Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Nj Photography

Mari berkonsi Ilmu

Bengkel IT

Monday, November 10, 2008

Pada malam tersebut aku berkumpul bersama-sama dengan sahabat seperjuangan serta pimpinan-pimpinan PAS daripada Negeri Sabah & Terengganu, fokus utama malam tersebut diadakan perbincangan dan dialog bersama Sdr Hanafiah yang merupakan salah seorang daripada webhosting tranungkite.com yang berasal daripada Marang, Terengganu. Merupakan seorang yang komited di dalam gerakan Islam di Terengganu. Walaupun merupakan petugas seprauh masa namun sikap kesungguhan beliau dalam menulis itulah yang menjadi tulang belakang kepada laman web TKO. Pada malam tersebut beliau menceritakan bagaimana beliau terlibat menjadi salah seorang penulis blogger sehingga terpilih menjadi salah seorang web host kepada tranungkite.com. “Masa saya beli komputer itulah baru bermulanya saya pandai belajar menggunakan microsoft word, power point dan sebagainya” kata beliau sambil tersenyum. Ujar beliau juga petua untuk menjadi seorang blogger ini ialah perlunya mempunyai komitmen yang tinggi. Walaupun tiada pengalaman sebagai penulis dalam blog tetapi untuk menarik minat pembaca blog, penulis blogger perlu mengupdatekannya setiap hari.

Di kesempatan itu juga aku bersama rakan sahabat seperjuangan yang lain mendengar serba sedikit ucapan daripada pimpinan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, beliau menceritakan keadaan di Sabah di mana sedikit masalah berkenaan kepimpinan di kampus yang mana ramai pendokong di kampus yang telah tecicir apabila habis belajar dan grade di kampus. Kata beliau mungkin ini adalah daripada kelemahan tarbiah daripada pimpinan sendiri kepada pendokong-pendokong gerakan jamaah di kampus. Dan insyaAllah akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Ucapan tazkirah turut disertakan daripada Ust Kamarulzaman Abdullah wakil daripada Dewan Ulama PAS Terengganu. “Seorang pejuang yang ikhlas & bertaqwa tidak dilalaikan dengan kehidupan dunia”. Itulah kata-kata perangsang yang membara kan lagi hati kami sebagai pejuang gerakan Islam untuk meneruskan perjuangan khususnya di negeri kelahiranku ini. Ust Kamarul juga menyatakan bahawa dalam jamaah, ahli sepatutnya beregerak secara teamwork kerana inilah yang merupakan unsur yang terpenting dalam jamaah yang perlu diterapkan oleh setiap ahli.

Tidak ketinggalan juga, ucapan daripada Exco Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Arifin yang membincangkan berkenaan isu semasa di Terengganu. Beliau memberikan sedikit gambaran kepada kami berkenaan keadaan PR dan Pemuda Pas di Sarawak dimana majoriti yang memegang jawatan dan lajnah di sana adalah dikalangan penduduk Sarawak sendiri. Justeru itu, memberikan peringatan kepada kami bahawa di Sabah juga perlunya anak-anak watan kelahiran Sabah seperti aku ini dalam mengambil tempat duduk untuk mengantikan pimpinan-pimpinan PAS yang majoritinya berasal daripada semenanjung pada masa akan datang. Nasihat beliau juga agar setiap ahli jamaah perlu memberikan masa dalam mengembelingkan tenaga dalam gerak kerja Jamaah sama ada peringkat kawasan atau peringkat negeri.

Oleh itu, mudah-mudahan apa yang telah disampaika oleh pimpinan-pimpinan PAS ini sedikit sebanyak memberikan aku gambaran bertapa pentingnya perjuangan Islam di negara Malaysia amnya dan negeri Sabah khususnya. Di sini menunjukkan bahawa BEKERJA itu teramat penting bukannya hanya sekadar BERCAKAP semata-mata tanpa MELAKUKAN dan MENYELESAIKAN apa-apa masalah pun.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP