Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Nj Photography

Mari berkonsi Ilmu

Program Pemantapan Aqidah SMK Tambunan

Tuesday, August 4, 2009


Inilah tapak Program...

Masjid Al-Hikmah

Jam menunjukkan 9.30 pagi, hari ini atas nama Persatuan Siswazah Sabah aku dan rakan-rakan berkonvoi selama 2jam setengah merentasi Gunung Emas. Penjelahan kami kali ini memberikan seribu makna buatku melihat keindahan alam di sekitar kawasan Gunung Emas. Hari ini kami sekali lagi melangkah ke daerah Tambunan. Kami akan menjadi trainner kepada sebilangan adik-adik pelajar muslim di seluruh sekolah menengah daerah Tambunan. Adik-adik yang akan kami didik adalah adik-adik yang telah dipilih oleh cikgu-cikgu mereka dari setiap sekolah di daerah Tambunan termasuk SMU Tambunan dan SMK Nambayan (SEMENAM). SMK Tambunan telah menjadi tuan rumah bagi program kali ini. Bila Sampai sahaja ke sekolah berkenaan, sedikit gembira rasa di hati melihat pada pandangan mata ini adik-adik yang kami didik ketika Program Bengkel Solat di SMK Nambayan sempat bersalam-salaman dan bertanya khabar mereka dan nampaknya mereka masih lagi ada potensi menjaga solat mereka seperti mana yang telah mereka praktikkan ketika program solat di sekolah mereka. Hari ini mereka datang dengan hati yang ikhlas dan tanpa sebarang paksaan daripada guru mereka sendiri. Nampaknya masih ada lagi kesungguhan mereka terhadap program berunsurkan agama ini meskipun Islam adalah umat yang minoriti di daerah Tambunan. Mereka telah tunjukkan bahawa ilmu agama itu amat penting. Syabas adik-adikku.


LDK bersama adik-adik

Al-Quran Vs Bible

Seperti kebiasaanlah bila mana menyebut soal ‘aqidah’ mestilah berkenaan dengan perbezaan agama. Bemain di dalam fikiran ini bagaimana nak memantapkan aqidah adik-adik ini??? Aqidah merupakan akar kepada agama Islam. Bila mana sahabat-sahabat membaca sebuah kitab karangan Fathi Yakan “Madha Ya’ni Intima’i Lil-Islam” (Apa Ertinya Saya Menganut Islam), penulisan pada bab pertama pada mulanya akan menyentuh berkenaan aqidah di mana Fathi Yakan menyebut bahawa “aqidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang yang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan Al-Quran dan Sunah Rasulullah saw.” Ini menunjukkan bahawa aqidah merupakan perkara pangkal yang amat penting bagi membentuk Islam itu sendiri.

Ustaz memutuskan bahawa aku akan menjadi fasi kepada adik-adik muslimah. Mulanya menolak, tetapi memandangkan kekurangan fasi muslimah, maka demi tanggungjawab yang dipikul maka aku menerima seadanya. Sebelum memulakan aktiviti dalam kumpulan, mestilah sesi ta’aruf dulukan. Ta’aruf punya ta'ruf, aku tertarik dengan seorang kisah budak dari kumpulanku yang mana adik ni baru sahaja 2 bulan tukar agama kepada Islam. Bila ditanya kenapa tukar agama. Responnya hanyalah kerana dia ikut emak dia masuk Islam. Bila ditanya konsep “Trinity” dia hanya tahu bapa tuhan dan anak tuhan sahaja tapi tidak tahu roh kudus. Maknanya dpat aku simpulkan dia juga seperiti kebanyakan umat Islam pada masa kini yang hanya mengikut ajaran Kristian sekadar ikutan sahaja. Tapi tidak mengapa mudah-mudahan adik ini akan menjadi umat Islam yang memiliki Islam yang sebenarnya dan bukan hanya ikutan semata-mata.

“Baiklah adik-adik hari ini abang tanya, berapa ramai adik-adik di sini yang pernah baca tafsiran Al-Quran @ Bible?” Selaku permulaan bagi bual bicara dengan adik-adik. Akan tetapi ramai yang tak bagi respon. Tapi tidak mengapa mungkin ini adalah cabaran buatku untuk membuat adik-adik ini yakin dengan ajaran Islam. Seperti biasa adik-adik ini akan dibekalkan dengan sebuah Al-Quran dan sebuah bible. Sepanjang aktiviti kami mempelajari berkenaan dengan persamaan dan perbezaan antara Al-Quran dan Bible dan bagaimanakah sejarah penyelewengan kitab Bible itu bemula. Nampaknya semakin ramai yang mula mendalami ilmu ini. Makin banyak pula soalan yang adik-adik ini lontarkan ada juga soalan-solan yang merapu. Pening dibuatnya. “Abang jawab sekadar yang termampu kalau mahu tahu lebih lanjut rujuk ust adik-adik”. Itu sahaja yang mampu aku ucapkan.

Ust Nicholas Silvester dan Ust Ayyub yang merupakan aktivis gereja pada dahulunya telah dijemput bagi menyampaikan ceramah kepada adik-adik peserta. Sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada adik-adik bahawa Islamlah merupakan agama yang sebenar-benarnya. Apabila diceritakan pengalaman mereka berdua ini di mana mereka telah digelar berkhidmat dengan gereja sekian lama sehingga dinaikkan pangkat sebagai “Tentera Kristus”, bukan calang-calang pangkat yang diberikan. Akan tetapi Maha Suci Allah, Allah memberikan hidayah dengan sesiapa sahaja Dia kehendaki, dengan mukjizat Al-Quran Allah telah membuka pintu hati mereka menerima Islam dan sekarang menjadi pendakwah bebas kepada orang Islam terutama golongan mualaf. (Subahanallah).

“Adikku sekalian apa yang abang harapkan agar adik-adik ini sentiasa Istiqomah dalam perjuangan adik-adik. Jangan biarkan Islam ini di anggap lemah oleh orang yang bukan seakidah dengan kita sehinggakan mereka sanggup memperlekehkan agama kita. Adik-adik harus buktikan bahawa Islam adalah agama yang sempurna, mudah dan tidak membuatkan kita terbeban.” Nasihat yang mampu diungkapkan sebelum kami berpisah. InsyaAllah kami doakan adik-adik selamat dunia dan akhirat.
























0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP