free counters

Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Nj Photography

Usrah Sebagai Medan Ummah

Thursday, May 28, 2009

Proses menyiapkan banner KRIS

Aktiviti cantum-mencantum banner

Pada minggu lalu bermula sudah persiapan KRIS tidak sampai 2 minggu Sambutan guru PASTI berlalu persiapan Kem Remaja Islam pula mula kembali. Begitulah keadaan di bumi Tawau ini. Bila balik cuti sahaja sudah tersedia segala bentuk program yang di buat, disusun dan diatur. Walaupun terasa keletihannya namun itulah sebenarnya kemanisan iman dan Islam. Semua itu terletak daripada kesungguhan kita sahaja untuk menempuhinya sama ada kita mampu atau tidak. Ini mengingatkan aku dengan kata-kata Imam Al-Ghazali dimana beliau menyebut "Apabila kamu bekerja untuk dunia, kerjakanlah ia seolah-olah kamu hidup selama beribu-ribu tahun, manakala apabila kamu bekerja untuk akhirat kerjakanlah ia seolah-olah kamu akan mati pada hari esok". Hanya kesungguhan sahaja yang mampu untuk aku meneruskannya. Mungkin inilah masanya aku mengambil peluang untuk mengisi masa lapang dengan program-program sebegini. Mungkin esok lusa belum tau lagi. Apatah lagi apabila menempuh alam pekerjaan kelak nanti.

Usrah haraki pada malam tersebut tetap berjalan seperti kebiasaan. Walaupun berada dalam kesibukan berprogram sekalipun tetapi usrah tetap di teruskan kerana usrah inilah yang memdidik jiwa kita untuk terus bersama dengan Jamaah. Seperti kata Abg Dai selaku Timb. Ketua Pemuda yang baru, "usrah inilah mendidik jiwa kita sama ada kita wala atau tidakk dengan naqib kita". Di sini kita dapat meluahkan segala macam pandangan, berkongsi pendapat, meluahkan segala perasaan, sama ada senang ataupun susah, sukar ataupun tidak semua boleh diluahkan melalui usrah. Sebab itulah makna usrah itu ialah "keluarga". Bertemu keranaNya & berpisah kerananya. Usrah juga merupakan wasilah kita untuk membina kekuatan Jamaah. Tanpa usrah, kita tidak mengenal erti kekeluargaan. Tanpa usrah, kita tidak mengenal erti persahabatan. Tanpa usrah kita tidak akan mengenal sebuah perjuangan. Bermulanya sebuah perjalanan dakwah nabi pun bermula daripada usrah secara sir di sebuah rumah. Dan apabila dakwah Islam sudah berkembang, pengikut yang masuk Islam semakin ramai barulah dakwah tersebut dilakukan secara terang-terangan.

Pengisian yang di sampai oleh mantan ketua pemuda

Berkumpul dengan rakan seusrah adalah salah satu daripada nikmat perjuangan

Sering aku ditegur oleh naqibku yang mendidik aku sejak tingkatan empat lagi, beliau menegur "Jangan sekali-kali ponteng usrah walaupun sekali tanpa uzur syarai'. Kerana kamu akan menjadi kebiasaan untuk berbuat lagi. Dan apabila kamu ingin mengikuti kembali usrah tersebut maka akan timbul pelbagai andaian pada akal fikiran yang akan menghalang kamu untuk menjejakkan kaki bersama-sama rakan seusrah kamu kembali. Dan salah satu andaian itu ialah kamu takut sekiranya naqib kamu marah dan kamu takut sekiranya kamu tidak diterima lagi dalam usrah berkenaan". Sebab itulah aku cuba untuk tidak ponteng mana-mana usrah sekalipun, takut-takut terjadi keadaan berkenaan.Terfikir lagi bermacam-macam andaian yang akhirnya buat aku tidak pergi usrah berkenaan. Walau sesibuk mana pun kita, jangan sesekali ponteng usrah. InsyaAllah...

Semangat tetap diteruskan demi Islam yang tercinta


1 comments:

Anonymous,  April 13, 2010 at 6:57 PM  

rindu usrah tiba2 menggamit..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP