Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Nj Photography

Mari berkonsi Ilmu

ANAK serah memorandum kepada Ketua Menteri Sabah

Monday, March 22, 2010

18 Mac, Kota Kinabalu: Satu memorandum berkaitan penindasan FELDA terhadap peneroka telah diserahkan oleh Saudara Mazlan Aliman selaku pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (ANAK) kepada Ketua Menteri Sabah. Bertempat di Wisma Innoprise, seramai lebih kurang 20 orang rombongan, yang turut disertai pimpinan PAS Sabah turut sama dalam penyerahan momorandum tersebut.

Mazlan Aliman menyerahkan memorandum kepada wakil Ketua Menteri Sabah

Menurut makluman awal, wakil ketua menteri yang juga setiausaha politik Ketua Menteri Sabah sudi menerima kehadiran rombongan tersebut. Namun pada hari penyerahan memorandum tersebut, beliau langsung tidak menjemput wakil ANAK untuk ke pejabat, malah penyerahan memorandum tersebut hanya dibuat pada ruang legar wisma sahaja.

Keadaan ini amat dikesali oleh Saudara Mazlan Aliman kerana kehadiran beliau dan rombongan dari semenanjung sebenarnya hanya ingin menyampaikan hasrat rakyat yang telah ditindas. Namun layanan yang diterima langsung tidak menggambarkan slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.


Ahli rombongan ANAK bersama pimpinan PAS negeri Sabah bergambar bersama dihadapan banggunan Wisma Innoprise.

Mazlan Aliman dan rombongan sebelum dari itu, telah melawat ke kawasan Kinabatangan, Lahad Datu, Tawau dan Keningau bagi mendapatkan gambaran jelas tentang masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka di Sabah. Pada lawatannya tersebut, beliau telah mendedahkan berkaitan kepincangan pengurusan tanah oleh kerajaan termasuk isu Felda. Felda yang dahulunya adalah satu projek perladangan untuk menjana ekonomi rakyat di bawah program DEB kini diuruskan oleh Syarikat milik kerajaan iaitu FELDA Holdings yang memiliki lebih 60 buah anak syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM 14.4 bilion.

Menurut beliau, walaupun pendapatan Felda Holdings begitu besar, namun peneroka menjadi mangsa apabila para peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri kelapa sawit. Mereka diberikan hutang untuk membayar semula kerja ini yang diswastakan kepada anak syarikat Felda iaitu Technoplant. Selain itu, Felda melakukan strategi bagi memaksa peneroka menyerahkan tanah mereka. Felda Plantations menawarkan mereka untuk menjadi pemegang saham dengan kadar bayaran pulangan bulanan tanpa perlu bersusah payah bekerja di ladang seperti dahulu. Mereka yang bersetuju dipaksa mambuat pinjaman kos menanam semula kebun dan membina rumah baru sekitar RM 90,000.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP