free counters

Followers

" BERAMAL KERANA ALLAH "
Resized JPEG graphic

Debat PTPTN: Tahniah KJ dan Rafizi.

Islamic Summer Camp (ISC) G5....

Resized JPEG graphic

Hudud: Malaysia, Brunei dan Aceh...

Sultan Brunei ingin melaksanakan hukum hudud kerana takutkan Allah...

Resized JPEG graphic

Himpunan Sejuta Umat...

Sokonglah Demi Islam...

Resized JPEG graphic

Anda kecewa dengan PC anda yang lembab?...

Hari ini saya mempelajari sebuah perisian yang dapat meningkatkan boot pc anda. Pertama kali saya postkan entry mengenai teknologi maklumat sebegini...

Resized JPEG graphic

Kerana sikapmu. Maka Allah akan mencelamu....

Sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri...

Nj Photography

Usrah Sebagai Medan Ummah

Thursday, May 28, 2009

Proses menyiapkan banner KRIS

Aktiviti cantum-mencantum banner

Pada minggu lalu bermula sudah persiapan KRIS tidak sampai 2 minggu Sambutan guru PASTI berlalu persiapan Kem Remaja Islam pula mula kembali. Begitulah keadaan di bumi Tawau ini. Bila balik cuti sahaja sudah tersedia segala bentuk program yang di buat, disusun dan diatur. Walaupun terasa keletihannya namun itulah sebenarnya kemanisan iman dan Islam. Semua itu terletak daripada kesungguhan kita sahaja untuk menempuhinya sama ada kita mampu atau tidak. Ini mengingatkan aku dengan kata-kata Imam Al-Ghazali dimana beliau menyebut "Apabila kamu bekerja untuk dunia, kerjakanlah ia seolah-olah kamu hidup selama beribu-ribu tahun, manakala apabila kamu bekerja untuk akhirat kerjakanlah ia seolah-olah kamu akan mati pada hari esok". Hanya kesungguhan sahaja yang mampu untuk aku meneruskannya. Mungkin inilah masanya aku mengambil peluang untuk mengisi masa lapang dengan program-program sebegini. Mungkin esok lusa belum tau lagi. Apatah lagi apabila menempuh alam pekerjaan kelak nanti.

Usrah haraki pada malam tersebut tetap berjalan seperti kebiasaan. Walaupun berada dalam kesibukan berprogram sekalipun tetapi usrah tetap di teruskan kerana usrah inilah yang memdidik jiwa kita untuk terus bersama dengan Jamaah. Seperti kata Abg Dai selaku Timb. Ketua Pemuda yang baru, "usrah inilah mendidik jiwa kita sama ada kita wala atau tidakk dengan naqib kita". Di sini kita dapat meluahkan segala macam pandangan, berkongsi pendapat, meluahkan segala perasaan, sama ada senang ataupun susah, sukar ataupun tidak semua boleh diluahkan melalui usrah. Sebab itulah makna usrah itu ialah "keluarga". Bertemu keranaNya & berpisah kerananya. Usrah juga merupakan wasilah kita untuk membina kekuatan Jamaah. Tanpa usrah, kita tidak mengenal erti kekeluargaan. Tanpa usrah, kita tidak mengenal erti persahabatan. Tanpa usrah kita tidak akan mengenal sebuah perjuangan. Bermulanya sebuah perjalanan dakwah nabi pun bermula daripada usrah secara sir di sebuah rumah. Dan apabila dakwah Islam sudah berkembang, pengikut yang masuk Islam semakin ramai barulah dakwah tersebut dilakukan secara terang-terangan.

Pengisian yang di sampai oleh mantan ketua pemuda

Berkumpul dengan rakan seusrah adalah salah satu daripada nikmat perjuangan

Sering aku ditegur oleh naqibku yang mendidik aku sejak tingkatan empat lagi, beliau menegur "Jangan sekali-kali ponteng usrah walaupun sekali tanpa uzur syarai'. Kerana kamu akan menjadi kebiasaan untuk berbuat lagi. Dan apabila kamu ingin mengikuti kembali usrah tersebut maka akan timbul pelbagai andaian pada akal fikiran yang akan menghalang kamu untuk menjejakkan kaki bersama-sama rakan seusrah kamu kembali. Dan salah satu andaian itu ialah kamu takut sekiranya naqib kamu marah dan kamu takut sekiranya kamu tidak diterima lagi dalam usrah berkenaan". Sebab itulah aku cuba untuk tidak ponteng mana-mana usrah sekalipun, takut-takut terjadi keadaan berkenaan.Terfikir lagi bermacam-macam andaian yang akhirnya buat aku tidak pergi usrah berkenaan. Walau sesibuk mana pun kita, jangan sesekali ponteng usrah. InsyaAllah...

Semangat tetap diteruskan demi Islam yang tercinta


Read more...

KRIS datang lagi

Wednesday, May 27, 2009


Hari ni aku gantung banner bersama-sama member... Seperti biasalah bila ada program kan... 2 banner KRIS hari ni kami gantung... Setelah berpenat lelah dan berhempas pulas... Alhamdulillah sambutan program begitu menggalakkan... Mudah-mudahan program ini membina pelapis-pelapis muda untuk meneruskan perjuangan ISLAM... Sahabt-sahabatku sekalian sama-sama lah kita doakan....




KRIS untuk semua


Bermulanya sebuah program



Read more...

Kebakaran SMK Tawau 2

Tuesday, May 26, 2009


24 May 2009- Kejadiaan Di SMK Tawau Dua sungguh mendukacitakan dimana sebuah blok bangunan sekolah telah terbakar. Amat mendukacitakan lagi, sebanyak 9 buah rumah turut hangus dijilat api. Apakan daya akibat daripada faktor kekurangan air menyebabkan api semakin marak di kawasan perumahan setinggan. Dikatakan juga bahawa faktor api semakin marak ke kawasan rumah-rumah tersebut berpunca daripada anggota bomba yang lebih mengutamakan bangunan sekolah berkenaan daripada rumah-rumah tersebut. Atas daripada tindakan bomba tersebut menyebabkan segelintir penduduk kampung marah akibat perbuatan bomba berkenaan.

.

Read more...

Sambutan Hari Guru PASTI 2009

Saturday, May 23, 2009

Bergegas balik ke Tawau untuk menjadi petugas sambutan hari guru PASTI Malaysia 2009. Tawau menjadi pilihan pada tahun ini... Kesibukan pada hari tersebut tidak terkata. Sehinggakan terpaksa pergi dan balik ke airport untuk mengurus peserta yang datang dari tanah semenanjung dan sesetengahnya dari area Sabah... Bertugas sebagai pemandu pelancong sepanjang program tersebut membawa sebahagian ALP PASTI untuk meninjau PASTI sekitar Tawau. Malum lah ada lesen kan... Ramai juga YB yang datang dari tanah Semenanjung. Sempat juga mengambil gambar kenangan bersama dan berkongsi pendapat dan pandangan serta perbincangan isu semasa yang berlaku di Malaysia pada hari ini... Alhamdulillah... Banyak ilmu yang aku dapat sepanjang program ini berlangsung... Mudahan dapat di praktikal di bumi Tawau khususnya dan di bumi Sabah amnya....

Persiapan sebelum program. Mengibarkan bendera PASTI


Banner PASTI Malaysia

Antara guru PASTI yang hadir

Pameran yang dikunjung oleh guru-guru PASTI

Diklamasi sajak daripada guru PASTI Sandakan

Antara YB yang turut hadir...

YB menyampaikan Anugerah kepada Tokoh Guru PASTI Kebangsaan

Bergambar bersama YB Salahuddin

Bergambar bersama Ust Nasaruddin Tantawi


Read more...

Kaulah Sahabat Kaulah Teman

Monday, May 18, 2009

Terima kasih ku ucapkan kepada semua sahabat seperjuanganku kerana telah memberikan tunjuk ajar kepadaku akan kehidupan ini. Perkenalan yang singkat ini sebenarnya membawa erti yang amat besar buat diri yang lemah ini untuk terus menghadapi mehna dan tribulasi akan datang. Maaf ku ucapkan andai kata sepanjang aku bersama kamu semua mungkin ada yang telah melukakan hati dan perasaan. Sekalung tahniah ku ucapkan kerana telah bergelar seorang graduan. Namun ingatlah graduan di kampus ini tidak bermakna kita telah bergelar graduan di akhirat sana. Di sana masih ada cabaran yang lebih hebat lagi menanti anda. Semoga kalian dapat berjaya menjadi graduan di di akhirat juga... Doakan kami agar berjaya seperti kalian juga... Sekali lagi tahniah aku ucapkan... Semoga Allah membalas segala jasa-jasa kamu....









Read more...
Related Posts with Thumbnails

Saluran Alternatif Anda

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Blog Pimpinan PAS Pusat

Blog Dewan Pemuda PAS Pusat

Blog Ilmiah

Blog Remaja & Pelajar

Mahasiswa Geng Kita

  © Blogger template Nahnu Jundullah by nahnujundullahtemplate.com 2009

Back to TOP