Gema Ramadhan
Monday, September 22, 2008
Semalam berlalu sudah malam ramadhan yang ke-21 dimana digambarkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa turunnya lailatul qadar itu pada 10 malam terakhir di mana 10 malam inilah merupakan peluang manusia meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Walaupun Rasullulah s.a.w telah menyebut bahawa malam ganjil adalah malam turunnya lailatul qadar tetapi sebagai manusia yang beriman tidak seharusnya kita hanya mengambil peluang beribadah kepada Allah pada malam ganjil sahaja tetapi kita seharusnya mengambil peluang dengan mengesi ke semua malam terakhir ini dengan beribadah kepada Allah. Pada malam ini seharusnya seorang manusia banyakkan bertahajud dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t. Allah telah mengambarkan sifat hamba-hambanya yang mukmin :
Firman Allah :
“Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah”
(Surah al-Zariat 51: ayat 17-18)
Firman Allah seterusnya :
“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
(Surah Al-Sajadah : 16)
Pada hari ini, aku dan sahabat-sahabat perjuangan telah berkampung di Masjid An-Nur, Tuaran mengikut program Islam iaitu “Gema Ramadhan”. Selama 3 hari 2 malam kami berkampung di sini. Rasa syukur tidak terhingga pada Allah kerana telah pilih aku untuk ikut bersama-sama program ini. Aku berharap apa yang aku belajar di sini dapat aku amalkan walaupun ilmu yang aku dapat mungkin sedikit sahaja daripada program ini. Itu yang paling aku pentingkan. Terdetik di wajah sahabat-sahabat kegembiraan ketika berprogram. Inilah kenikmatan yang Allah berikan apabila kita bersama dengan sahabat-sahabat terutamanya program Islam. Walaupun kami semua tak mengenali antara satu dengan lain tetapi kerana kami bertemu kerana Allah inilah telah memelihara hati aku dan dan mendidik hati aku mengasihi mereka seperti keluargaku sendiri. Bila berprogram macam ni, teringat pula kenangan bila berprogram dengan sahabat-sahabat di Tawau. Tapi demi meneruskan perjuangan Islam ini. Seorang pejuang walaupun diletakkan di mana-mana, dia akan tetap menyebarkan risalah Islam.Kerana kegiatan ini bukan hanya ketika kita berada diwaktu lapang atau berada di tawau atau di kampus semata-mata yang boleh dilakukan sambil lewa dan membiarakan diri dan amal kita dipengaruhi oleh persekitaran yang sentiasa berubah. Ingatlah bahawa kita membawa satu amanah yang besar dan tugas yang paling mulia yang pernah nabi-nabi dan rasul diutuskan.
Firman Allah :
“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan mengabdikan diri kepadaku.”
(Surah Al-Zariat : Ayat 56)
Firman Allah lagi :
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasiaht-menasihati supaya menepati kesabaran.”
(Surah Al-Asr : 1-3)
Dan firman Allah :
“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan ika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintah itu bererti) kamu menyampaikan risalahnya.”
(Surah Al-Maidah : 67)
Firman Allah seterusnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk setelah menerangkan kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknatinya.”
(Surah Al-Baqarah : 159)
Sabda Rasulullah :
"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (mencegah dengan tangan - kuasa), maka hendaklah dia mengubah dengan menggunakan lidahnya (teguran dan nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (iaitu tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sebesar biji sawi".
(Hadis riwayat Tirmizi).
Sabda baginda yang lain:
"Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Perintahlah (manusia) supaya melakukan perkara-perkara yang makruf (yang baik) dan cegahlah mereka dari melakukan perkara-perkara yang mungkar sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi menerimanya dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi".
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi:
"Apabila engkau melihat umatku takut untuk berkata kepada orang yang melakukan kezaliman: Wahai penzalim! Maka sesungguhnya dia telah mengucapkan selamat tinggal baginya".
(Hadis riwayat Hakim)
Oleh itu, kita sebagai mahasiswa yang mengaku seorang yang beragama Islam yang beriman kepada Allah harus menjadi pendokong gerakan Islam di kampus bukan hanya sekadar menjadi “kambing yang ditarik oleh tuannya sahaja” dan bukan juga sebagai pemerhati yang seperti “bayi yang baru belajar hendak berjalan” terutama bila di kampus ini. Tanamlah diri seperti Saidina Umar pada zaman dahulu yang begitu “gah” sekali memperjuangkan agama Islam di hadapan kafir musyrikin. Tanamkanlah perasaan jihad dalam diri. Malu la kita dihadapan Allah s.w.t. Apabila hidup di dunia hanya berpeluk tubuh sahaja tanpa memikirkan sahabat-sahabat seIslam kita yang lain yang semakin lalai dan melupakan Tuhannya yang menciptakan. Fikirlah wahai sahabat sekalian sebelum kita tidur, apakah kita lakukan untuk Islam dan Allah pada hari ini? Ubahlah pemikiran kita, ubahlah perspektif kita sebagai mahasiswa Islam. Bangkitlah Ar-Rijal dan bagunlah An-Nisa dari tidur. Jangan hanya berpeluk tubuh. Kalau bukan kita yang mengerakkan gerakan Islam ini. Siapa lagi??? Malu la kita pada orang kafir yang sibuk dengan kerja dakwah memurtadkan sahabat-sahabat kita. Tapi kita hanya lepas tangan dan berpeluk tubuh sahaja. Sahabat-sahabat marilah kita sama-sama berjuang… Srive for MARDHATILLAH….
0 comments:
Post a Comment