Lawatan Nisa Sepanggar Dan Yayasan Amal 2011
Thursday, March 24, 2011
Kota Kinabalu- 20 Mac 2011. Hari ini Nisa kawasan Sepanggar dengan kerjasama Yayasan Amal Kota Kinabalu telah berkunjung ke wad kanak-kanak Hospital Likas. Sesuai dengan misi "Duta Penyelamat Dan Kasih Sayang" serta "Penghubung Generasi Muda". Kami seramai 24 anggota telah berjaya menjayakan program dengan begitu lancar. Anggota kami disambut dengan penuh mesra oleh doktor serta kakitangan Jururawat di hospital berkenaan. Terdapat sejumlah hampir 100 orang pesakit di kedua-dua wad kanak-kanak telah kami kunjungi dan alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan mereka menerima kehadiran kami dengan penuh rasa gembira.
Pelbagai aktiviti yang sempat dijalankan sepanjang program lawatan tersebut antaranya menyanyi dan berhibur, tidak ketinggalan kuiz, teka teki, mengira dan mengeja dan antara yang paling mereka sukai adalah pemberian cenderahati dari kami iaitu
majalah, gula-gula, dan sedikit makanan ringan. Walaupun sumbangan yang tidak seberapa telah kami berikan namun kegembiraan di raut wajah mereka jelas terasa temasuk kedua orang tua mereka. Mudah-mudahan dengan sedikit pemberian ini dapat mengurangkan rasa kesakitan yang mereka alami.
Bergambar bersama seorang adik yang sudah setahun mengalami penyakit
Kegembiraan sikecil molek apabila mendapat hadiah dari kami.
Kemesraan wajah Ibu dapat dirasai bersama anak yang tercinta.
Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan sekalung perhargaan kepada seluruh kakitangan Hospital kerana membantu kami menjayakan program. Bukan itu sahaja, kami juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan derma dan sumbangan hadiah kepada anak-anak ini. Tidak lupa juga kepada seluruh anggota Nisa dan Yayasan Amal yang bertungkus lumus dan sanggup menghadiri program ini. Hanya Allah sahaja yang akan membalas segala penat lelah dan sumbangan kalian dalam menjayakan program ini.
Untuk maklumat lanjut Dan gambar Aktiviti Boleh la klik link di bawah ini
0 comments:
Post a Comment