeluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Tepuk dada dan tanya Iman anda.

0 comments:
Post a Comment