Kem Kesempurnaan Solat Smk Nambayan
Thursday, July 16, 2009
Selama 3 hari bersama adik-adik SMK NAMBAYAN di daerah Tambunan merupakan pengalaman cukup bermakna. Banyak pengalaman yang dilalui bersama adik-adik ini. Daerah tambunan ini merupakan salah satu daerah yang minoritinya umat Islam. Bila ditanya pada adik-adik ini majoriti mengatakan yang muslim di dalam kelas mereka hanya seorang dua. Melihat keadaan mereka yang miskin, hanya berjalan kaki ke sekolah berbatu-batu, namun semangat juang demi menuntut ilmu tidak pernah luntur, ada jugak sebahagian mereka tinggal di Rumah anak yatim Tambunan dan ada sebahagian mereka tinggal di asrama sekolah berkenaan. Pada pagi Jumaat kami dijemput oleh Ust. Hatta yang merupakan salah seorang guru yang mengajar di daerah tersebut, beliau banyak memberi sumbangan kerana menjadi orang tengah kami melebarkan dakwah di daerah tersebut.
Pagi jumaat tersebut, dia membawa kami sarapan dan menceritakan sedikit sebanyak keadaan dan situasi penduduk di sekitar daerah Tambunan. Terima kasih banyak-banyak kepada Ust.Hatta melayan kami sepanjang kami berada di sana.
Adik-adik peserta kem
Peningnya....
Ngatuknyer....
Kepada adik-adik tambunan,Kerena adik-adik sewaktu mendengar kuliah,
Catat adik, jangan tak catat....Peningnya....
Ngatuknyer....
Teruskan menuntut Ilmu, jangan tinggalkan solat, banyakkan bertanya dengan Ust & Ustzh adik-adik di sekolah, ambil ruang dan peluang menuntut ilmu agama sepanjang berada di sekolah dan buktikan adik-adik boleh berjaya seperti adik yang bukan seakidah dengan kita.
Kepada sahabat-sahabatku sekalian,
Jika ingin buat program jangan lupa singgah daerah Tambunan ini, ambillah ruang dan peluang melebarkan dakwah didaerah tambunan ini. Lebih ramai adik-adik kita ini dahagakan Ilmu agama di daerah Tambunan ini, jangan biarkan mereka tercicir dari tali Allah, ikat dan peganglah mereka bersama-sama anda juga, jangan biarkan Islam didaerah Tambunan ini pupus. Kalau agama lain boleh Istiqomah dalam menyampaikan dakwah di daerah Tambunan, mengapa kita tidak buktikan agama kita juga begitu??? Tepuk dada tanya Iman...
1 comments:
Salam.. wah, hebat nie nahnu jundullah.. aktif ke pedalaman.. teruskan perjuangan..
Post a Comment