free counters

Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Nj Photography

Ops Raya 2008.....

Monday, September 29, 2008

Penat sehari suntuk menghabiskan hari Ahad yang sepatutnya cuti-cuti Malaysia.Namun sebagai seorang pejuang agama Allah aku gagahi jua kudrat yang masih ada ini untuk kupastikan setiap detik masa ini tidak lari dari gelanggang mardhatilLah.Baru saja pulang dari kampus untuk pulang beraya.Perjalanan mengambil masa selama 9 jam.Kebas seluruh susuk tubuhku.Ingatanku sudah dahulu sampai di rumah namun jasadku masih duduk mematung di dalam bas.Kepulanganku ke Tawau bukan semata-mata cuti raya,tapi harus diisi dengan pelbagai program jamaah yang amat memerlukan sumbangan.

Aku tiba di Terminal Bas Bandar Tawau pada pukul 5.00 pg.Kupijak tanah tumpah darahku.Masih belum terasa rindu yang mendalam pada kampung halaman kerana pemergianku baru tiga purnama.Maklumlah belajar di UMS.Tak serupa dengan kengkawan di Semenanjung yang jarang pulang akibat masalah yang tidak dapat dielakkan.Tapi aku tetap berpegang dengan kata-kata orang Melayu "sirih pulang ke gagang" adat merantau pasti pulang ke kampung.

Hari Ahad yang memenatkan.Selesai sahaja program PERPPIS pada pukul 8 pagi tadi aku dan sahabat yang lain bergegas pergi menuju ke pejabat PAS kerana jam 10 pagi pula ada Kuliah Mingguan.Kehadiran kami mesti lebih awal daripada orang lain kerana ingin membuat persiapan awal sebelum kuliah bermula.Begitulah sebenarnya rutin mingguan yang dihadapi oleh sahabat-sahabat yang masih ada di Tawau selama keberadaan kami di kampus.Alhamdulillah kehadiran amat menggalakkan.Ramai yang masih berminat mendengar kuliah sebagai santapan rohani.Kuliah kali ini rasanya lebih menarik kerana di samping kami mengahadiri kuliah,kami dapat bertemu semula dengan sahabat-sahabat yang pulang bercuti.Rasa gembira tak terhingga, akhirnya kami dapat bertemu jua terutama apabila berjUmpa dengan Naqib.

Selesai sahaja kuliah,pengerusi majlis memaklumi kami bahawa selepas solat zohor semua ahli jamaah diminta untuk sama-sama bergerak mengedar risalah sempena sambutan hari raya.Sebelum bergerak kami di beri taklimat khusus agar ops risalah berjalan dengan lancar.Risalah yang dicetak berjumlah 4000 keping. Menggunakan kertas kuning.Seluruh bandar Tawau telah kami warnai dengan warna kuning.Operasi berlangsung selama hampir satu setengah jam.(pada pukul 3.15 ptg)

Selesai solat Asar kami di arahkan untuk menghadiri majlis sumbangan derma kepada fakir miskin anjuran Pakatan Rakyat Tawau di Kg Pukat dan Kg Tg Batu Darat.Sambutan amat menggalakkan dan aku melihat program tersebut berjaya menghiburkan sedikit sebanyak kepada golongan yang memerlukan.Program sebegini perlu diteruskan tambahan pula sekarang ni bulan Ramadan.Walaupun lelah kami semakin mengugut,namun tak terasa itu semua bila sudah di medan perjuangan.Antara sumbangan yang diberikan beras dan gula.Hampir 100 orang menerima sumbangan tersebut di setiap kampung.Sumbangan berakhir pada pukul 5.30 ptg.

Masa untuk berbuka puasa leih kurang setengah jam lagi.Hari ni berbuka jam 6.05 ptg.Kami bergegas pergi ke badar untuk membeli juadah berbuka puasa.Semua warung dan restoran yang kami datangi dipenuhi oelh semua orang yang hendak berbuka puasa sedangkan masa hanya tinggal 5 minit lagi untuk berbuka.Alahai apalah nasib.Akhirnya kami membuat keputusan untuk membeli beberapa bungkus air tebu dan sedikit kuih sebagai pembatal puasa.Kami pun berbuka puasa di dalam kereta sambil menuju ke pejabat PAS untuk berhemat diri sekali gus solat Maghrib secara berjemaah.Selesai saja masing-masing menunaikan ibadat khususiah,kami pun bergerak ke masjid Al kausar yang terbesar di Sabah berhampiran dengan pejabat PAS untuk solat Isyak dan solat tarawih.Selesai solat tarawih jam 9.30 mlm,barulah kami dapat menjamah makan berat setelah sehari suntuk bekerja tanpa henti di Restoran Tom Yam Utama.Saat itulah baru kami dapat memulihkan semula tenaga kami.

Demikianlah sedikit bingkisan hari Ahad yang penuh dengan kemanisan dalam perjuangan.Malam ni 29 ramadan iaitu malam ganjil,iktikaf di Masjid Nurul Huda.Begitu cepat masa berlalu sedar tak sedar Ramadan semakin meninggalkan kita.Di mana posisi emosi kita? Gembira @ sedih ?...Esok pasti datang namun tadi tak datang kembali...Selamat beribadat di bulan Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf zahir dan batin.

1 comments:

PAS KAWASAN TAWAU August 31, 2009 at 12:12 AM  

Tahniah atas kebersamaan anda! Takbir!!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP