Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Nj Photography

Mari berkonsi Ilmu

Kem Remaja Islam Smk. Kanibongan, Pitas

Thursday, July 30, 2009

Da nak pulang da...

Program selama 3 hari 2 malam di Kem Rela, Tuaran melibatkan 70 orang peserta daripada SMK Kanibongan, Pitas. Bila sebut pasal Pitas teringat pula dengan XPDC dakwah pada tahun 2005 kalau tak silap la. “First Time” datang ke pekan baru Pitas memang agak terharu yalah pekannya agak kecil. Mungkin pekan tu baru di buka kot. SMK Kanibongan, Pitas ini bila nak dicerita serba sedikit keadaannya memang agak terharu juga, boleh dikatakan kawasannya agak pedalaman. Lebih kurang semacam SMK Nambayan juga. Majoriti di sekolah mereka ramai yang berjalan kaki ke sekolah. Bila di tanya seorang adik-adik peserta, “Berapa jam adik berjalan kaki dari rumah ke sekolah?”. “ 3 jam bang, tapi sebelum tu kalau macam saya yang tinggal di pulau kena naik bot dahulu selama 2 jam baru jalan kaki selama 3 jam untuk sampai ke sekolah.” Kata adik peserta. Agak terharu juga dengar rintihan dorang.


Selamat tinggal semua...

Adik-adik peserta

Perjalanan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke Kem Tuaran ini adalah satu pengalaman yang sungguh bermakna buat mereka. Perjalan adik-adik ini sangat jauh sekali almaklumlah Pitas dengan Kota Kinabalu. Bukan sahaja berbukit-bukau bahkan jalan agak tidak rata juga. Maklum lah ‘first time’ mereka buat program di luar kawasan Pitas. Nasib baik mereka naik bas, kalau berjalan kaki jugak, tak sampai-sampai lah jawabnya. Pada hari tersebut, atas stand Persatuan Siswazah Sabah (PSS), kami seramai 10 orang fasilitator, 6 orang muslimin dan 4 orang muslimat turun bertemu adik-adik ini dalam program KEM REMAJA ISLAM. Apabila sampai sahaja ke Kem Rela ini, kami solat maghrib sebelum bersua muka dengan adik-adik berkenaan, tegok sahaja muka mereka mesti da naik boring dorang sebab tak da aktiviti yang disediakan oleh guru-guru, kesian mereka... Tapi tidak mengapa, kakak-kakak dan abang-abang PSS ni sedia membantu adik-adik.

Solat jamak dulu

Bang asikin, nak minta autograf boleh???

Semoga adik-adikku berubah dan berjaya. Gud Luck!!!

1 comments:

alqadahi December 2, 2009 at 7:25 PM  

Salam Ukhuwwah Fillah

Maaf baru sempat menjenguk laman ini. Tiada masalah dengan blog ii cuma sedikit komentar tentang coretan berkaitan peserta kelihatan boring ketika fasi tiba. Sebenarnya mereka penat kerana baru sampai dan menjalani hukuman denda sebab lewat turun berjamaah subuh di surau.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP