Pilihan Raya Kampus
Saturday, September 20, 2008
Salam....
Hari ini, pilihan raya kampus bagi kolej kediaman telah selesai tetapi ia belum berakhir di sini tepat pada pukul 12.00 Malam. Perjuangan masih perlu diteruskan pada bulan oktober iaitu pilihan raya bagi calon Majlis perwakilan Pelajar (MPP). Mungkin pilihan raya kali ini tidak sepanas tahun lalu di beberapa kolej kediaman. Walaupun PRK ini bukan seperti PRU di kawasan tetapi sebagai pendokong gerakan Islam menjadi kewajiban dalam diri untuk berjuang demi mendaulahkan Islamiah.
Firman Allah :
Dan barangsiapa yang berjihad, Maka Sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.
(Surah Al-Angkabut : Ayat 6)
Firman Allah lagi :
Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
Kepada mereka yang menang aku ingin ucapkan tahniah, moga jawatan yang bakal kalian pegang nanti bukan hanya sekadar nama yang megah diucap dan sedap didengar.
(Surah At-Taubah : Ayat 24)
Firman Allah :
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.
(Surah Al-Maidah : Ayat 2)
Kepada sahabat yang telah menang aku ucapkan tahniah. Sekarang Allah telah amanahkan kamu. Kamu mempunyai tanggungjawab yang berat selaku wakil kolej kediaman kamu. Ingatlah!!! Letakkan Islam itu diatas kerana hanya Islamlah yang selayaknya berada di atas. Sekarang selaku pendokong gerakan Islam yang terpilih ambillah peluang untuk beramal. Jadikanlah tanggungjawab yang Allah berikan di dunia ini sebagai ladang tanaman untuk di akhirat.
Kepada yang tidak menang aku harap jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang beriman. Jangan jadikan kesedihan itu mengahalang kita daripada terus berjuang.
Firman Allah :
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
0 comments:
Post a Comment