Kaulah Sahabat Kaulah Teman
Monday, May 18, 2009
Terima kasih ku ucapkan kepada semua sahabat seperjuanganku kerana telah memberikan tunjuk ajar kepadaku akan kehidupan ini. Perkenalan yang singkat ini sebenarnya membawa erti yang amat besar buat diri yang lemah ini untuk terus menghadapi mehna dan tribulasi akan datang. Maaf ku ucapkan andai kata sepanjang aku bersama kamu semua mungkin ada yang telah melukakan hati dan perasaan. Sekalung tahniah ku ucapkan kerana telah bergelar seorang graduan. Namun ingatlah graduan di kampus ini tidak bermakna kita telah bergelar graduan di akhirat sana. Di sana masih ada cabaran yang lebih hebat lagi menanti anda. Semoga kalian dapat berjaya menjadi graduan di di akhirat juga... Doakan kami agar berjaya seperti kalian juga... Sekali lagi tahniah aku ucapkan... Semoga Allah membalas segala jasa-jasa kamu....
0 comments:
Post a Comment