Khidmat Masyarakat Kg Lobou
Wednesday, August 12, 2009
Sampai ke destinasi yang dituju
Bermain Futsal
Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi, pagi tersebut aku bergegas ke padang sukan macam biasa la menunaikan hobi. Akan tetapi, hari ini kami mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan sahabat-sahabat lain. Matahari yang agak terik memberikan kesan kepada kulit. Macam rasa terbakar jak kulit ni. Tetapi tidak mengapa perlawanan seperti ini bukan selalu diadakan lagipun aktiviti seperti inilah yang sebanarnya yang baik bagi remaja, daripada sibuk membuang masa dengan aktiviti yang berfaedah, sekurang-kurangnya dengan bersukan ini sedikit sebanyak memberikan kebaikan kepada tubuh badan. Lagipun dengan bersukan alhamdulillah sedikit sebanyak dapat menghilangkan stress jugak.
Bergerak ke Kg Lobou
Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi, sedang asyik bersukan baru teringat pula hari ini ada program khidmat masyarakat di Kg Lobou, terpaksa la balik menunaikan tugas tersebut. Sms sahabat lain, mereka maklumkan yang program tu bermula pukul 8.00 pagi. Akan tetapi demi tanggunjawab, sama ada program tersebut sudah hampir nak habis ataupun tidak, terpaksa memujuk diri untuk melangkah ke program berkenaan. Rasa diri ini menjadi suatu kerugian pulak bila meninggalkan program seumpama berkenaan. Allahamdulillah sempat jugak sampai ke tempat berkenaan sekitar pukul 12.00. Nasib baik acara penutupan belum bermula. Sampai sahaja, berjumpa juga dengan sahabat-sahabat seperjungan dan penduduk kg berkenaan. Mungkin sedikit perkongsian berkenaan keadaan di kg tersebut mungkin dari segi pemerhatian kg berkenaan agak kurang mendapat perhatian dari segi kemudahan yang ada di kg tersebut. Kg tersebut adalah kg yang 50 peratus adalah keluarga Islam selebihnya keluarga Kristian.
Oleh kerana keadaan tersebut, alhamdulillah kami di atas nama Unit Amal kawasan dibawah DPP Sepanggar, turun untuk membantu penduduk kg tersebut. Apa yang kami telah lakukan adalah menaik taraf surau di kawasan berkenaan, memasang papan tanda surau dan memberikan sedikit sumbangan beras kepada penduduk yang miskin. Sumbangan beras ini disumbangkan oleh YB Ust Mohd Nasir Zakaria (Pengerusi Lajnah Kebajikan & Prihatin Masyarakat DPPP merangkap Ahli Parlimen Padang Terap, Kedah) Mungkin sedikit alternatif yang telah dibuat terhadap kg berkenaan. Syabas aku ucapkan kepada saff kepimpinan Unit Amal amnya dan DPP Sepanggar khususnya terhadap kg berkenaanj. Sesuai dengan objektif Unit Amal iaitu “Duta Penyelamat & Kasih Sayang”. Mudahan tidak sampai disini sahaja program seperti ini dilakukan.
0 comments:
Post a Comment